ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, April 6, 2012

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG


Assalammualaikum... Wahh... dah lama betul tak masak cik abang sotong kembang... rasanya selepas pulang dari Gelanggang MCM tu i tak pernah lagi bikin sambal sotong ni... memang hampir terlupa... hari tu ke pasaraya membeli-belah... Pak Habibi i yang tegur... "Sotong kembang!!" << intonasi suara macam jakon dan macam duduk di Paris giteeww.. so belilah dengan senyuman penuh keterujaan giteewww... *tepuk tangan*

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHANNYA :

3 keping sotong kembang *potong
1 batang serai *titik
2 keping asam gelugor@asam keping
50 ml air
1 biji bawang holland *potong bulat
minyak
gula dan garam

BAHAN KISAR :

35 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR, api sederhana dan tumiskan lama sehingga cili masak.
Masukkan air, serai dan renehkan sebentar.
Masukkan sotong, gula dan garam dan renehkan sebentar.
Masukkan bawang potong dan kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRA!!!

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG


Makan bersama roti putih pun sedaP!


Selamat menjamu selera kawan-kawan...:)))

TATA!!!!

4 comments:

Amelia said...

Hi, your sambal sotong nampak sedap. My most favorite, kalau makan nasi lemak mesti tambah sambal sotong.

have a nice weekend.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Hi! Amelia... tq so much... ya lho.. sambal sotong must eat with nasi lemak.. later on sleepy hehhee... thanks! have a nice weekends too...

ogyep yummy mellow said...

semalam ogy pun masak sotong kembang gitu... sedap kan.. sebab dah lama tak makan sotong tu..

dapurCikWan said...

salam kak sha! miss u! miss u.. long time tak singgah blog k.sha ni... teropong dari jauh je..arini tercari2 resepi sambal sotong..tak sangka jumpa blog akak... hihi..since, CW dah kawen ni kan...masak je keje... ;) hihi...

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ