Assalammualaikum... :)
Selamat pagi semua... :D Pagi ni di kampung i hujan dengan lebatnya.
Bangun awal pagi, terus rebus telur.
Sarapan pagi yang paling mudah dan senang nak di sediakan.
Cukup mengenyangkan dan boleh bertahan sehingga ke petang :D
Egg & Cheese Sandwich
Bahan-bahannya :
1 bungkus roti putih
5 biji telur *rebus dan kupas kulit
50 gm mentega
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
beberapa keping cheese
CARA :
Campurkan telur, mentega, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
Lecekkan telur sehingga hancur.
Ambil beberapa keping roti.
Sapukan adunan telur tadi dan letak sekeping cheese.
Potong dan sedia di hidangkan bersama kopi O panas!
Tarraa!!!
Egg & Cheese Sandwich
Makan sebaik sahaja di sediakan.
Simpan di dalam chiller sebentar dan lepas tu baru di makan pun sedap jugak!
:))
Jangan lupa kopi O panas.
Ibu mertua kesayangan ada di rumah i. Egg & Cheese Sandwich
memanglah fav dia. ;)
Sekian sahaja perkongsian pagi ini.
Jaga diri...
Jangan noty-noty :)
Assalammualaikum...
TATA!!
10 comments:
Hi Laling, hantar sikit kat pondok I, now coffee break. I mau kopi GLASS BESAR!! LOL
Next time you try campur 2 biji kentang rebus dan 4 tbsp mayonnaise untuk 5 biji telor, you sure makan tak berhenti-henti. hahaha
Bye.. see you later. Muahhzzz............penyet you macam sandwich.
salam kak sha...gerun+geram cw tengok cheese tew....gerun sebab takut lelemak makin bertambah...geram sebab cw tak bleh tengok makanan yg bercheese2 ni...teliuq... ;))
Amoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii boleh! boleh! masukkan tangan dalam screen nanti i kasi tambah satu teko itu kopi o hehhee.. wahh campur dengan kentang dan mayo? waduhh lepas makan sure tertidur heheehhe.. cayang you juga.. peluk you sampai pengsan dan pengsan hehehee
Cwan cayang jangan risau pasal lelemak tu... makan hari ni banyak2 lepas tu dua bulan jangan makan hehehee
aduhai.. sandwich mmg tak menolak.. lebih2 lagi yg camni.. akk selalu letak mayonis..buat malam.. msuk petiais..sarapan dpt mkn sandwich sejuk .. mmg best.. lain org lain selera kan..
nak sandwich 2 tingkat boleh...?
Dulu I selalu buat ini sandwich tapau ke office untuk lunch. Tapi sekarang ni, angin malas sepoi-sepoi, so dah tak buat. Nampak je your sandwich naik semangat pulak.
hmmmmm memang mengancam! dah tergoda kena buat juga la nih kan. tak kan tengok je...meleleh air liur hihihi
kak sha, kalau hujan makan apa pun sedap kan
aduhai... sungguh kaya ngn keju... k.sha... nk sepiring... dappnye...
Post a Comment