ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, November 23, 2012

Terubok Ikan Masin Goreng Tomato Hijau ~ Di Terbangkan Dari Pasar Satok Kuching Sarawak



Assalamualaikum.... :)

Salam Sejahtera buat semua rakan-rakan blogger baru dan lama yang ku hormati... ;)

Apa khabar semua? sihat hendaknya.. Syukur..Alhamdulillah... ada yang rindu i ke? :D i rindu kat you all taw... ;)

Minta ampun dan maaf kerana menyepi tanpa khabar dan berita :D

Baru sahaja pulang dari menjalankan tugasan di Kuching Sarawak.. sambil menyelam tenggelam timbol.. ;) selesai tugasan terus ler menjelajah Kuching tidaklah semua tempat dapat di lawati.. namun seronoknya sepanjang berada di sana.. sampai laa.. mood nak meng-update blogs ke Sungai Sarawak sana tu hah! :))

Bukan tak ada mood... tetapi kepenatan berjalan sakan sampai laa terasa.. pulak tu bila balik dan load semua gambar sepanjang berada di bumi Kenyalang.. perghhh... ada lebih 3000++ gambar yang perlu di pilih dan di edit.. bayangkan! pengsannn... sejuta kali darab dengan 3 aje... ;))

Okaylah... i pun tak nak taip banyak-banyak.. (TIPU) :D
 masa i edit blogs i ni.. jam menunjukkan tepat jam 1:46 am... PAGI :D

i kisahkan pendek je dulu yaa... kisah panjang lebor penuh bergambar segala tu semuanya tu i akan update di blogs SINI
**bagi i masa untuk edit gambar yang berlubur tu yaa.. macehhh :D

Ikan Terubok Masin
Pasar Satok Kuching Sarawak         


i ke sana pada hari ketiga...
dengan menggunakan perkidmatan tourist guide yang berbayor :D
maka dengan hati berbunge-bunge.. i telah mengarahkan tourist guide untuk bawa i ke pasor :D
itu yang i teringin sangat nak pergi...orang sibuk nak melancong tempat best-best dan menarik.. i nak ke pasor! :D
tak pedulik.. i memang minat tempat-tempat macam ni... hati berbunge-bungE giteewww :D
maka ke... 
Pasar Satok..
macam pasar biasa juga.. hanya pasar Satok sesak dengan peniaga2 yang berjualan... sibuk dan sesak..
riuh-rendah... seronok i you :)

terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran... buah-buahan.. ikan segar.. udang kering.. ikan bilis.. dan yang paling terkenal sekali.. Ikan Masin Terubok...
kalau ke Sarawak tak sah! tak borong yer tak? :) 

**kisah panjang lebor dan gambor yang banyakkkkkk naaaa... nanti i update di blogs cuti-cuti i ehh...** 
berapa kali nak bagitahu?? pssstt.. takut i lupa :D  


Tu dia.. sekali ke pasor dengan baju keler merah!
ramai peniaga yang tegur i..
"Merah sangatlah mak ngah!"
i sengih :D << cam ni :))

ikan terubok masin bersusun.. pusing kanan dan kiri..
banyak sangat ikan terubok masin..
dan tourist guide yang i bayor tu menyarankan i satu tempat yang berbaloi sangat harga ikan terubok masin tu taw.. 
segar-bugar pulak tu...
i kalau ke mana pun.. siaplah.. mulalah jadi wartawan tak bergaji :D
soal itu dan ini.. psst.. sejam jugak duk kat situ :D 
doklah menyoal dan memerhati dengan begitu asyik sekali... ;)      


Handsome tak? :D
HEPP!! jangan tenung lelama.. pisau untuk menyiang ikan terubok masin yang masih segar tu.. baru sahaja naik dari laut.. terus di siang..
punyalah pantas.. perghh.. teruja i you..
teruja jugak nak cuba..:D
Pak Habibi i sound slowww____ jee.. 
"Nak beli ke nak berniaga?"
wahhhh!! giteeww..
i jeling manja jeww :D


Tu dia ikan terubok yang telah siap di siang.
lepas di cuci barulah di toskan terlebih dahulu and then barulah di lumurkan dalam isi ikan tu dengan garam khas... 
gambar penuh nanti i update kat blogs.. cuti-cuti i tu ya.. sabor.. nak memilih gambor ni yang mata berpinor :D

dan i telah memborong ikan terubok masin yang masih segor tu.. tak lah banyak..
cukuplah untuk stok.. dan agihkan buat saudara-mara :D


Wahhh! gitewww.. nampak tak kotak yang ada arrow tu..
yaa.. itulah kotak yang penuh berisi ikan terubok masin yang masih segor ku terbangkan khas dari Pasar Satok Kuching Sarawak...

adalah dalam 9 kG!
itu pun setelah Pak Habibi.. sound i.. sloowwww___ naaa...

"You bawak kotak tu eh!"

tu yang 9 KG jEeeeee :D   

 kisah panjang lebor nanti kat blogs cuti-cuti i tu.. *berapa kali nak beritahu daaa..* 
**bukan apa takut you all yang terlupa :))
dah jom! masak!

Ikan Terubok Masin Goreng Tomato Hijau 


i masak banyak... lebih kurang 4 ekor ikan terubok masin..
sebab keluarga i datang berkumpul di rumah...
tapi di blogs ni i share untuk resipi 1 ekor ikan terubok masin yaa ;)

Okay mula-mula sekali, potong ikan terubok masin kepada 3 bahagian atau selebar 3-4 jari.
Cuci bersih dan toskan sehingga kering.
taburkan dengan 2 sudu besar tepung beras dan gaul rata.
Panaskan minyak penuh dan goreng.  


angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Ketepikan.


3-4 biji tomato hijau.
Potong baji 

Ikan Terubok Masin Goreng Tomato Hijau 


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan terubok ikan masin
3 biji tomato hijau
6 ulas bawang merah *hiris halus/mayang
4 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia muda *potong julien/batang mancis
15 tangkai cili padi siam merah *hiris
3 sudu besar cuka masak
1/2 cawan air
gula
garam

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan, bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga layu.
Masukkan air dan cuka renehkan sebentar.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan ikan terubok masin dan buah tomato.
Renehkan sebentar, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Ikan Terubok Masin Goreng Tomato Hijau     



Rasanya amatlah segar!
apa taknya beli yang segar-segar..
 adik ipar i orang Sarawak... sentiasa di rumah ni ada stok ikan terubok masin..

but i tell you.. yang segar lebih S.E.D.A.P!!!! <<< sila eja ketika membaca :D


Jamu keluarga i yang berkumpul...

semua cakap memang segar dan tak sama dengan yang kami beli sebelum ini... di awet lebih lama.. yang segar lebih enak taw! aww ;)
Pak Habibi paling banyak makan!
Pastu i sound dia pun slowww... JeE..

"Patutnya beli 19 KG! kan kan!!!!!"

:))    


masam... manis.. lemak.. dan pedas!

Ikan Terubok Masin Satok memang TERBAIK!!!


labu dia comey dan cute!
sorry i tak beli..

sebab Pak Habibi dah janji.. balik dia nak tanamkan i labu.. :D


 Bukan hanya ikan terubok masin yang kuborong...

Psstt.. tahu tak.. kesemua bag dan kotak yang tertenggek atas trolley itu adalah ole-ole dari Sarawak :D
semua ole-ole... beg luggage pakaian i.. tiada di dalam gambar di atas yaa.. bayangkan... apa agaknya yang i borong tu???

sabor... bagi i masa cuba satu persatu masakan dari hasil bumi Kenyalang tu yaa... dan bagi i masa edit gambar yang berlubur tu... tak tahu nak edit mana satu sebab semua okey! muaahahhaa...:))

Okaylah sekian dulu... cakap je tak nak taip bebanyak.. kalau buat manuskrip ni dah jadi 2 bab! :))

      
 Jumpa lagi...
Jaga diri..
Assalammualaikum...

TATA!!

4 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum Sha.....akk pun bz jg ni. Tahun dpn nak jelajah Sarawak, dah ada tiket pun. Boleh la akk jadikan panduan entry sha tu. Dah tulis belum? Tp syg......akk tak suka ikan masin:-(

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum kak Sha salam ceria di pg jumaat...wahhh seronok negok akk becuti ke srwk...grm negok akk pegang labu kuning tu...bentuk cantik, terubuk ikam masih mmg sah pergi serawak mesti borong byk2 kan heee...terliuq negok pg2 lauk akk, mkn gan nasi sejuk sdp ni, apatah lg yg panas2...selauk pun dah cukup megancam....nak try le grg same buah tomoato Tk Kak Sha..:-)

Mori Said said...

salam sha... tengok sha memborong ikan masin... seronok la pulak... rasa cam nak pegi lagi...hehehe

wisata bakti alam said...



kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ