ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, June 21, 2012

Agar-agar Bubur Durian Resipi Baru! Meleleh aii YouUu Aww!


Assalammualaikum.. Syukur Alhamdulillah... Syukur sangat... pertama sekali dapat bersiaran di alam maya ni bersama dengan semua teman-teman sekalian... Yang kedua bersyukur sangatttt... sebab kat kampung i dah hujan!!!!! Syukurrrrr... :D

Errkkk... sebenarnya baru bunyi guruh berdentam-dentum kat langit nun sana hah! :)) tak pe.. tak pe.. gerenti hujan turun.. sebab langit dah gelam macam senja giteww... :D ~Wallahualam~

Agar-agar Bubur Durian Resipi Baru!
 Meleleh aii YouUu Aww!


Al-maklumlah sekarang ni musim durian...
i dah nekad kali ni punya musim durian i nak kerjakan cukup-cukup cik abang durian kat rumah ni hah!
tak kiralah apa nak jadi pun! :D


Puas jugak mikir.. macam mana nak kubuatkan bubur kacang durian ni sehingga menjadi agar-agar..kengkonon... umpama nasi menjadi bubur giteww..
cecewaahhhh ;) :))


i nak rasa asli bubur kacang durian..
tak nak pulak kacang hijau tu bersepai camtu.. tak best!
so.. sambil menunggu kacang hijau i tu masak tadi pagi...
dapatlah idea!!!

Agar-agar Bubur Durian Resipi Baru!
 Meleleh aii YouUu Aww!



Mau tak meleleh!!!!!!
sedap sangat! ni bukan kes masuk bakul angkat sendiri ni ekk..
sejujurnya S.E.D.A.P << tak perlu eja macehh :D :))

Agar-agar Bubur Durian Resipi Baru!
 Meleleh aii YouUu Aww!



BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

300gm kacang hijau *telah direbus sehingga kembang dan toskan airnya*
1 cawan isi durian kelas A+++++ :D
300 ml santan pekat *sila guna santan asli baru best!*

**kisar sehingga hancur, dan ketepikan sebentar*

BAHAN-BAHAN LAIN :

1/2 peket agar-agar tali
60 gm gula pasir
120 gm gula melaka
2 helai daun pandan
700 ml air
sedikit garam

CARA :

Masukkan agar-agar dan air dan renehkan sehingga agar-agar hancur/larut.
Masukkan gula pasir dan gula melaka dan juga daun pandan, garam.
Masak sehingga gula larut.
Angkat dan tapiskan terlebih dahulu.
Jerangkan semula di atas api dan masukkan *BAHAN KISAR*dan gaul sebati, kacau selama 5 minit dan sedia di masukkan ke dalam acuan.
Simpan di dalam chiller sehingga set sepenuhnya *semalaman lagi best!*
angkat dan hidangkan!

TARAA!!!

Agar-agar Bubur Durian Resipi Baru!
 Meleleh aii YouUu Aww!



Teksturnya yang kasar-kasar tu.... waduhhh sebijik macam makan bubur kacang hijau durian!
cuma yang ini lebih....


ya... lebih slurpppPpppppppppppppppppppppppppppp :D


dan licin aje lalu dalam mulut ni hah!
mau tak meleleh youu aiii... :))

Agar-agar Bubur Durian Resipi Baru!
 Meleleh aii YouUu Aww!



Tak sabar nak tunggu Bonda kesayangan balik malam nanti... :)


Selamat mencuba kawan-kawan... ;)



SELESAI aje i masukkan N3 ni hujan pun turun... Syukur Alhamdulillah..:))

TATA!!!


Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya! Ya, Giteewww


Assalammualaikum... Syukur Alhamdulillah panjang umur.. bertemu lagi kita di alam maya ni kan kan.. :)

ini Lunch i semalam.. :D masak agak lewat petang sebab gengs di rumah ni semuanya balik lewat, so kiranya masak sekali untuk dinner... wahh berapa banyak punya save budget tu!

Apa taknya... bil api bulan ni yaaaa hamfunnn!!! meleTOP! Pak Habibi membayar bil.. orang TNB pun terkejut!

"Rumah ke kedai ni Encik?"

"Rumah..."

<< slow aje Pak Habibi menjawab ekk.. berapa???
cuba teka! 

RM100? tidakk.. Up sikit! UP sikit! 
RM200?? TIDAKKKK... UP sikit! UP SIKIT! RM300???........................................................ << koma jap! :D

i jawab pun slow :D aje kat telinga Pak Habibi i yang tembamBOM tu ekk..

"Tak pe.. tak pe.. bulan ni kan cuaca panas.. segalanya kita gunakan letrik sewajarnya kan kan.. AloooOoLoOooo..." sambil senyum senget! :D maka memasak ler lauk fav Pak Habibi i tu dan anak-anaknya yang sememangnya fanatik benor dengan nasi lemak! heran tul! :)) dengan penuh harapan Pak Habibi i tetap bayar bil Internet i ni muahahahaaaaa :)) Macehh Pak Habibiku cayangg :)

Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya! Ya, Giteewww


Nasi Lemak Ala Kampung... :D

beras
bawang besar
halia
serai
santan
daun padan
sedikit garam

tanakkan sampai masak.. :D
bila dah tanak.. lipatkan dalam daun pisang.. ketepikan dahulu sementara menanti kengkawannya yang lain tu bersiap! :D

DAN BANYAK LAGI RESIPI NASI LEMAK BOLEH KLIK>>


SAMBAL TUMIS BAWANG


BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering
2 cm belacan
1 biji kiub ikan bilis knoor

BAHAN LAIN :

minyak
3 biji bawang besar *hiris*
1 sudu besar air asam jawa
gula dan garam

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau, garing dan sentiasa dikacau, masa menumis lama sikit.
Masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa, masukkan bawang hiris.
Kacau rata sehingga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak!

SAMBAL TUMIS BAWANG
bersama Nasi Lemak :D


KACANG PANJANG GORENG BERSAMA TEMPEH :


1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
2 keping tempeh *potong kecil
5 batang kacang panjang *potong
2 sudu besar *sambal tumis bawang* ala yang kat atas tu.. 
tau pon :))
minyak
sedikit garam dan gula

CARA :

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan tempeh sehingga tempeh agak garing.
Masukkan sambal tumis bawang dan kacau rata.
Masukkan kacang panjang, sesuaikan rasa
Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak!

KACANG PANJANG GORENG BERSAMA TEMPEH dan NASI LEMAK :D


dah macam nasi ambeng pun yer jugak ni :D 


kacang goreng jangan lupa taw :)


ikan bilis goreng garing yang halus melus tu.. waduhh garing sedap benor! :))


telur mata kerbau! mata lembu! mata sapi!
goreng garing tengah tu bagi cair sikit! pengsan! :D


Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya! Ya, Giteewww


Selamat menjamu selera kawan-kawan :)





baru i perasan.. timun lupa interframe.. tak pe tak pe.. :))

TATA!!


Wednesday, June 20, 2012

Lepat Pisang Ordered By Pak Habibi TembamBOM!


Assalammualaikum.. Apa khabar semua? Alhamdulillah.. sihat nampaknya.. cuaca sekarang ni masih panas berbahang.. tetapi agak berkurangan sedikit di bandingkan beberapa hari yang lalu :)

Lepat Pisang 
Ordered By Pak Habibi TembamBOM!


Menu minum petang tadi punya kes ni! :D

"Boleh tak buatkan lepat pisang? Pisang masak banyak tu.."

Wahh sekali Pak Habibi i yang tembamBOM tu kan berbunyi.. :))
anggornya dah jemu-jelak! dok menghadap bau masakan yang ada isi durian.. ehh.. betul jugaklah! beberapa hari ni kan apa jua juadah minum petang semua ikut tekak i aje taw.. cian Pak Habibi.. tak dapat makan masakan fav dia.. badan tetap maintain camtu.... jugak! :))

tak pe.. tak pe.. maka membikinlah petang semalam.. dan pagi ni baru ku kongsikan pada semua... dah selesai pun :D

Lepat Pisang


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan pisang masak *lenyek*
1/2 cawan tepung gandum
1/4 brown sugar/gula perang
sedikit garam
1 cawan kelapa parut *tanpa hitam*
50 ml susu cair

CARA :

campurkan Pisang yang telah di lenyek bersama gula dan gaul sebati.
Setelah itu campurkan kesemua bahan-bahan yang lain.
Sesuaikan rasa.
Ambil daun pisang yang telah di cuci dan layurkan di atas api dan ambil 2 sudu besar adunan pisang dan lipatkan seperti gambar di atas.
Kukus selama 15-20 minit.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

Lepat Pisang
 Ordered By Pak Habibi TembamBOM!


makan masa panas-panas tu jugak!
hantarkan 7 keping rumah jiran sebelah..
tukang jadi delivery girl siapa lagi..
dak kerempeng dengan basikal dia ler... :D


Cara Pak Habibi makan lepat pisang tu..
cam ni ekk....


bukak kulit pisang tu.. dan baca bismillah... *mata tu pejam masa tu tauuu* :D
pastu terus masuk dalam mulut.. 2 kali cakup! selesai!!! :D
dan ambil lagi.. yaa.. macam tu ler seterusnya....

i pulak makan cam ni... :D


Bukak kulit pisang tu dengan penuh sopan-santun! SANTUN ler sangat kan.. awww :D
ambil garfu kecik tu.. potong kecik masuk dalam mulut.. *baca Bismillah dalam hati*
mata tak pejam taw.. mata masa tu.... yer masa tu kan kan... :))


dok jeling piring lepat pisang tu!!!
Pak Habibi makan laju banget!!!!!
TembamBOM betulkan kan.. :D

selamat menjamu selera kawan-kawan... 
jumpa nanti ekk..:)

TATA!!


Pisang Muda Masak Lemak Tempoyak Sayur Rampai Ikan Masin Kurau


Assalammualaikum.. Selamat petang semua... :) Okay sebelum i terlupa.. terima kasih kepada semua teman yang sudi add i.. ada yang tidak tinggalkan Link@Add so tak dapatlah i nak you all tadi yaa.. silalah inbox i.. so mudah i nak jejaki you all semua.. Macehh :D


Sekejap tadi i dah share bagaimana nak membuat TEMPOYAK


Lepas tu barulah kita boleh pelbagaikan tempoyak tu ya :)


Sayur pisang muda masak lemak cili api tempoyak bersama tulang ikan masin kurau dan sayur rampai...
hadoii itu nama bukan main panjang lagi resipi i kali ni ekk..
masak banyak juga tu.. hantarkan semangkuk besar rumah jiran.. selebihnya i makan sesorang.. tetiba adik bungsu kesayangan datang kerumah.. hah! makan kami berdua :)) yang lain jeling pun tak mau! tak pe.. tak pe.. :D

*semua sayur tu i petik tepi dapur* :D


hiriskan timun dan rebuskan telur masin... dah.. tu ler yang sedap! ;)


ikan kembung goreng garing-garing.. ada budu sedap ni.. cecah.. awww :D

Pisang Muda Masak Lemak Tempoyak 
Sayur Rampai Ikan Masin Kurau


BAHAN-BAHANNYA :

5 biji pisang muda *siat kulit dan potong serong isinya *rebus separa masak, buang airnya*
5 tangkai daun kangkung muda
1/2 cekak pucuk pegaga
6 helai pucuk berbuas
1 helai daun kunyit
5 helai daun kaduk
gula dan garam *sedikit*
5 keping tulang ikan masin kurau *kecil*

BAHAN KISAR :

500 ml santan pekat + 100 ml air
1 biji bawang besar
2 cm kunyit
20 tangkai cili padi
1 sudu besar tempoyak
1 sudu besar ikan bilis

CARA :

Masukkan *BAHAN KISAR* dan pisang yang telah direbus terlebih dahulu, tulang ikan masin kurau dan renehkan sehingga kuah mendidih *sentiasa di kacau*
Masukkan kesemua sayur, sesuaikan rasa, kacau rata, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Pisang Muda Masak Lemak Tempoyak 
Sayur Rampai Ikan Masin Kurau



Mau tak sedap.. semuanya segar-segar dan aromanya waduhhhh... :D


Nasi tu i makan sikit je.. meratah sayur pisang muda dan sayur hijau tu.. ada pulak tulang ikan masin kurau.. bau tempoyak yang harum.. dengan pedas cili padi tu awwww :))


Dinner i malam tadi sebenarnya tu..:))


Teringat-ingat sampai laa ni taw!
macam nak masak lagi aje.. tak boleh.. tak boleh.. nanti Pak Habibi i makan kedai muahahaa... :))


Selamat Menjamu selera kawan-kawan..:)

TATA!!

How To Make Tempoyak YoU!


Assalammualaikum... selamat sejahtera semua teman-teman kesayanganku.. :) Okay macam selalulahkan.. yang sudi menjenguk dapur i ni sedia maklum sekarang ni musim durian sedang hangat di kebun belakang, tepi, depan rumah i tu.. Kisah pokok durian pelbagai jenis dan spesis di kebun i tu nanti i cerita dan share gambar yaa.. soon.. kita bagaikan dulu cik abang durian tu dengan pelbagai resipi.

Dan kali ini i nak share dengan kengkawan semua bagaimana nak buat tempoyak. Mengikut sejarah i sendiri, i baru 4-5 tahun ni tahu nak makan tempoyak! :D hah gitewww.. sebelum ni tak reti nak makan! nampak aje tempoyak tutup hidung! tak suka bau dia.. tu lahhh eksen! sekarang.. :))

Sekarang nampak aje tempoyak perghh.... terus teringin! awww :))
Resipi tempoyak ni dari my beloved Bonda, dan ini adalah kali pertama i membuat tempoyak dengan Motto... "Rujukan buat semua teman dan anak menantu AMBOII!" :))

How To Make Tempoyak You!


ambil beberapa ulas durian gred A++ :D
ye lah sebab durian kat rumah ni banyak so i pilih isi yang terbaik sahaja :)
Bonda cakap isi yang tak okay pun boleh.. ;)


pisahkan durian dari bijinya, jangan sampai terkena kulitnya tu taw..
nanti pahit..:) ya giteww


setelah di pisahkan dari bijinya.. tinggallah isinya sahaja :D
ya begitueww... :)
perahkan durian tu dengan sehelai kain maslin atau kain nipis..
so setelah tinggal isinya gitu... airnya buang.. :)
gaulkan bersama sedikit garam dan sedikit gula...
dengan sukatan :

Bonda punya resipi :

1 mangkuk durian = 1 sudu kecil garam + sedikit gula

My resipi :

1 mangkuk durian = 1/2 sudu teh garam + sedikit gula :D


masukkan di dalam bekas tupperware atau bekas kedap udara... 
ya i licinkan macam tu.. kalau bonda dia main pakai hempuk je! :))
kan ke lebih cantik macam tu aww :D


Simpan di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk..
boleh tahan berbulan... :))

TARRAA!!!

SAMBAL TEMPOYAK!


Okay you all buat dulu tempoyak ni ekk.. nanti ada banyak resipi yang menggunakan tempoyak bakal menyusul di dapur i ni..
kalau tak ada durian beli ajelah lebih mudah! :D

selamat mencuba!

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ