ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, February 20, 2011

MEE HOON TAUCO UDANG

 
MEE HOON TAUCO UDANG

Berabad dah rasanya tak masak..... 
MEE HOON TAUCO UDANG ekk... sebagai tukang masak di rumah ni... idea kekadang tu beku.. ada rencah, bahan penuh satu peti sejuk tu kekadang pun tak tahu nak masak apa hehee... termenung ler depan peti sejuk tu.. termenung-termenung... tergaru-garu... (walaupun tak gatal ekk..) pastu terus dapat idea! simple dan sesuai di hidangakn buat keluarga cuti hujung minggu  begini ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MEE HOON TAUCO UDANG

 Bahan-bahan Kisar :
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 sudu besar belacan
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 cawan udang kering
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kilo udang sederhana ~ buang kulit tinggalkan ekor sahaja
  • 1 botol kecil tauco
  • 5 keping tahu ~ potong kecil
  • 1 cekak daun kucai ~ potong 1 inci 
  • 5 biji tomato ceri ~ belah dua
  • 2 keping asam gelugor
  • daun bawang dan sadri untuk tabur
  • bawang goreng untuk tabur
  • limau sambal dan sambal belacan
  • taugeh dan timun
Cara Memasak :
  • Panaskan periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing masukkan air rebusan daging atau air paip sebanyak 2000ml atau lebih pun tak apa
  • didihkan masukkan tahu, asam keping, tomato ceri dan renehkan selama 5 minit
  • masukkan udang, taucho dan daun kucai dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan
  • taburkan daun bawang, daun sadri, cilipotong dan bawang goreng. makan bersama sambal belacan dan perahkan bersama asam limau
TENGGG!!!! TARRRAA!!!!
MEE HOON TAUCO UDANG

SlurPPPPppp... aduhaii.. memang syiok makan pepanas ekk... kalau ada mee kuning juga bisa dong!

SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ