ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 22, 2011

BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH


BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH

Wah.. wah.. cewahh.. ewahh... tajuk resipe kali ni bukan main lagi ekk.. Basah segala! hahaa.. dah tak ku tahu nak ku bubuh dengan nama apa... nampak simple dan sememangnya i kalau memasak apa jua jenis sayur semestinya simple.. kerana sayur dah ada rasanya yang tersendiri.. lainlah kalau masak lauk lemak yer tak?? okay lauk ni biasa sahaja.. cuma i tambahkan air lebih sedikit, jadi tak ler kering.. so basah.. basah aje giteeeww... okay dah tu jerk.. lain tak de dah kot! hahaa.. sebab i akan menonyeh lebih panjang lebar di segmen lain nanti cewahhhhh... gaya mesti ada You...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH

Bahan-bahan yang di perlukan :


1 ikat sayur bayam ~ siang dan rendam bersama air garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
2 biji petola ~ buang kulit dan hiris
1 ikat sohoon ~ rendam


1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang lada merah ~ hiris
1 biji kiub ikan bilis *knoor
200 ml air

Cara Memasak :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris sehingga layu. 
Masukkan kiub ikan bilis dan air, reneh sehingga mendidih, masukkan sohoon dan sesuaikan rasa.
masukkan petola dan biarkan empuk terlebih dahulu baru masukkan sayur bayam. kacau rata.
Angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAAA!!!
BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH

Basah aje kan.. sedap Youu.. pulak hujan gerimis di luar sana.. aduhaii.. sambal belacan dan ikan masin jangan di abaikan oke!!!


MENU TENGAHARI 22 MARCH 2011 :

BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH
KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA
KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR
SAMBAL BELACAN, IKAN MASIN DAN ULAMAN

Selamat menjamu selera kawan-kawan...:):)

TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ