ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 22, 2011

KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA


KARI MASALA IKAN TENGGIRI 
BERSAMA PELAM MUDA

Muahahaa... dek kerana pelam muda yang masih berlubur dalam bakul tu.. maka terciptalah... masakan yang main pakai anggar aje rasanya.. tak dapat ku bayangkan.. akhirnya setelah berjaya di masak.. baunya.. aduhaii.. mengancam habis! rasanya??? masam-masam, lemak ikan tenggiri tu... rasa rempah masala yang... yang.. entah macam mana nak ku terangkan... you all kena ler cuba yaa... memang tidak menghampakan i tell you! no santan at all.. so resipe ni bebas dari kolestrol oke..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KARI MASALA IKAN TENGGIRI 
BERSAMA PELAM MUDA





3 biji pelam muda ~ hiris selebar jari

 1 biji lada hijau ~ belah dua
1 tangkai daun ketumbar ~ hiris
1 biji buah tomato ~ belah dua
4 keping ikan tenggiri
1 helai daun limau purut ~ siat
1400 ml air

**BAHAN TUMISAN (1)
8 tangkai cili kering *biar setangkai-setangkai
2 batang serai ~ titik
1 inci halia ~ potong batang mancis
1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris
2 batang daun kari ~ leraikan dari batangnya
1 hiris lengkuas

BAHAN TUMISAN (2)


1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil halba
1 inci kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
2 sudu besar REMPAH MASALA **ADA DI PASARAYA

CARA MEMASAK :



Panaskan sedikit minyak. Tumiskan *BAHAN TUMISAN (1) DAN TUMISAN (2) sehingga layu dan REMPAH MASALA sehingga garing.
Masukkan air dan biarkan mereneh sebentar.

Masukkan ikan tenggiri dan pelam muda, dan juga bahan-bahan lain. 
Renehkan dengan api sederhana sehingga ikan masak.
Angkat dan hidangkan!!!

TENGGG!!! TARRAAA!!!

KARI MASALA IKAN TENGGIRI 
BERSAMA PELAM MUDA





Yummmyyy!!! memang best!!! you all mesti cuba... sekarangkan musim pelam muda.. mudah nak dapat.. so cuba resipe ni memang syiOK!!!


MENU TENGAHARI 22 MARCH 2011 :

BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH
KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA
KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR
SAMBAL BELACAN, IKAN MASIN DAN ULAMAN

Selamat menjamu selera kawan-kawan...:):)
 
**MUNGKIN SELEPAS 2-3 HARI NI **GAMBAR TAK AKAN BANYAK MACAM NI EKK.. TETIBA DAPAT PULAK SATU PROJEK PENULISAN MEGA.. CEWAHH.. SO AGAK BUSY SELEPAS INI.. YANG PENTING RESIPE AKAN SENTIASA DI UP DATE SEPERTI SELALU.. HANYA GAMBAR AKAN BERKURANGAN.. TQ...:):)

TATA!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ