ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, March 7, 2011

MAGGIE SEGERA VERSI (2)

 
MAGGIE SEGERA VERSI (2)

Ini semua gara-gara tengok iklan di TV ler ni... ada pulak yang jadi batu api... "DAH LAMA TAK MAKAN MAGGIE EKK.." jam tu jugak telan air liur ekk... apa ada kisah.. walaupun maggie mee di larang keras di rumah ni tetapi stok untuk 'EMERGENCY' sentiasa ada dalam kabinet tu ekk... terus ler membikin... nama pun mee segera yer tak? makan pun nak kena segera.. memasak lagi ler kena segera hehe.... dah tu jerk.. lain tak de ekk.. ekk.. :):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
MAGGIE SEGERA VERSI (2)

Bahan-bahannya :
  • 3 peket maggie perisa kari
  • 6 ulas bawang putih ( i memang pencinta garlic:) ~ hiris
  • 1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
  • 5 batang cili padi ~ hiris
  • 2 batang sayur pak choy ~ hiris
  • 2 biji tomato ceri ~ belah dua
  • 4 biji cendawan butang dalam tin ~ hiris
  • 6 batang sosej ayam/daging ~ belah dua
  • 3 biji telur ayam
  • sedikit taugeh (jika suka)
  • daun sadri dan lada merah untuk tabur di atasnya
  • 1600 ml air (i suka kuah rap-rap aje dengan maggie :)
Cara memasak :
  • panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau
  • masukkan air dan masukkan rempah kari maggie
  • masukkan cendawan, sosej dan batang sawi. Biarkan sehingga mendidih dan kecilkan api
  • pecahkan telur. setelah telur masak, masukkan maggie, tomato ceri dan daun sawi
  • sesuaikan rasa dan taburkan taugeh angkat dan hidangkan semasa panas!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
MAGGIE SEGERA VERSI (2)
Nampak aje mudah... leceh ler jugak hehe..:):):) selamat ber SUPPER...:):)
selepas makan maggie tu tekak muak.. apalagi potongkan buah strawberry kesukaan i tu dan taburkan sedikit dengan gula castor.. walla! masam-masam manis giteeeewwwww..:):) 

TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ