TALAM UBI PANDAN
Kalau you all nak tahu.. TALAM UBI adalah salah satu kuih tempatan yang paling shasha suka! suka! suka! walaupun kelernya tak merah ekk.. tapi i sukakan rasanya yang lemak dan berkrim hehe.. okay talam ubi biasanya atas tu putih aje kan.. rasanya lemak aje giteeewwkan.. kali ini i buat ikut tekak i oke... i buh perisa pandan kat bahagian atas tu aduhai.. i tell you all ekk.. dah ler lemak bau pandan tu mak aii.. pak aii.. malas nak cerita.. i buat ni malam tadi... so i potong kuih talam tu masih panas lagi masa tu tak menyabor ler tu namanya apa nak buat i memang terhingin! sangat nak makan kuih talam ubi ekk. selalunya beli... kali ni i buat oke.. so i pepandai ler membubuh itu dan ini dengan motto eh! kita buat dia yer tak ehhe.. selamat menery ekk kekawan semua.. memang best! pstt.. jiran i pun cakap sedap atasnya tu.. bau pandan harumm... rasanya pun enak! cewahhh terus i hantar setalam tau hahaha...
JOM!! SALIN RESIPE!!!
TALAM UBI PANDAN
Bahan untuk ATAS :- 150 gm tepung beras
- 50 gm tepung ubi
- 800 ml santan pekat
- sedikit garam
- 1 sudu besar perisa pandan
- 1 sudu besar gula
- campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan masak di atas dapur
- kacau selalu dan masak sehingga pekat dan ketepikan sebentar
Bahan untuk BAWAH :
- 600 gm ubi ~ parut dan perah airnya
- 150ml air atau santan boleh juga
- 2 sudu besar tepung ubi
- *180 gm gula melaka ~ hiris kecil
- *100 gm gula pasir
- *masakkan gula melaka dan gula pasir sehingga larut dan ketepikan
- 1 cawan kelapa muda ~ parut dan ambil putihnya sahaja
- sedikit garam
- 50gm mentega
- loyang yang telah di oles dengan sedikit mentega
- campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang
- kukus selama 20 minit atau lapisan ubi set
- keluarkan dan cakarkan dengan garfu permukaan di atasnya
- tuangkan dengan adunan ATAS yang telah di masak terlebih dahulu
- tutup dengan kertas minyak yang di lubangkan dengan lidi
- kukus selama 20 minit
- angkat dan sejukkan terlebih dahulu. seeloknya semalam di dalam chiller
- hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
TALAM UBI PANDAN
NAMPAK AJE LECEHKAN.. SEBENARNYA BILA DAH TAHU NAK MEMBIKINNYA TU ALAHAII... PUNYA LER MUDAH! MULAI SEKARANG TAK MO DAH BELI DI LUAR, BUAT SENDIRI LAGI MUAI....:):)
MENU MINUM PETANG 3HB MARCH 2011.... PSTT PETANG NANTI ADA LAGI RESIPE MINUM PETANG... 'LEMPENG PANDAI' i nak lawankan dengan sambal tumis sardin yang masih banyak tu hehee... selamat mencuba!!
TATA!!!
No comments:
Post a Comment