Assalammualaikum..:)
Wahh hari ni dah masuk Ramadan ke 11, Syukur Alhamdulillah...
Hari ni i masak cepat... sebab nak keluar petang nanti.. nak meninjau ke bazaar Ramadan. Saje je :D so petang ni i tak buat kuin-muih. Main pakai tunjuk aje petang nanti :D
Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke 11
Bersamaan 31hb Julai 2012
Ikan Tenggiri Masak Kicap Cili Padi
Miso Sup Bersama Tofu Jepun
Udang Goreng Limau Purut
Ikan masin tenggiri jeruk
Sambal Belacan
Ikan Tenggiri Kicap Cili Padi
BAHAN-BAHANNYA :
ikan tenggiri 5 keping *gaul bersama sedikit garam dan goreng separa garing angkat dan ketepikan
5 biji tomato ceri *belah dua
15 tangkai cili padi *buang tangkai
1 cawan kicap manis
50 ml air
2 sudu besar cuka
2 helai daun sadri *hiris
gula dan garam
BAHAN TUMIS :
1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
2 cm halia *hiris
4 tangkai cili kering *potong 2 inci
1 batang serai *titik
minyak
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan kicap, air, cuka dan renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan gula dan garam.
Masukkan ikan, tomato ceri dan daun sadri.
Masak sehingga kuah agak pekat.
Angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!
Ikan Tenggiri Kicap Cili Padi
yang simple tu lah yang sedap.. masak nasi tu lembik sikit ekk :D
Miso Sup Bersama Tofu Jepun
Gunakan paste Miso dan renehkan di dalam air, setelah mendidih masukkan tofu jepun dan daun bawang
angkat dan hidangkan!!
Udang Goreng Daun Limau Purut
resipi ini nanti i share di lain N3 ya :)
Pencuci mulut i berbuka petang ini..
Orange.. :D
Sekian sahaja... selamat berbuka..:)
Assalammualaikum..
TATA!!