ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 15, 2011

NASI LEMAK PANDAN AND THE GENGS

NASI LEMAK PANDAN AND THE GENGS

Nak makan apa hari ini?? "NASI LEMAK!!!" waduhh.. bila tiba musim cuti sekolah aje... mula ler menu Nasi Lemak akan muncul semula... kali ni i masak Nasi Lemak Pandan.. wangi aje baunya tauu.. harum dan lemak dan enak! cewahh.... ewahh.. ewahh..:):) lawankan pulak dengan sup kambing power perghh... memang terbaik! i tell you ekk.. sesekali tu boleh ler ekk.. dua tiga kali setahun jerk..lebih dari itu... harus ler berjumpa doktor dan buat pemeriksaan bersekala haha....:):):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
NASI LEMAK PANDAN AND THE GENGS
Kita mulakan dengan Nasi Lemak Pandan ekk... nasi lemak tu kelihatan berketul aje santan dan pandannya.. hehe... SAJE JE TU..:):)  apa pun rasanya tetap enak!

Bahan-bahan di hiris :

1 biji bawang putih
1 biji bawang merah (sedang)
2 inci halia
1 batang serai titik

Bahan-bahan lain :

1 biji santan ~ perah dua kali
6 helai daun pandan ~ kisar dan ambil jusnya dalam 300ml
beras ~ rendam sebentar, cuci dan toskan
1 helai daun pandan ~ ikat
sedikit garam

Cara memasak :

Campurkan beras, bawang merah, bawang putih, halia, jus daun pandan, daun pandan, sedikit garam dan tanak sehingga nasi masak!

TENGG!!! TARRAA!!!
NASI LEMAK PANDAN

Lawankan pulak dengan ulam-ulaman aje memang tau! 

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

Bahan-bahan dikisar :

2 biji bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih 
1 inci halia
30 tangkai cili kering
1 sudu besar belacan

Bahan-bahan lain :

1 kg udang ~ kupas kulit tinggalkan ekor dan cuci bersih
3 papan petai ~ ambil isinya belah dua
2 biji bawang merah (besar) ~ hiris bulat

Cara memasak :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing.
Masukkan sedikit air asam jawa
Renehkan sehingga kuah pekat masukkan gula, garam, petai, bawang hiris dan udang.
Sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!

TENGG!!! TARRAA!!!
SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

GANDINGAN PALING MANTOP BERSAMA NASI LEMAK PANDAN! YUMMY!!!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SUP KAMBING POWER



Bahan-bahan kisar :

1 biji bawang merah (besar)
6 ulas bawang putih 
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar lada putih
sup bunjut (buka bunjutnya)
1 peket rempah sup (adabi)

Bahan-bahan lain :

1 kg kambing (lamb shoulder) potong-potong
1 batang karot
2 batang celery
4 biji kentang
daun sup dan bawang goreng untuk tabur

Cara memasak :

Rebuskan kesemua bahan-bahan kisar bersama daging kambing.
Renehkan sehingga daging kambing empuk. 
Masukkan kentang dan karot.
Rebuskan sehingga kentang empuk.
Angkat dan hidangkan!!

TENGGG!!! TARRAA!!!
SUP KAMBING POWER

yUMMYY... SLURpppPPPP....
Lawankan dengan nasi lemak pandan, sambal tumis udang petai dan ulaman memang terbaik!!!

YUmmYyyyy...:):):)

NASI LEMAK PANDAN AND THE GENGS

SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN...:):):)

TATA!!!

Monday, March 14, 2011

SUPPER SPECIAL ~ OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE


OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE

Muahahaa... wah.. wahh.. cewahh.. ewahh.. kelihatan dan kedengaran seperti diet giteww kan... jangan mudah terpedaya dek kerana nama... makan pun dah malam kala.. maka namanya bukan ler berdiet tetepi mengunyah tanpa henti heee.. tu dia mukadimah di malam hari ini ekk.. maklum ler musim cuti sekolah macam ni.. gengs di rumah ni manjang nak mengunyah aje ekk.. hujan pulak tu.. perut minta di belai.. semua takde selera nak makan nasi... so i buatkan aje roti sesimple idak ekk... namun rasanya... aduhhh.. duhh.. duhhh.. duhh... kalau makan di Starbuck dah RM berapa dah ekk.. buat aje sendiri... selepas makan belengkauuuUUuu....:):):)

Jom!!! Salin resipe!!!
OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE


Bahan-bahan yang di perlukan :

  • Beberapa keping roti oat meal ( i beli di bread talk~rotinya sedap dan enak)
  • buah tomato ~ hiris (jangan terlalu nipis)
  • butter salad (ada di pasaraya, rasanya lebih enak dan lemak jika di bandingkan dengan salad biasa)
  • telur ayam + cheddar cheese + serbuk lada hitam (kasar) ~ bancuhkan telur + cheddar cheese + lada hitam dan lengserkan sedikit mentega dan buat seperti telur dadar. Lipat telur menjadi segi empat sama.
  • sos cili/sos tomato
  • sos thausand island / mayonise ~ ikut suka

Cara menyediakan :

Ambil sekeping roti dan Lapiskan butter salad, tomato dan telur dadar, sos cili / sos tomato dan sos thausand island / mayonise tangkupkan dengan roti sekeping lagi. 
SEDIA UNTUK DI KUNYAH!!

TENGG!! TARRAA!!!
OAT MEAL BREAD WITH EGGS AND CHEESE
Di bakar pun sedap, makan begitu sahaja pun sedap!
Khasiat roti Oat Meals tu jangan ler kita pertikatkan lagi yer tak....
Tiba bab telur dan cheese dan segala macam sos tu.... ahah! berat naik ke turun tu???? udah ler yang penting... sebelum makan baca Bismillah dan baca doa makan... sebelum tidur jangan lupa gosok gigi oke! Syukur Alhamdulillah...:):)

SELAMAT BER SUPPER!!!

TATA!!!

CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS

 
CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS

Memang dah lama pun tak buat kek coklat moist kukus... kebetulan ada permintaan dari seorang adik.. dia cakap rumah dia tak de oven so dia nak resipe kek coklat berkukus.. aduhaii.. kek coklat kalau di kukus memang ler enak bangat dong!!! mudah dan simple sahaja.. nama adik tu siapa ekk. tak per ler... kalau dia terbaca N3 ku ini.. kek coklat moist kukus ini ku hadiahkan buatnya ekk... dan juga buat teman-teman yang rajin bertandang di blogs kesayanganku ini...:):):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS
 
Jangan memain ekk.. kali ni i buat kek berdua dengan hero i yang no 2 tu.. hero yang terlampau LOW_____profile... tak suka di ambil gambar dan langsung tidak suka menonjol atau tertonjol di dalam blogs atau di laman Facebook Mommanya.. yak ni i ler siapa lagi ahhaa.. tengok tu.. muka serius ya ampun! tapi bab membantu kalau memasak di dapur memang dia suka bebenau... anyway TQ so much Aemir!!! moga satu hari nanti jadi CHEF okey tayang!

udah ler tu.. jom kita membikin kek!..:):):)
 
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS
Bahan-bahannya :
  • 220 gm gula 
  • 1 cawan minyak jagung atau minyak sayuran
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1/2 cawan susu pekat
  • **gunakan sukatan cawan khas untuk membuat kek ada di jual di pasaran 
  • 170 gm tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu kecil soda + sedikit garam + 50gm serbuk koko di ayak bersama
  • CUP CAKES
  • ALAT PENGUKUS
 Cara memasak :
  • Putarkan minyak dan gula sehingga gula larut
  • masukkan telur dan pukul sehingga kembang
  • masukkan esen vanilla dan susu pekat dan putar sebati
  • masukkan tepung yang telah di ayak bersama serbuk koko sehingga sebati
  • masukkan 1 cawan air panas mendidih dan putar dengan kelajuan maksimum
  • masukkan adunan ke dalam cup cakes isi 3/4 dari paras acuan lakukan sehingga habis
  • kukus di dalam pengukus selama 30-35 minit
  • angkat dan biarkan sejuk sebentar dan oleskan dengan coklat ganache atau hiaskan ikut suka anda
TENGG!!! TARRAA!!!!
CAKE CHOCOLATE MOIST KUKUS
YUMMYYY.... YUMMY....:):)
 
TANPA sapuan coklat di atasnya pun enak.. buh ler vanilla aiskrim aduhaii.. memang syiok!

SELAMAT MENJAMU SELERA DAN SELAMAT BERCUTI!!!

TATA!!!

SUP REBUS TETEL LEMBU

 
SUP TETEL LEMBU

Uwahahaa.... adakah kerana tiada beridea lagi ko shasha??? uish idak ler.. bukan kerana tidak beridea tetapi kerana isi di dalam perut esbok ku itu yang udah susut isi di dalamnya haha.. baru balik dari menghantar bonda di Melaka.. sengaja tak ku penuhkan isi di dalam peti sejuk tu ekk.. maka memasak ler apa yang ada.. walaupun hanya dengan tetel lembu.... tat kala ingin memasak tadi berbagai menu yang di rancang.. nak masak kari tetel ler... nak masak mee rebus tetel ler... ehh.. ehh.. tetiba yang ku masak hanya sup tetel lembu.. kerna apa??? kerna aku malas hehe.. banyak nak masukkan gambar dalam blogs tersohor i yang satu lagi tu.. nanti i share dengan you all ekk.. :):):) Melaka kampung keduaku walaupun aku bukan berasal dari sana... dek sebab adik lelaki tinggal di Melaka kerana bertugas dan Bonda suka ke sana.. maka Melaka umpama kampung keduaku.... jadi kalau ada yang teringin nak ke Melaka tu boleh ler jengah di blogs i yang satu lagi ni ekk >>> TRAVEL & ADVENTURE BEST MAKAN SAKAN 

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SUP TETEL LEMBU
  
Bahan-bahan yang di perlukan (DI KISAR):
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 5 ulas bawang putih ( i pencinta bawang putih)
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 inci kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 biji buah keras
Bahan-bahan lain :
  • 1kg tetel lembu ~ rebus sehingga empuk
  • 1 batang karot ~ kerat 
  • 1 batang celery ~ kerat
  • 5 biji kentang ~ potong 4
  • daun sadri dan bawang goreng untuk tabur
Cara Memasak :
  • masukkan segala bahan yang telah di kisar ke dalam periuk yang berisi tetel yang telah empuk
  • rebus sehingga bahan sebati
  • masukkan kentang, karot dan celery sehingga empuk
  • sesuaikan rasa dan taburkan dengan bawang goreng dan daun sadri
  • sedia di hidangkan!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
SUP TETEL LEMBU
 
AMACAM??? mudah aje kan.. resipe sihat pun yaa jugak.. i kalau memasak sup lebih suka di rebus dari di tumis.. rebus sehingga kuahnya pekat.. waduh.. waduhhh...:):):)
MENU TENGAHARI 14HB MARCH 2011 :
  • SUS TETEL DAGING
  • KACANG PANJANG GORENG BERLADA
  • IKAN MASIN
  • ULAMAN ~ DAUN TENGGEK BURUNG, PUCUK GAJUS, TIMUN MUDA, PETAI REBUS DAN JERING MUDA... UNTUK AWET MUDA...:):)
  • SAMBAL BELACAN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN!!!

TATA!!!

KACANG PANJANG GORENG BERLADA

 
KACANG PANJANG GORENG BERLADA

Waduhhh.. waduhh.. macam dah setahun dapur blogs kesayanganku ini tidak berasap ekk.. bukan di sengajakan memang banyak betul urusan yang terpaksaku uruskan satu-persatu... memang tak memasak pun hehe... ke mana lagi??? kalau tidak menghantar Bonda kesayangan pulang ke kampung ke 2 kami ke Melaka Bandar Bersejarah tu haa... (walaupun kami bukan berasal dari MELAKA, MELAKA umpama kampung kedua kami..:):) kalau dah berjalan tu... hmm... alamatnya memang tak ler memasak ekk.. makan di luar manjang.. nanti i share dengan you all mana tempat best makan sakan di MELAKA tu ekk.. nanti i share di blogs i yang tersohor ni hah >>> TRAVEL ADVENTURES, BEST MAKAN SAKAN malam sikit nanti i share dalam blogs tu ekk.. kerja nak mengedit gambor tu yang leceh! yang lain tak de... hehe..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KACANG PANJANG GORENG BERLADA

Bahan-bahan DIKISAR:
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 4 ulas bawang putih 
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh belacan
  • 4 sudu besar ikan bilis
Bahan-bahan lain :
  • 10 batang kacang panjang ~ potong 1 inci
  • 1 biji buah tomato ~ potong
Cara memasak :
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau dan garing
  • masukkan kacang panjang dan buah tomato
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
KACANG PANJANG GORENG BERLADA
MENU TENGAHARI 14HB MARCH 2011 :

  • SUS TETEL DAGING
  • KACANG PANJANG GORENG BERLADA
  • IKAN MASIN
  • ULAMAN ~ DAUN TENGGEK BURUNG, PUCUK GAJUS, TIMUN MUDA, PETAI REBUS DAN JERING MUDA... UNTUK AWET MUDA...:):)
  • SAMBAL BELACAN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN!!!

TATA!!!


Saturday, March 12, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARANG BUNGA KANTAN

 
ASAM PEDAS IKAN PARANG BUNGA KANTAN

Ini ikan kesukaan i... isinya manis dan lemak.. goreng pun sedap... masak singgang sedap.. goreng di kelar-kelar nipis-nipis kulitnya pun sedap! sebab sedap ler i masakkan asam pedas dengan bunga kantan.. yang berbunga mengalahkan pokok tulip di belakang rumah tu hehe...dah tu jerk ekk.. ekk...:):)
JOM!! SALIN RESIPE!!!
ASAM PEDAS IKAN PARANG BUNGA KANTAN
Bahan-bahan DI KISAR HALUS :
  • 25 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 sudu besar belacan bakar
  • **KISAR SEHINGGA HANCUR
Bahan-bahan lain :
  • 3 keping ikan parang ~ belah dua isinya
  • 3 kuntum bunga kantan ~ belah dua
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 biji bawang kecil dan 1 biji bawang putih ~ hiris untuk menumis
CARA MEMASAK :
  • Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris
  • masukkan bahan-bahan yang di kisar halus sehingga garing atau pecah minyak
  • masukkan air lebihan kisar dan air asam jawa (anggaran ikut suka jangan terlalu cair)
  • didihkan. masukkan ikan dan bunga kantan
  • sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
ASAM PEDAS IKAN PARANG BUNGA KANTAN
Aduhaii... susah nak cerita ler... kena ler cuba sendiri ekk.. ekk..:):)
HIDANGAN MENU TENGAHARI 12HB MARCH 2011 :

  • ASAM PEDAS IKAN PARANG DAN BUANGA KANTAN
  • UDANG GORENG NENAS
  • KACANG BUNCIS & SHITAKE MUSHROOM
  • SAMBAL BILIS DAN ULAMAN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN!!!

TATA!!


UDANG GORENG NENAS

 
UDANG GORENG NENAS

Muahahaha.. udang lagi... mau taknya... udang memang ler fav gengs di rumah ni ekk.. hari ni i masakkan udang tu simple aje ekk... tanpa bersos! sebab kalau bersos memang i tak akan makan.. tak tahu kenapa... jadi kali ni i nak makan udang tu.. so i just goreng the udang dengan nenas.. simple ler sesangat ekk.. rasanya wahh.. cewaahh.. ewahh.. ewahh!!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
UDANG GORENG NENAS
Bahan-bahannya :
  • 1/2 kg udang segar ~ buang kulit dan lumurkan dengan tepung goreng ayam dan gorengkan sebentar angkat dan ketepikan
  • 1 biji bawang kuning ~ potong baji (macam potong limau)
  • 5 ulas bawang putih ~ dadu
  • 3 jenis warna lada benggala/bell pepper ~ potong dadu kasar-kasar
  • 1 tin nenas cube (sederhana) ~ dadu kasar
  • serbuk lada hitam ~ kasar
  • serbuk lada sulah
  • minyak bijan
  • gula dan garam
Cara memasak :
  • tumiskan bawang kuning, bawang putih, lada benggala sehingga naik bau
  • masukkan nenas dan gaul rata
  • masukkan udang dan gaul rata
  • sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAAAA!!!
UDANG GORENG NENAS
Mudah aje kan.. kan.. rasanya memang simple but delicious! yummy!!
HIDANGAN MENU TENGAHARI 12HB MARCH 2011 :
  • ASAM PEDAS IKAN PARANG DAN BUANGA KANTAN
  • UDANG GORENG NENAS
  • KACANG BUNCIS & SHITAKE MUSHROOM
  • SAMBAL BILIS DAN ULAMAN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN!!!

TATA!!


KACANG BUNCIS & SHITAKE MUSHROOM

 
KACANG BUNCIS & SHITAKE MUSHROOM

Tiada yang lebih sempurna.... hidangan jika tanpa sayur-sayuran... tekak terasa tak kena aje ekk.. apa pun sayur kacang buncis dan shitake musroom adalah antara yang i paling suka termasuklah gengs remaja di rumah ni, Pak habibi i langsung tak makan sayur dengan asalan kulitnya sudah cukup halus! aje memang kan... gasak dia ler.. kalau Pak habibi tak makan sayur.. portion dia i yang makan ahahhaa... mengader ler tuh!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KACANG BUNCIS & SHITAKE MUSHROOM

Bahan-bahan yang di perlukan :
  • 5 ulas bawang putih ~ dadu ( i memang pencinta bawang putih)
  • 1 biji bawang kecil ~ hiris
  • 1/2 biji lada benggala/bell pepper ~ dadu kasar
  • 5 biji cendawan shitake kering ~ rendam bersama air panas dan hiris kasar atau potong 2
  • 10 batang kacang buncis ~ kerat 3
  • 1/2 batang celery ~ potong 1 inci
  • minyak bijan
  • lada sulah
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang kecil dan bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan lada benggala, celery, cendawan shitake dan gaul rata
  • masukkan kacang buncis, serbuk lada sulah dan minyak bijan
  • gaul rata sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!
TENGGG!!! TARRRAA!!!!
KACANG BUNCIS & SHITAKE MUSHROOM
 
 AMACAM??? mudah aje kan... makan lah sayur setiap hari, agar sentosa di kemudian hari cewahh... ~ wallahualam~
HIDANGAN MENU TENGAHARI 12HB MARCH 2011 :
  • ASAM PEDAS IKAN PARANG DAN BUANGA KANTAN
  • UDANG GORENG NENAS
  • KACANG BUNCIS & SHITAKE MUSHROOM
  • SAMBAL BILIS DAN ULAMAN
SELAMAT MENJAMU SELERA KAWAN-KAWAN!!!

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ