ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, June 13, 2012

Roti Jala Pandan Vs Caramelized Durian Resipi Dari Dapur MasterChef Malaysia


Assalammualaikum.. selamat petang semua :) Okay keadaan diri i masih tak okeh.. suara sengau dan serak! kalau you all dengar suara i bila bercakap sekarang ala-ala suara Ratu Rock Ella Gitewww :D i'm ROCK! cehh giteww... 

okay kalau you all nak tahu.. i masukkan N3 ni bukan guna my beloved PC yang screen nya boleh tengok durian tu saiz asal! :)) tapi i guna my lappy.. so kecik tenonet aje mata i yang sembab ni mengedit gambor! sakiTttt betul! :))

Dalam tak sihat tu ehh.. sempat lagi masukkan N3 sebab apa tau.. sebab banyak N3 yang i dah terlepas nak masukkan.. so dalam keboringan dan lesu tu.. i masukkan juga satu lagi N3.. manalah tahu esok lusa lebih teruk demam selsema i ni so you all bolehlah tengok dan tengok lagi resipi yang hijau aje kelernya tu... ya gitewww ;)

Jutaan Terima Kasih Buat Kak Ani :)


ingat tak lagi N3 i dapat oscar tu muahhaahaaa :))


nak tahu apa yang telah KAK ANI kesayangan i yang cun melecun tu lakukan.. dengan gambar penuh hadoii.. tetiba i yang menjengah tu sampai naik terjojol bijik mata taw! :))
rupanya Beliau lebih dan terlebih meraih lebih banyak OSCAR di situ.. nak tahu klik sini >>>


Tq so much kak Ani.. cayang kak Ani.. muahhzzzz. Kepada teman-teman semua yang mana belum bersahabat dengan Kak Ani kesayangan i tu silalah add beliau yaa.. tq so much.. moga persahabatan di alam maya ini akan kekal dan di panjangkan... Insyallah dengan niat berkongsi apa sahaja info yang bagus!
ya bagus begitewww :))

Sambung kisah... :D


Nampak tak apa teww??? yer pandainya.. buah d.u.r.i.a.n << sila eja :D yaa kerana buah durian yang sedang lebat gugurnya di rumah i nilah i telah di hidapi penyakit selsema tetapi masih kuat semangat nak share N3 kat you all semua.. malah lebih hangat sebab suara tak ada.. so menaip tu macam air aje.. sebab tak perlu bercakap! :)) bercakap pun cuma dalam hati aje! muahahaa... :))

Roti Jala Pandan Vs Caramelized Durian Resipi Dari Dapur MasterChef Malaysia


Ya, begitewww tajuk kita petang ini yaa.. i buat roti jala ni sebaik sahaja i selesai menebar roti jala yang di hidangkan tengahari tadi.. KLIK SINI

durian pulak banyak.. fikir punya fikir alang-alang dah menjala tu apasalahnya.. jala sekali roti jala perisa pandan! berapa banyak jala daaa... :D

teringat pulak kisah masa di MasterChef Kitchen tu...

gambar di atas ni i main pakai ceduk aje.. malas nak cari kat album lama tu :) so teringatlah i.. masa tu tema hidangan yang perlu disediakan ialah durian!!
hah! Ngko! masas tu dah lega sebab i memang ler dah biasa bab-bab durian ni hah! 

TETAPI!!!

ya ada TETAPINYA!!

Chef nak durian tu HARUSLAH di ciptakan dengan resipi baru dan lebih ke arah AVANGARD! maknanya nak kena ubah suai resipi yang lebih menarik, ringkas dan enak! dan ala-ala moden gitewww..  :D
lain dari yang lain..
okay nak lain dari yang lain ya...

HAMBIK NGKO!


Crepe Vanilla Bersama Caramelized Durian!

ya itu yang i ciptakan masa cabaran DURIAN tu hadoii.. hitu nama!
dalam tempoh 30 minit kalau tak silap!
macam nak rak! memikirkan apa yang nak ku bagaikan dengan durian tu hadoiiii.... 

Ingat tak Ary Malik sampai melalak! celah durian sebab dia memang fobia dengan rasa dan bau durian.. tu dulu.. dan cerita sekarang kat dapur i ni.. maka telah ku bawakan ke sini untuk kukongsikan dengan you all semua... macehhh :D

Caramelized Durian Resipi Dari Dapur MasterChef Malaysia


BAHAN-BAHANNYA :

350 gm isi durian
50 ml susu cair/cream
secubit garam

Untuk Caramel :

4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar air


campurkan air dan gula di dalam kuali non stick
*tak perlu di randau! biar sahaja macam tu*


setelah gula bertukar perang@brown@caramel...


masukkan durian dan susu cair/creme
akan jadi macam di atas tu.. *jangan panik!* tak pe.. tak pe... :))


gaul dan sehingga jadi macam tu.. pekat!
masa yang di ambil untuk macam tu tak sampai pun 10 minit!
macam lempuk durian kan???
yer cuba try yang ini... rasanya lebih MANTOP!!
dan masa memasak lebih singkat!!

Masa tu semua Chef2 i kat dapur MasterChef tu cakap.. wahh luar biasa!!! ada sorang mat salleh tau nama dia Mac.. waduhh dia yang makan paling banyak masa tu.. SUPERB! dia yang cakaplah.. tu semua off camera.. tak terpilih pun masa tu.. dan tak tersingkir pun masa tu! muahahaha :)) 

ye ler mana tak luar biasa!!! dah ngko tetapkan 30 minit nak siapkan semua tu!

hadoiiiiiiii yaii PoOooonNNnn ... kalau di ingat memang nak balik jam tu gak taw CHEF!! tak suka tawwwwww!!!! 
CHEF tak baca pun muaahhahahahhah :)) :D

TARRAA!!!

Caramelized Durian Resipi Dari Dapur MasterChef Malaysia


Lemak, manis..berkrim, sedap... lembut, pekat..
 lagi apa nak tulis?? :D

lawankan pulak dengan...

ROTI JALA PANDAN!!!



cuma i tambahkan paste perisa pandan... ;)


Roti Jala Pandan Vs Caramelized Durian Resipi Dari Dapur MasterChef Malaysia


Untuk MAKLUMAN you all semua.. sekarang ni kebun durian i sedang gugur dengan HEBATNYA!!
so di harap bersabar kerana selepas ini akan ada lebih banyak resipi

RAJA DURIAN!!!!

di harap bersabar dan TooOOolOooonGGGlah jangan jemu jelak..
:)) :D :)) :D


Apa tunggu lagi.. jala ler lepas tewww... :))

memang tak kebahlah demam i ni :)


tak pe.. tak pe.. ubat ada.. ;)

Jumpa lagi! Insyallah malam nanti i akan mulakan operasi Blog Walking ke rumah you all!
so tunGguUuuuuu....

TATA!!!


Roti Jala Vs Kuah Kari Ikan Kerapu, Permintaan Abang Aemir



Assalammualaikum... apa khabar semua? sihat tak? Syukur Alhamdulillah.. i aje yang tak sihat ni hah... :) Demam selsema, batuk boleh tahan jugak bunyi bila i terbersin! :))


Hari ni anak-anak semuanya pulang lewat masing-masing ada aktiviti di sekolah. So malam tadi i dah rasa badan lain macam, terus ler berbual dengan Abang Aemir hero no 2 i yang very the LOW____ profile tak suka gambarnya di war workan dalam FB dan blogs emaknya ni hah! dengan alasan! "Tak suka!" bagus betul! :)) :D


"Aemir, Momma masak simple ajelah esok ya, sebab lauk kari ikan kerapu tu masih ada lagi.. so Momma masak nasi ajelah yaa.. bolehkan?" << tidak menanya yang lain sebab yang lain di rumah ni tak berapa kisah sangat... baguskan... :D

"Lagi pun suara Momma dah serak aje ni.. tak larat nak masak." << alasan si emak padahal nak berehat dan belengkau atas sofa, sambil menonton rancangan memasak giteww :))



"Momma masak roti jalalah! simple aje tu kan.. Aemir boleh makan 10 keping!"

Mak aii!!!! :/ dah di kata kita tak ada mood nak memasak.. giteww pulak permintaannya tu kan! hadehhh :))
so demi memenuhi permintaan Abang Aemir, tujun jugaklah tadi ke dapur setelah lama jugak berlengkau atas sofa! :D


Semua orang dah tahu membuat roti jala. Nampak mudah cuma agak leceh sedikit nak menjalanya tu.
Tapikan jika adunan batter tu kena dengan teksturnya,
kawalan api yang sempurna,
dan acuan yang digunakan juga okey,
sewaktu menjala skill tu mesti ada,

Maka Insyallah moleklah jadinya... tak giteeww ;)


ROTI JALA 

BAHAN-BAHANNYA :

400 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil garam *secukup rasa
100 ml santan pekat + 350 air
2 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit minyak 
acuan roti jala
kuali non stick

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan pukul atau bancuh sehingga sebati dan tidak berketul dengan menggunakan whisker atau pun handmixer. *i guna whisker*

Lengserkan sedikit minyak di atas kuali non-stick dan masukkan sedikit adunan ke dalam acuan roti jala.
Jala mengikut cara anda :))
angkat dan lipat/gulung.
sedia di hidangkan bersama kuah kari, serawa durian, jem atau apa sahaja yang anda semua impikan :D

TARRAAA!!!

ROTI JALA 


Teksturnya amatlah lembut sangat... ;)


masuk aje dalam mulut terus lenyap! 
kiranya macam.. 'melt in your mouth' ya giteewww ;)


Lawankan pulak dengan kuah kari ikan kerapu semalam tu...
dahlah semakin pekat dan mesra kuahnya...
waduhhh... nyamannn bahhh.. ya gitewww :D


Jangan lupa... hantarkan sikit rumah jiran tu.. :)) 
kalau buat terlebihlah.. :D


Tu diaa... apa pulak tewww???

Sesiapa yang pernah tengok i beraksi di gelanggang Dapur MasterChef dulu tu.. hah! hidangan ini i pernah masak dan rekaan terbaru kononnya.. sehinggakan berjaya membuatkan Chef Joe, Chef Zubir, Chef Ridz dan sekutu dengannya... terus mencolek dan mencolek.. tapi masa tu tak tunjuk depan camera.. kiranya off camera... :))

TungGuuuu.... ;) bagi i rest atas sofa tu dulu yaa.. memang tak sihat betul ni! kuatkan semangat aje ni nak masukkan N3..

Tq so much.. kengkawan.. yang mana meninggalkan jejak tu terima kasih.. nanti bila free i akan jejaki you all.. walaupun lambat mesti singgah kat rumah you all punyalah!!





TATA!!


Tuesday, June 12, 2012

Jemput Pisang Biskut Marie Oil, Sedap Benor!


Assalammualaikum.. selamat petang semua :) Wahh... i kan dalam sibuk sempat lagi buat minum petang ekk.. dah tu pagi tadi ada pisang sesisir dah masak.. kalau tak di bagaikan dah terbuang.. sayangg tak giteww... :D

Jemput Pisang Biskut Marie Oil, Sedap Benor!


maunya tak sedap Benor! :))
dah tu.. pisang tu dah ler lemak manis.. tambahkan pulak biskut marie oil i yang ada tinggal suku ten tu Wahh! Sedap! Benor! lah tewww.. :))


Lemak dan harum aje yOuUuu.... :D
dah tu lembut di dalam.. garing di luar.. Sedap Benor! ;)

Jemput Pisang Biskut Marie Oil, Sedap Benor!


Bahan-Bahannya :

8 biji pisang masak *i guna pisang lemak manis
12 keping biskut marie oil jenama Lee Biscuits *pecah kasar2
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 3 cubit baking soda *ayak bersama
2 sudu besar penuh brown sugar
1/2 sudu teh garam halus
1 biji telur
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

CARA :

Campurkan pisang dan biskut marie oil dan lenyekkan, tambahkan sedikit air sambil melenyek.
Masukkan tepung, telur, gula dan gaul sebati.
Keadaan batter haruslah separa pekat dan tidak terlalu cair.



panaskan minyak dan goreng dengan sukatan 1 sudu besar sehingga keperangan.


angkat dan toskan terlebih dahulu di atas tisu dapur :)

TARRAA!!!

Jemput Pisang Biskut Marie Oil, Sedap Benor!


Sedap Benor!! :)) :) :D


minum dengan teh 0 panas.. perghhhh....


nampak tak rupanya tu.. lembut dan gebusss... aje gitewww... :))

dah tu masa di kunyah tu waduhh tergigit-gigit pulak serpihan biskut marie tu.. ;)


hantarkan rumah jiran barang semangkuk kat atas tu...
meraung jiran i taw! :)) :D


Props yang i gunakan :)) :)) :))


selamat minum petang kawan-kawan semua..
i nak sambung kerja penulisan i...
jumpa lagi!

TATA!!

'Baca Doa Makan, Tunduk Tak Angkat Muka!' Waduhhhh... Waduhhhh...


Assalammualaikum... 'BACA DOA MAKAN, TUNDUK TAK ANGKAT MUKA!' yaaa.. begituewww tajuk menu i hari ini yaa... :D menu simple tetapi waduhh... waduhh 'Mak Mertua lalu memang tak perasan!' hehhhh :))

Menu Tengahari ini... ;)


Kari Ikan Kerapu
Tempeh Goreng
Ulam : Terung pipit & Pucuk berbuas *celur
Sambal Belacan
Ikan Masin gelama
Nasi Putih...

:D :D :D


Pagi tadi tengah nak bagi makan kucing kat kandang tu.. wahh ternampak pulak pokok kari yang lebat berdaun!
terus ler ku petik dalam 5 pelepah! segar aje daunnya tu ekk ;)
usia pokok kari ni dah berbelas tahun, rendanglah jugak sebab asyik di cantas.. ya gitew.. :)


Ehhh.. ada pulak pokok terung pipit kat celah pokok kari tu..
bukan sesiapa yang tanam.. burung yang tanam :))
petik jugak tak banyak sikit.. sebab i sorang aje yang tahu makan kan...


Celurkan terung pipit dan pucuk berbuas...
tumbukkan sambal belacan!
tempeh ku gorengkan...
waduhh.. waduhh.... enak bangat si! :D


Daun kari yang segau tu..
ku masakkan kari ikan kerapu...
Ikan kerapu ni dah lama beli :))
asyik keluar masuk peti sejuk aje.. nak ku stim asyik tak jadi..
nak ku goreng macam tu je.. takut tak ada kuah pulak..
hah! masakkan kari pekat-pekat... waduhhh... ;)


KARI IKAN KERAPU

BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan kerapu *potong cuci bersih*
600 ml santan pekat
1 biji tomato *belah dua*
minyak
gula dan garam

BAHAN TUMIS

1 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 tangkai cili kering
2 pelepah daun kari
1/2 biji bawang besar *hiris
1 biji bawang putih *hiris
1 batang serai *titik

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
8 tangkai cili kering
2 sudu besar penuh serbuk kari ikan

CARA :

Panaskan sedikit minyak. Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan *BAHAN KISAR* sehingga terbit minyak atau garing *sentiasa di kacau*
Masukkan santan dan renehkan sebentar.
Masukkan ikan dan tomato, renehkan dan tutup periuk dan biarkan stim dalam 10 minit.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

KARI IKAN KERAPU


dahlah kuah tu pekat.. aroma kari tu waduhhhhhh ;)
isi ikan kerapu yang lembut dan lemak tu.. hadoiiii :))


Lawankan dengan geng di atas tu.. waduhh.. waduhhh... ;)
mau tak ngencesss heehhehehhe :D


Hah! ikan masin gelama tu jangan lupa... perahkan asam limau...
waduhh.... waduhhh... :))

Ulang tayang sekali lagi... :D

KARI IKAN KERAPU


'BACA DOA MAKAN, TUNDUK TAK ANGKAT MUKA!'


Syukur Alhamdulillah.. dah selesai mestilah angkat muka! yer tak?? :)) :D




Props yang i gunakan... daun kari... :)) :)) :))

terima kasih semua teman.. jumpa lagi nanti yaa...

jaga diri dan senyum selalu <<< jangan terlalu nanti orang cakap senteng! :))

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ