ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 1, 2011

BUN KELAPA

TENGG!! TARRAA!!!

BUN KELAPA
BUN KELAPA
BUN KELAPA
 YUMMYYY!! YUMMY!!
 Antara banyak-banyak Bun atau Roti manis berinti inilahhhhhhh... bun kesukaanku...
gengs di rumah ni kurengzzz sikit.. so kalau buat pun sikit jee.. i sorang ler yang makan dan selebihnya hantar rumah jiran, KALAU JIRAN TAK DE RUMAH SHA???
I SIMPAN BALIK LER RUMAH HEHE...
tak pun i bekukan dalam peti sejuk, bila teringin nak makan just kukus semula.
itulah kelebihannya kalau kita buat roti sendiri... 
jimat wang,
tanpa rasa was-was,
ikut tekak sendiri,
tak sedap pun cakap sedap! ahakz! 
dan yang paling syiokKKkkk.. tiada tarikh luput!
apa taknya kita yang buat dia yer tak ekk..

JOM!! SALIN RESIPE!!!

BUN KELAPA
BUN KELAPA
BUN KELAPA


BAHAN-BAHANNYA UNTUK INTI KELAPA :
  • 1 biji kelapa parut ~ putihnya sahaja
  • 1 buku gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu besar gula durian/jem durian (jika suka)
  • sedikit garam
  • sedikit air

CARA MEMASAK :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan
  • panaskan di dalam kuali dan kacau sehingga gula larut dan kelapa kering
  • sesuaikan rasa angkat dan sejukkan terlebih dahulu 




UNTUK DOH :
BAHAN-BAHANNYA: 
  • 1 KG TEPUNG GANDUM + 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
  • 3 BIJI TELUR SEGAR
  • 1 GELAS SUSU SEGAR
  • 3 SUDU BESAR GULA PASIR
  • 1 SUDU GARAM
  • 1 PEKET IBU ROTI
  • 1/2 BUKU MENTEGA
  • 1 SUDU TEH SHORTENING (TAK ADA TAK MENGAPA) 
  • SEDIKIT KELAPA KERING UNTUK HIASAN
  • DAN TELUR UNTUK SAPUAN ATAS DOH KETIKA MEMBAKAR
CARA MENYEDIAKAN DOH:
  1. CAMPURKAN IBU ROTI KE DALAM TEPUNG
  2. CAMPURKAN GULA PASIR
  3. GAUL RATA
  4. MASUKKAN TELUR
  5. MASUKKAN SUSU SEGAR (AGAK-AGAK JANGAN TERLALU CAIR)
ULI DOH:
  1. CAMPUR ATAU GAULKAN ADUNAN
  2. MASUKKAN SUSU JIKA ADUNAN KERAS JIKA LEMBIK TABURKAN TEPUNG DAN ULI SEHINGGA ADUNAN MENJADI SEBUKU DOH SEPERTI DOH DOUGHNUT
  3. LUMURKAN DI ATAS DOH DENGAN SEDIKIT MENTEGA DAN BIARKAN DOH NAIK DUA KALI GANDA DARI SAIZ ASAL
  4. SETELAH ITU ULI LAGI DAN CEKUT ADUNAN ANGGARAN 50GM DAN LEPERKAN ISIKAN INTI KELAPA DI TENGAHNYA DAN BULATKAN SEPERTI SEBIJI BOLA GOLF
  5. SUSUN DI DALAM LOYANG YANG TELAH DI OLESKAN DENGAN SEDIKIT MENTEGA
  6. SAPUKAN ATAS DOH DENGAN TELUR DAN TABURKAN DENGAN SEDIKIT KELAPA KERING (JIKA SUKA)
  7. BIARKAN SEBENTAR SEHINGGA DOH NAIK SEDIKIT
  8. BAKAR DI DALAM OVEN SUHU 150'C SELAMA 25-30 MINIT ATAU SEHINGGA BUN BERTUKAR KEPERANGAN
  9. ANGKAT DAN HIDANGKAN!

TENGG!! TARRAA!!!

BUN KELAPA
BUN KELAPA
BUN KELAPA
 
 mudah aje kan.. mudah bila inti siap di buat awal-awal...
tips untuk buat roti dan bun berinti dalamnya... syarat utama.. inti buat awal dan simpan dalam peti beku!
aje memang ler mudah cayang ekk...
selamat mencuba!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ