Dengan ini Shahriah Abdullah berkongsi resipe kepada anda....
TENGGG!! TARRAA!!!
NASI GORENG KAMPUNG (SAWI)
NASI GORENG KAMPUNG (SAWI)
NASI GORENG KAMPUNG (SAWI)
NYUMM!! YUMM!!
Wahhh.. Wahh.. cewahh.. cewahh.. macam dalam iklan tv gituh!
yer ler... musim hujan cenggini dengan kekanak riang bercuti sekolah ni ekk..
kene ler bersemangat sikit, yer tak?
tengahari ni i masak simple aje segalanya 3 IN 1
ko pemalas ekk shasha!
cett.. bukan malas oke...
hujan-hujan cenggini.. masak lauk bermacam jenis dan berkuah tak berapa laku...
masakkan cenggini gaya aje.. memang ler laku ko!
psstt.. jimat tenaga! boleh menonyeh di FB huhuhu...
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
NASI GORENG KAMPUNG (SAWI)
NASI GORENG KAMPUNG (SAWI)
NASI GORENG KAMPUNG (SAWI)
BAHAN-BAHANNYA :TUMBUK KASAR:
- 2 sudu besar ikan bilis
- 1 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu kecil belacan bakar
- 12 batang cili padi (kalau tak suka pedas kurangkan)
- 1 batang lada hijau
- 1 mangkuk nasi sejuk
- 2 biji telur
- 5 pokok daun sawi cina ~ potong 1 inci
- 1 batang celery ~ hiris
- bawang goreng untuk tabur
- ikan bilis goreng untuk tabur
- keropok
- Panaskan sedikit minyak. tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk kasar
- masukkan celery tumis sehingga garing sedikit
- pecahkan dua biji telur. tambahkan garam dan sedikit gula
- masukkan nasi dan batang sawi kacau rata
- masukkan sayur sawi dan taburkan sedikit ikan bilis goreng
- sesuaikan rasa angkat dan hidangkan
- taburkan bawang goreng, ikan bilis dan keropok!
TENGG!!! TARRAA!!!
NASI GORENG KAMPUNG (SAWI)
NASI GORENG KAMPUNG (SAWI)
NASI GORENG KAMPUNG (SAWI)
Amacam? mudah aje kan...
selamat mencuba!!
MENU TENGAHARI SAYA HARI INI.. ALL 3 IN 1!
MARKARONI GORENG & NASI GORENG KAMPUNG SAWI
TATA!!
Shahriah Abdullah Novelis
No comments:
Post a Comment