ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, February 3, 2011

BAKSO

BAKSO

Bakso! Bakso! Bakso! ingat lagi masa bonda di tahan di wad asyik ler berbunyi teringin nak makan BAKSO! BAKSO! BAKSO! tak seorang pun dari kami belikan Bonda tersayang barang sebungkus! bukan nakal hehee.. sebab Doktor tak bagi bonda makan makanan yang berminyak dan TOLONG! kurangkan kolestrol. Sempena majlis ulang tahun bonda yang ke 66 maka tercapailah impian bondaku yang mengidam kan BAKSO! memasak ler i BAKSO simple untuk hidangan majlis ulang tahun bonda. Suka ko! i lagi ler suka... sebab bonda suke!
TENGG!! TARRAAA!!!
BAKSO
BAKSO
BAKSO
 JOM!! SALIN RESIPE!!
BAKSO
 Bahan-bahan di kisar :
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar lada putih
Bahan-bahan lain :
  • 1 kg tulang daging / tetel ~ rebus sehingga empuk dan ambil air rebusan daging untuk kuah
  • 1 kilo meat ball
  • daun sadri untuk tabur
  • daun bawang untuk tabur
  • sambal lote (resipe dah ada di label 'PELBAGAI JENIS SAMBAL'
  • kobis
  • limau kasturi
CARA MEMASAK :
  • Tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus
  • masukkan air rebusan daging
  • apabila air kuah mendidih masukkan meat ball dan renehkan lagi
  • sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGG!! TARRAAA!!!
BAKSO
BAKSO
BAKSO
  
Amacam? untuk resipe sambal lote sila cari di dalam label 'SAMBAL PELBAGAI JENIS'
memang syiok di lawankan dengan kuah bakso!
mudah aje tu..
selamat mencuba!!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ