ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, February 3, 2011

PULUT SERUNDING

Pulut Serunding,
Wah! wah! cewah! cewah! hah tu dia! anak-anak dara i yang dua orang tu... Princess Nellysha dan best cousin dia sedang menyibuk di dapur ekk.. petang tadi sibuk kita di dapur, sama naik mereka berdua tu menyibuk membantu ekk.. maklumlah musim hujan jadi aktiviti begitu terhad sekali! sibuk ler merungut dan merengek nak main pepondok, hujan nak aii..nak buat cemana! dah meh jom! tolong momma di dapur! so menolong @ mengacau ler mereka berdua tu.. tolong tekan pulut kat dalam acuan aje.. lepas tu lesap! bila hujan dah berhenti! aje memang tau!
TENGG!!! TARRAA!!

PULUT SERUNDING
PULUT SERUNDING
PULUT SERUNDING
 JOM!! SALIN RESIPE!!!
PULUT SERUNDING
 
Bahan-bahan Untuk membuat serunding daging : atau apa jua serunding juga bisa yaa...
  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1 batang serai
  • *1/2 inci lengkuas
  • *1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • *1 sudu teh ketumbar
  • *1 sudu teh jintan kasar
  • 2 cawan kelapa parut ambil putihnya sahaja
  • 200gm daging cincang
  • *8 batang cili kering
  • 1/2 buku gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa ~ bancuh dengan 1/2 cawan air
  • gula dan garam
  • 1 helai daun limau purut
Cara memasak :
  • **kisar halus kesemua bahan yang bertanda sehingga lumat
  • campurkan **bahan-bahan yang dikisar halus dengan bahan-bahan lain
  • masukkan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan sehingga keperangan dan ringan
  • sesuaikan rasa dan angkat! sejukkan terlebih dahulu
Bahan-bahan pulut :
  • 250gm beras pulut ~ rendamkan semalaman atau 4 jam toskan
  • 150ml santan cair
  • sedikit garam
  • sehelai daun pandan
Cara mengukus pulut :
  • campurkan kesemua bahan-bahan dan kukus sehingga pulut tanak lebih kurang 20 minit
  • angkat dan sejukkan
Cara menyediakan pulut serunding : TENGOKKAN AJE CHEF-CHEF JUNIOR I TU MEMBANTU MENCETAK PULUT DALAM ACUAN EKK.. TELITI AJE.. SUKE I TAU!
 
  • cetakkan pulut di dalam acuan yang telah di sapukan dengan sedikit minyak
  • isi dalam satu sudu besar dan lenyekkan sehingga pulut habis
  • selepas itu golekkan di atas serunding daging
  • sedia untuk di hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!

PULUT SERUNDING
PULUT SERUNDING
PULUT SERUNDING
 
 PSTTT... kalau si cilik boleh!
tentu anda juga boleh!!
selamat mencuba!!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ