ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, February 3, 2011

KUIH SERI MUKA

Kuih Seri Mukaku,
Antara kuih tempatan yang palingku gemari.... buatnya tidaklah susah... cuma kekadang tu hasil selepas di kukus ala-ala permukaan bulan cenggitu ahakz! tapi tak pernah putus asa.. suka punya pasal buat lagi.. yang menyebabkan dia berbulan atau berkawah di permukaan atas sebab titisan wap/air dari kukusan, buh kain kat atas pun macam tu jugak.. you all try tips i ni... buh kertas minyak atas loyang tu ekk.. jangan lupa lobangkan kertas minyak tu.. perghh lobang tu jangan ler sebesau duit 50sen! aje memang ler berkawah! Psstt.. kuih yang i potong di bawah tu belum sejuk.. kalau tak di share sekarang gambornya aje memag ler.. menyalin resipe kosong aje ler you all.... so tips nak kuih seri muka tu berseri je macam i tunggu dia sejuk betul-betul oke..hehe.. all the best!
TENGG!!! TARRAA!!!

KUIH SERI MUKA
KUIH SERI MUKA
KUIH SERI MUKA
JOM!! SALIN RESIPE!!!
Untuk Bahagian bawah atau Pulut :
  • 250gm beras pulut ~ rendam semalaman atau 4 jam
  • 120ml santan + sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara mengukus pulut :
  • bubuh pulut di dalam loyang, ratakan
  • bubuh santan dan daun pandan
  • kukus selama 20 minit atau pulut tanak
  • angkat dan ketepikan
  • bila sejuk ratakan dan tekankan dengan daun pisang
Untuk bahagian atasnya Seri kaya :
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm gula pasir (suka manis tambahkan lagi 50gm)
  • 3 helai daun pandan kisar bersama 100ml air paip (perah dan ketepikan/tapis)
  • 400ml santan pekat
  • 150gm tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna hijau
Cara menyediakan :
  • pukul telur dan gula sehingga gula hancur dan telur kembang
  • tuangkan air pandan
  • tuangkan santan pekat dan kacau rata + esen vanilla
  • masukkan tepung gandum + tepung ubi + tepung castard sehingga sebati dan juga sedikit garam
  • tapiskan adunan agar tepung tidak bergentel
  • tuangkan adunan batter ke atas pulut yang telah di ratakan
  • kukus selama 40 minit
  • angkat dan sejukkan baru potong (selepas 4 jam lagi elok jika di potong)
TENGG!! TARRAA!!!
KUIH SERI MUKA

 Nak mengadu ler sikit ni ekk.. buat kuih seri muka ni bersebab oke...
sebab... esok akan meraikan 'SURPRISE ADVANCE BIRTHDAY BONDA KESAYANGAN'
dia tak tahu apa-apa pun!
SYYY... diam-diam oke.. bukan kuih seri muka aje i bikin oke.. bermacam jenis lagi kuih yang kubikin!
so tunggu ada lebih dari 10 resipe yang akan ku kongsikan kepada semua!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ