Wah! rasanya bulan lepas dah 3 kali buat cream caramel tetapi bukan dengan Roti lah. Petang tadi menjengah peti sejuk yang sejuk bebenau semenjak musim tengkujuh ni ekk.. terkais-kais, termenung-menung dok ler mencangkung depan peti sejuk tu ekk.. sejuk ko! hee... pastukan.. tersentuh ler pulak sebatang yang kerasnya! yaaa hampunn!!! perghh gupernya roti perancis! walaupun i beli hanya di Tesco dan bukan di Perancis ari tu ekk.. terus ler ku ketuk-ketuk roti yang kerasnya berdentum! tak tamat tempoh ke shasha?? tamat tempoh?? idak ler.. dah buh dalam peti sejuk! dah kejung macam kayu balak la wei! hee.. pastukan.. terus ler dapat idea.. kalau di negara barat mereka kalau nak buat bread puding mesti guna roti perancis! so! that's it! ke perancis kita hari ni ekk...
TENGG!! TARRAA!!!
PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
JOM! SALIN RESIPE!!!
PUDING ROTI CARAMEL
Bahan-bahannya :
- 3 biji telur
- 1 batang roti perancis
- 500 ml susu segar
- 5 sudu susu pekat
- 100 gm gula pasir
- 1 sudu teh perasa oren/ vanilla shasha guna oren
- 2 sudu besar tepung castard/tepung jagung
- sedikit garam
- Pukul telur dan gula sehingga kembang
- masukkan susu segar, susu pekat, garam dan perasa oren
- setelah itu masukkan roti perancis dan biarkan roti kembang sepenuhnya
- selepas itu kisar dengan blender sehingga lumat
- ketepikan
- 5 sudu besar gula pasir
- panaskan di atas kuali dengan api sederhana sehingga gula perang dan terus masukkan ke dalam acuan. jika ingin melihat cara sila jengah resipe shasha yang sebelum ini
LANGKAH TERAKHIR :
- setelah masukkan dua 1 sudu besar gula perang ke dalam acuan
- tuangkan adunan roti di atasnya
- kukus selama 40 minit
- setelah masak, sejukkan dahulu baru di keluarkan dari acuan
- sedia di hidangkan!
- hidang ketika panas-panas juga enak! sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk lagi ler sedap!
TENGG!! TARRAA!!!
PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
PUDING ROTI CARAMEL
Pstt... amacam?? mudah aje kan.. kan..
tak perlu ler tunggu roti perancis tu beku dalam peti sejuk oke!
hehehe.. beli roti dan buat sekarang juga!!
TATA!!!
Shahriah Abdullah Novelis
No comments:
Post a Comment