ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 8, 2011

WONTON SOUP VERSI (1)

 
WONTON SOUP VERSI (1)

My dinner for tonite is.. Wonton Soup with chickens filling...:):) Emboi.. emboi... seperti berada di China giteeewww kan.. kan.. nak buat macam mana darah keturunan nenek moyang dulu tu Cina... memang ler masakan Cina tak dapat di pisahkan... kalau nak kata diet tu yer jugak.. yer tak yer ler tu... dah kalau semangkok besauu ku hirup...5 - 6 KETUII SEKALIGUS! diet ke hape! hehee.. apa pun dinner kali ni memang slurrrppp.. maklum laa cuaca panas di kampung i ni ekk.. walaupun tinggal di kampung hujung terceruk entah di mana tu.... pokok punya ler banyak, namun tahap kepanasannya aduhaii.. macam berada di Africa i tell you.... kalau yang tak biasa buat wanton soup tu mesti cakap susah dan leceh kan? idak ekk.. i lebih suka buat wonton soup dari kena memasak asam pedas okay! nak tahu kenapa??? udah ler jimat masa, tenaga, belanja.. tidak perlu menumis oke! I LOve WonTon Soup... so... wonton soup untuk pertama kalinya i share di blogs kesayanganku ini.. i gunakan isi ayam dan simplenya yaaaaa... HamFunnn... next time i share yang versi-versi yang leceh nak mum.. ekk..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!!
WONTON SOUP VERSI (1)
Bahan UNTUK SUP/STOK AYAM :
  • 4-5 keping tulang ayam (ambil bahagian rangka atau tulang belakang)
  • 3000 ml air (kurang atau lebih ikut suka anda)
  • 2 inci halia ~ hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih ~ pecahkan
  • sedikit garam
Cara membuat SUP/STOK AYAM :
  • campurkan tulang ayam bersama air, halia dan bawang putih dan didihkan + sedikit garam
  • api sederhana
  • setelah sup masak, tapiskan stok ayam ke dalam periuk dan ketepikan dahulu sementara menyediakan WONTON
Bahan UNTUK INTI/WONTON :
  •  450gm isi ayam/ ayam kisar
  • 1 pokok daun bawang ~ potong kecil
  • 4 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1 inci halia ~ dadu
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • sedikit minyak bijan
  • ***CAMPURKAN KESEMUA BAHAN-BAHAN DI ATAS 
Cara menyediakan WONTON :
  • **SILA RUJUK GAMBAR DI ATAS
  • 1 peket kulit wonton ada di pasaraya ~ cari di bawah label yang ada tanda halal
  • sedikit tepung jagung untuk sapuan + dengan sedikit air (untuk gam kulit wanton)
  • ambil 1 keping kulit wonton dan isi kan dengan satu sudu kecil inti ayam yang telah di gaul tadi
  • sapukan keliling kulit wonton dengan air tepung jagung dan buat ponjot seperti (sup bunjut/ dompet kecil)
  • lakukan sehingga habis
LANGKAH TERAKHIR :
  • DIDIHKAN SUP/STOK AYAM, SESUAIKAN RASA DAN SETELAH MENDIDIH MASUKKAN WONTON DAN KACAU SELAMA 7 MINIT
  • TABURKAN SEDIKIT SERBUK LADA SULAH DAN RENJISKAN DENGAN MINYAK BIJAN
  • SENDUKKAN WONTON KE DALAM MANGKUK DAN TABURKAN DENGAN DAUN BAWANG DAN SERBUK LADA SULAH
TENGGG!!! TARRAAA!!!
WONTON SOUP VERSI (1)
Amacam??? nampak aje leceh.. nanti bila you all dah cuba.. lepas ni mesti masak WONTON SOUP tiap hari punyalah!!!
CILI PADI POTONG WAJIB ADA EKK.. RENJISKAN DENGAN KICAP CAIR... KALAU SUKA MASAM BUH SIKIT CUKA... MEMANG SYIOK! I TELL YOU....
MAKAN DENGAN MEE KUNING JUGA BEST! MEE HOON PUN OKE JUGAK.. IKUT SUKA ANDA LER EKK.. EKK... i suka hirup cenggitu jerkk.... sluurrrppp.. bunyinya ekk..:):)
SLURPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP..... I LOVE WONTON SOUP....:):)

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!!

TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ