ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, March 19, 2011

JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING KISAR


JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING KISAR

Tu dia.. bertemu kembali dengan sang jemput-jemput! kwang..kwang.. kwang..kalau you all nak tahu... jemput-jemput... tak kira ler jejemput jenis apa pun boleh di katakan selang sehari di rumah ni akan di bikin ekk.. cuma malas aje i nak share di blogs ehee.. Pak Habibi dan anak-anaknya suka bebenau dengan jejemput.. i?? sorry.. dah jemu jelak dah! tapi kalau beli di gerai i suka... hehe...:):) Udah tu jerk.. sembang hari ni.. jap lagi nak menjengkit.. ke mana tu?? tak ler jauh... dekat-dekat aje.. kekanak tu pun dah nak naik sekolah, sibuk dengan tusyen so baru hari ni dapat bawak gengs serumah tu berjalan...:):)


Jom!! Salin Resipe!!!
JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING KISAR

Bahan-bahanya : DI KISAR

1 biji bawang merah (besar)
2 ulas bawang putih 
1 genggam udang kering ~ rendam dan toskan
2 batang lada merah
1 batang daun sadri

Bahan-bahan lain :

350gm tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
1 biji telur
gula dan sedikit garam
air

Cara memasak :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga menjadi adunan yang separa cair, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Biarkan sebentar dalam 15 minit.
Panaskan minyak dan gorengkan sehingga warna bertukar keperangan.
Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili atau tomato!

TENGGG!! TARRAAA!!!
JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING KISAR
Selamat mencuba.... kawan-kawan.. dan selamat bercuti hujung minggu yaa...:):) take care...
***BARU SAHAJA UP DATE BLOGS >>>> 


SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU!!!

TATA!!!


Friday, March 18, 2011

DAGING KICAP BEREMPAH

 
DAGING KICAP BEREMPAH

PHeewwwiiitt.. ketemu lagi kita dengan cik Daging ekk..ekk.. apa nak buat rumah ni kalau tak daging, ikan, kalau tak telur, ayam! hahaa.. ehh.. dah betul ler tu... itu ler makanan yang memang wajib pada setiap manusia yer tak??? kalau vegetarian tu lain cerita ler ekk.. i kalau tak ada ayam, kambing, ikan, ayam... no problemo! tak kisah langsung! tapi jangan tak ada sayur dan ulaman.. bisa meroyan! haha.. apa pun.. Sentiasa bersyukur.. apa yang ada tu masak aje ler yer tak... ada lagi insan yang di luar sana kebuluran... sebab tu setiap kali memasak.. sentiasa hati ini berdetik... 'BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG ALLAH SWT BERIKAN PADA AKU... MOGA DI LUAR SANA TIADA YANG KEBULURAN.. AMIN..' sering juga 'berceramah' pada gengs di rumah ni.. setiap kali mengambil nasi dan lauk-pauk tu harus habis, jangan ada sisa... kalau tak lalu makan, ambil sedikit sahaja... elakkan pembaziran.. tapi jarang lah rumah ni membazir.. tiba aje time makan, nak-nak musim cuti sekolah ni.. penuh meja makan i tu ekk.. kengkawan anak-anak datang bertandang.. masa tu ler i masak memacam.. makan ramai-ramai.. seronok you! i suka anak ramai.. beranak reramai... tu ada fobia sikit! haha.. udah ler tu.. sembang kita kali ini ekk.. ada umur panjang.. ada ler resipe untuk minum petang nanti tungguuUuu....:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
DAGING KICAP BEREMPAH

Bahan-bahan yang di perlukan :


1kg daging - rebus sehingga empuk dan hiris nipis
1 biji buah tomato ~ belah 4
2 batang lada hijau ~ belah dua
4 biji kentang ~ potong dan goreng separa masak
1 cawan kicap lemak manis
2 sudu besar cuka masakan
sedikit air rebusan daging
2 batang daun sadri

Bahan untuk menumis :

1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 sudu besar ketumbar

Bahan KISAR :

1 biji bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan kasar
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil lada putih
5 tangkai cili kering

Cara Memasak :


Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan **bahan-bahan tumis sehingga naik bau. 
Masukkan **bahan-bahan kisar sehingga garing dan masak. Masukkan air rebusan daging, daging, kentang dan kacau sehingga sebati.
Masukkan kicap lemak manis, cuka, kentang, tomato dan lada hijau. Taburkan dengan daun sadri.
Renehkan dan sesuaikan rasa. Agak kuah pekat dan kering sedikit, angkat dan hidangkan!


TENGG!!! TARRRAAA!!!
DAGING KICAP BEREMPAH

Mudah aje tu kan... makan bersama roti atau nasi bertumis memang best! selamat mencuba kawan-kawan...:):)


MENU TENGAHARI 18HB MARCH 2011 :
  • SUP BUNGA KOBIS
  • DAGING KICAP BEREMPAH
  • IKAN MASIN
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
TATA!!

SUP BUNGA KOBIS

SUP BUNGA KOBIS

Wahhh.. rasanya dah berkurun tak masak sup bunga kobis.. apa taknya.. asyik masak lemak pucuk ubilah... sayur gorenglah.. ulaman jangan ceritalah memang wajib tu... so hari ni mood nak masak sup bunga kobis tu meluap-luap dengan erti kata tak sabau-sabau nak menghirup kuah sup yang jernih tu... boleh giteeewww??? boleh aje.. dah tu sayur kobis bunga tu pulak kalau dah siap di buat sup.. aduhaii rasanya punya ler enak... lembut dan berkrim giteeewww... udah ler itu aje ekk...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SUP BUNGA KOBIS
Bahan-Bahannya :

300gm bunga kobis ~ potong ikut batangnya
1 batang karot ~ potong bunga
4 kelopak kobis ~ hiris
1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ pecah dan potong sedikit
3 jenis lada benggala/pepper bell ~ potong dadu
1 biji kiub perisa ayam knoor
daun sadri untuk tabur

Cara Memasak :

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dan juga lada benggala sehingga naik bau.
Masukkan kiub ayam Knoor dan tambahkan 1600 ml air paip.
Masukkan karot dan renehkan sebentar.
Masukkan Sayur kobis bunga, kobis dan sesuaikan rasa.
angkat dan hidangkan!

TENGG!!! TARRAA!!!
SUP BUNGA KOBIS


Mudah aje tu kan?? memang sesuai jika di masak ketika cuaca sekejap panas, sekejap mendung di luar sana tu.. lepas makan tu... tarik ler bantal! hahaa.. selamat mencuba kawan-kawan!

MENU TENGAHARI 18HB MARCH 2011 :
  • SUP BUNGA KOBIS
  • DAGING KICAP BEREMPAH
  • IKAN MASIN
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
TATA!!


Thursday, March 17, 2011

MANGO PUDDING


MANGO PUDDING

Mango Puddings... atau lebih di kenali dengan nama Agar-agar pelam! ehh.. yer ker?? entah ler... bila sebut pelam macam asing aje bunyinya kan? yang penting pelam Harum Manis yang ku Borong di >> PASAR BESAR AWAM MELAKA ada berbaki lagi, sebelum ianya busuk atau masak terover lebih baik ku buatkan Mango Pudding... slurrUUpPppppp.... wah! seger gitu rasanya.. masam-masam manis... lemak.... harum! waduh! apa pun you all mesti cuba yaa.. sebab sekarang ni kan tengah musim pelam..:):)


JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MANGO PUDDING


Bahan-bahannya :

1 peket agar-agar (gunting kecil-kecil masa untuk memasak lebih singkat)
1600ml air paip
250gm gula pasir
1 tin susu cair + 350gm pelam yang telah di dadu (*Lenyekkan bersama *separa hancur)
sedikit garam
1 sudu besar perasa mango
1 sudu besar pewarna kuning
acuan

Cara Memasak dan Menyediakan :


Rebuskan agar-agar dan air paip, kacau sentiasa sehingga agar-agar larut.
Masukkan gula dan kacau lagi sehingga gula larut.
masukkan garam dan juga susu cair dan pelam yang telah di lecek.
kacau sehingga sebati, masukkan perisa mango dan perwarna kuning. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
Masukkan di dalam acuan. Masukkan di dalam chiller sehingga set dan taburkan dengan pelam yang di dadu.
sedia di hidang!!

TENGG!!! TARRAAA!!!
MANGO PUDDING
Memang syiok! makan waktu cuaca panas cenggini ekk.. ekk.... kalau buat banyak tu jangan ler lupakan jiran sebelah ya....:):):)

 Yang ini Special untuk jiran i yang bernama Mak Ana...:):) sebab dia pernah bagi i pelam Maha Mango.. tetapi habis ku makan tak sempat ku buat Puding! hehe..kiranya membalas semula ler ni..:):)

Selamat mencuba!!

TATA!!


BIG MOMMA DOUGHTNUT


BIG MOMMA DOUGHTNUT


MUahahhaa... Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian... bertemu lagi kita dengan Cik Donut.. kali ini Donut bersempena dengan tema cuti sekolah muahahahaa.... Kekanak riang di rumah ni ler... tetiba berbunyi.. "MOMMA NAK MAKAN BIG APPLE DOUGNUT MAA... JOM! MAA... KITA MAKAN KAT BIG APPLE..." amboihhh... senang aje mengoder.. ekk.. Pak hang berkerja.. MOmma hang malas nak memandu kereta ekk.. dengan alasan cermin mata belum tukar power! kwang..kwang.. boleh giteeewwww??? boleh aje.. malas nak menukar power cermin mata tu jadi alasan tidak boleh memandu lebih 20KM haha.... malas memandu pun yer jugak hahaa.. apa pun... kalau dah sebijik donut di BIG APPLE tu naik sampai RM2++ baik ku bikin sendiri.. bukannya susah bebenau... ko uli, ko banting sambil tu melepaskan stress yang terbuku di dada tu hah! naik ler donut tu haha. terus ler jadi... "HAH! NI DIA BIG MOMMA DOUGHNUT! AMACAM???" hahaa.. terus ler kekanak riang dirumah ni bersorak riang.... terus ler i berbunyi ekk.. "TOLONG JANGAN MINTAK SELALU!" haha... udah tu jerk sembang pepetang redup cenggini kala...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BIG MOMMA DOUGHNUT

 Bahan-bahan yang di perlukan :
UNTUK DOH

1 kg tepung
1 peket yis kering
200 ml susu segar (*lebih atau kurang)
sedikit garam
3 sudu besar gula pasir
4 sudu besar mentega
2 biji telur
3 sudu besar lemak sayuran

Cara membancuh DOH :

Campurkan tepung gandum, gula pasir dan yis. Gaul sehingga rata.
Lubangkan di tengah, pecahkan telur, mentega, lemak sayuran dan susu segar. Uli sehingga rata dan menjadi sebuku doh. Uli dan banting beberapa minit sambil di campurkan dengan sedikit mentega. Setelah doh lembut. Biarkan sebentar sehingga doh naik 2 kali ganda.
Torak adunan menjadi leper, kemudian terap dengan menggunakan acuan donut, atau ikut bentuk yang anda suka. 
Biarkan adunan yang telah di terap dalam 15 minit atau adunan naik sedikit.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.


Bahan dan cara menghias :


Chocolate Ganache dan Coklat Rice, Chocolate Chips dan Chocolate rice berwarna. 
Sapukan coklat Ganache (resipe telah di keluarkan sebelum ini) di atas doughnut sehingga rata. Taburkan dengan apa jua jenis hiasan yang anda suka! siap untuk di hidangkan!

TENGGG!!! TARRAA!!!!
BIG MOMMA DOUGHNUT 


Amacam???? mudah aje tu kan???? lebih 30 keping i dapat tadi tau! kira ler kalau ke BIG APPLE.. sebiji RM2++ X 30 biji = RM60.... perghh.... berapa banyak penjimatan telah berlaku di rumah ni tadi ekk.. ahhaa.. sambil mengunyah hirup kopi o panas sambil menonton 'DI SINI ADA HANTU!' hhaaa.... laju jerk ko kekanak tu mengunyah! dengan motto yang ku pegang... 'KITA BUAT DIA OKE! SEGALANYA MUNGKIN" dah tu jerk! LAIN TAK ADA OKE...:):):)  selamat mencuba!!!


TATA!!!


LEMAK PUCUK UBI DAN DAUN KADUK


LEMAK PUCUK UBI DAN DAUN KADUK

Syukur Alhamdulillah... akhirnya hajat nak makan lemak daun kaduk berjaya juga akhirnya... wah! cewahh.. ciwahh! mengalahkan orang bunting hahaa.. apa pun.. nak mengadu ler sikit ni ekk.. pucuk kaduk kat belakang rumah tu bukan tak tumbuh melata... tapi bila terniat aje nak masak daun kaduk tu pasti halangan akan menimpa! ciwahh.. mukadimah kena thrill sikit ekk.. apa taknya Pak Habibi tu kalau mesin rumput habis di tarahnya sampai botak! penghabisannya... beli! huh! bukan dekat-dekat nak membeli daun kaduk tu ekk.. sampai ke Pasau Besar Awam Melaka lagi you i beli... tu.. tu.. gambar bukti pembelian hahaa... tu dia...
Kalau petik kat belakang rumah free of cas! kat Pasau Melaka 1 ikat RM1.50! apa pun i suka oke! hehe.. nak tahu gi mana guper Pasau Melaka yang hebat tu TEKAN SINI :):):)

Udah tu jerk.. rasa lauk lemak tu aduhai lain macam sikit.. wangi aje bau daun kaduk tu ekk.. wangi ke??? ehhh.. entah ler tak tahu nak menerangkannya hehe.. kena ler cuba oke..:):) dah tu jerk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
LEMAK PUCUK UBI DAN DAUN KADUK


Bahan-bahan yang di perlukan :


1 ikat pucuk ubi ~ rebus terlebih dahulu sehingga empuk, buang air dan potong sedikit
1 ikat daun kaduk ~ siat atau bior cenggitu
3 keping tempeh ~ potong serong
500 ml santan (pekat)
garam dan gula

Bahan-Bahan DI TUMBUK LUMAT :

6 biji cili padi
1 biji bawang merah (besar)
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis

Cara memasak :


Campurkan santan dan bahan-bahan yang di tumbuk lumat dan juga tempeh.
Renehkan dan sentiasa di kacau. Setelah mendidih masukkan pucuk ubi yang telah di rebus. Kacau Rata, sesuaikan rasa.
Masukkan daun kaduk dan kacau rata, angkat dan hidangkan!!

TENGGG!!! TARRAA!!!!
LEMAK PUCUK UBI DAN DAUN KADUK
Mudah aje kan.... daun kaduk ramai orang tak tahu dan daun kaduk cuma terkenal dek kerana sepotong PERIBAHASA...'  SEPERTI KADUK NAIK JUNJUNG' moga kita tidak tergolong di dalam golongan itu ekk... sebab tu kena makan daun kaduk tu selalu, agar dia tak naik ke junjung! boleh giteeewwww??? acah jerk... ~ wallahualam~

MENU TENGAHARI 16 MARCH 2011 :
  • CARU PANGGANG BERSAMBAL
  • LEMAK PUCUK UBI BERSAMA DAUN KADUK
  • IKAN MASIN GELAMA
  • SAMBAL BELACAN
  • ULAMAN (WAJIB ADA, KALAU TAK NANTI MEROYAN! HAHA..:):):)


TATA!!!



CARU PANGGANG BERSAMBAL


CARU PANGGANG BERSAMBAL

Muahahaaa... ketemu lagi kita dengan si ikan caru.. merangkap Ikan Fav Pak Habibiku dan juga anak-anaknya yang lain tu... i biasa aje... rasanya dah hampir 2 minggu Pak Habibi tak merasa masakan lauk ikan caru ni ekk.. dah ku warning awal-awal ekk.. no ikan caru this month! hehe.. macam demam aje tau muka pak Habibi i tu... cian dia.. semalam ke pasau ku belikan juga dalam sekilo! wahhh.... tetiba berseri muka pak habibiku itu ekk... tadi pun masa memanggang ikan caru dalam oven... ewahh.. cewaahh... anak-anak Pak Habibi sampai menyongsong dengan hidung ternaik-naik! hahaa.. apa pun bukan tak gemor dengan ikan caru ni ekk... suka.. cuma jemu laaa... asyik ikan caru jerk manjang, pastu tak sudah asyik nak di masak kerutub aje manjang! tukang masak pun boleh hangin satu badan ekk... hangin jerk.. belum termasuk dalam kategori Tsunami hehee... udah itu aje...

JOM!!! SALIN RESIPE!!
CARU PANGGANG BERSAMBAL


Bahan Untuk Sambal : DIKISAR

1 biji bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
20 tangkai cili kering
1 sudu besar belacan 
gula dan garam

Cara Memasak Sambal :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Dan Tumiskan bahan-bahan yang di kisar sehingga garing.
sesuiakan rasa, ketepikan.

Bahan-bahan Lain :

1 kg ikan caru segar ~ buang insang dan belah belakangnya. cuci bersih dan toskan. lumurkan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
Daun Pisang untuk membalut (*Jika suka)
Sumbatkan sambal yang telah sejuk ke dalam belakang ikan caru yang telah di belah sehingga selesai. Balutkan bersama daun pisang.

Panggang selama 20-25 minit di dalam ketuhar. Suhu 200'C

TENGGG!!! TARRAA!!!
CARU PANGGANG BERSAMBAL


Hidangkan bersama kuah asam : 1 biji bawang merah dihiris, 10 tangkai cili padi dihiris, air asam jawa (pekat) sebiji buah limau kasturi di perah airnya dan sedikit gula dan garam. sedia di cicah bersama Caru panggang bersambal!!! selamat mencuba!!!


 MENU TENGAHARI 16 MARCH 2011 :
  • CARU PANGGANG BERSAMBAL
  • LEMAK PUCUK UBI BERSAMA DAUN KADUK
  • IKAN MASIN GELAMA
  • SAMBAL BELACAN
  • ULAMAN (WAJIB ADA, KALAU TAK NANTI MEROYAN! HAHA..:):):)


TATA!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ