ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, April 6, 2011

BENING KETAM BERSAMA BETIK


BENING KETAM BERSAMA BETIK
Wahhhh!!! ketam lagi! ketam lagi!!! alaa... ni fav pak habibi ngan amin.. ngan nelly... i cuma boleh hirup kuahnya sahaja.. sebab apa??? patah hati?? frust bercinta??? ada alahan kulit????muahhaa.. sebab i diet ler... so ketam tu tak ku sambalkan.. nanti i tak dapat tompang sekaki ekk.. ku rebuskan dengan betik.. dah jadi lauk bening... sedap dan manis kuah tu oke.... senyum sampai ke telinga.... you mesti cuba.. sayur betik yang separa muda tu i jolok kat tepi rumah! bedebup! bunyi dia ko.. ingat senang ke nak jolok??? tinggi ko pokok betik tu sayuUuuuuuPPpppp giteeewww... kita jolok dia apa ada kisah.. dapat sebijik terus ku beningkan! dah tu jerk.. ekk.. ekkk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BENING KETAM BERSAMA BETIK




Bahan di TUMBUK LUMAT :

1 biji bawang merah (B)
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan lain :

1/2 biji betik muda *separa masak lagi best! manis dan enak
1 helai daun kunyit ~ siat
1/2 kg ketam
500 ml air

Cara Memasak :

campurkan kesemua *bahan di tumbuk, air, betik dan didihkan ke dalam periuk
setelah betik empuk, masukkan daun kunyit dan ketam
masak sehingga ketam bertukar warna
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
BENING KETAM BERSAMA BETIK 
SLURRRRPPppppPPPPP..... wah! ni kalau Bang Lee Aman tengok ni sure dia PITAM! muahahaa.. dia hantu ketam oke...:):)
CUTI-CUTI KE USS... DAH TIBA PART 6.... THE LOST WORLD... SILA JENGAH DI BLOGS CUTI-CUTIKU...>>>>> KLIK DI SINI>>> THE LOST WORLD JURASSIC PARK..:)



TATA!!!!


CARU LEMAK CILI API


CARU LEMAK CILI API
WAHHHH!!! ikan caru laaa.. ikan fav Pak Habibi ni ekk.. hari ni masakkan lemak cili api berapi i tell you all ekk... simple but deli.. and but.... i tak boleh hirup atau simbah kuah lemak cili api tu kat pinggan i ekk.. sebab i tengah berdiet.. ikan tu ko makan sebanyak tidak tak per... tak de sesiapa pun nak marah... nasi tolong sikit sahaja.. sekarang ni i dah start makan nasi hanya 2 sudu sahaja.. hampeh! tul! sabor.. kalau nak berdiet.. diet betul.. betul.. lepas tu bila dah tinggal rangka.. baru ler ko cekik! sebanyak tidak muahahaa... *sila jangan tiru tips ini* muahahaa.. okaylah.. salin resipe tu yerk... tukarkan dengan ikan lain pun boleh... tambahkan belimbing pun boleh.. tapi stok belimbing kat pokok malas nak petik hehee....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CARU LEMAK CILI API

Bahan-bahan di TUMBUK :

2 inci kunyit hidup
15 batang cili padi

Bahan-bahan lain :

3 ekor ikan caru ~ potong dan cuci bersih
4 biji tomato ceri ~ belah dua
2 helai daun limau purut ~ siat
1 batang serai ~ titik
400 ml santan pekat
5 batang cili padi untuk tambahan  *tak perlu di tumbuk

Cara Memasak :

Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama santan, serai dan daun limau purut ke dalam kuali
masukkan ikan caru dan renehkan dengan api perlahan sehingga ikan masak *sentiasa di kacau
masukkan tomato ceri dan cili padi, sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
CARU LEMAK CILI API
 Lemak cili api mesti pedas dan berapi, santan harus pekat! baru namanya lemak cili api oke...:):) selamat mencuba kawan-kawan..:)
Baru update blogs luahan hatiku... sila klik di sini >>>>>  
PRINCESS NELLYSHA WAKIL PERTANDINGAN BERPUISI BAHASA CINA

TATA!!!!


Tuesday, April 5, 2011

MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI

MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI
Makan bubur hari ni.. dan bubur bukan sebarangan bubur oke... bubur daging dan kucampurkan dengan beberapa jenis sayur yang memang baunya harUUUmmmm.... simple sahaja.. sesiapa yang tak makan daging tu gantikanlah dengan ayam yer... tapi yang terbaik memang daging.... lemak aje rasanya...nya you all kena cuba ni tauu.. asalnya i buat bubur ni sebab ibu mertua datang berkunjung dan dia teringin nak makan bubur... pulak ada sayur dalam peti sejuk tu.. ku hiris-hiriskan ku cempakkan ke dalam bubur daging tu.. aduhaii memang ler the best! tak percaya cuba oke!

JOM!! SAKIN RESIPE!!
MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI
10 helai daun kaduk ~ hiris
3 tangkai daun pudina ~ petik daunnya
2 helai daun kunyit ~ hiris
1 batang celery ~ potong dadu
3 tangkai daun selasih ~ petik daunnya
400gm daging ~ potong dan rebus, ambil air rebusan daging
1 sudu besar serbuk ikan bilis *tumix*
2 pot beras ~ rendam selama 10 minit cuci dan toskan
air *secukupnya untuk dijadikan bubur*

BAHAN DI KISAR :

1 biji bawang merah (B)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih
8 tangkai cili kering

Cara memasak :

rebuskan nasi sehingga mendidih atau menjadi separa bubur dan serbuk tumi *tambah air jika terlalu pekat*
masukkan daging dan air rebusan daging, serbuk ikan bilis
masukkan bahan-bahan yang *dikisar dan kacau rata
masak sehingga menjadi bubur dan sesuaikan rasa
masukkan daun yang telah di rampai *kesemuanya dan gaul rata
angkat dan hidangkan bersama bawang goreng

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ BUBUR RAMPAI
 slurrppppppp!!!!
 memang best! selamat menjamu selera kawan-kawan!
SHREK HOME SWEET HOME.... BARU UPDATE BLOGS CUTI-CUTI >>> 

TATA!!!

Monday, April 4, 2011

MENU DIET ~ SINGGANG

MENU DIET ~ SINGGANG
YER... bertemu lagi kita dengan lauk singgang ekk.. rasanya yang masam-masam lemak.. sepanjang berdiet ni i suka beli ikan kembung.. macam kena aje dengan tekak i semasa berdiet ni ekk.. kuah singgang tu pulak di rebus... aduhaii memang ler best! buh cili bebanyak... memang berselera muahaha.. ingat kurangkan nasi! berat badan semakin turun.. selera terhadap nasi... wah! macam dah tak heran laa... cewahhhh..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MENU DIET ~ SINGGANG

ikan kembung
1 biji bawang merah (Besar) ~ hiris bulat
5 ulas bawang putih ~ hiris
2 inci halia ~ hiris batang mancis
2 inci kunyit ~ hiris batang mancis
5 batang cili padi
1 batang lada hijau ~ patah dua
air asam jawa 500 ml *pekat sedikit*


CARA MEMASAK :

campurkan kesemua bahan.. kecuali ikan
rebus sehingga mendidih
masukkan ikan dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan ketika panas!

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ SINGGANG
SLURPPPPPP!! INI YANG TERBAIK UNTUK BERDIET! REBUS SEGALANYA!!!
BARU UP DATE BLOGS CUTI-CUTIKU ITU... PENUH INFO DAN TIPS.. DAH TIBA PART 3.. PART 4 AKAN MENYUSUL... SOON.. JANGAN LUPA FOLLOW OKE.. TQ FRIENDS.. DENGAN IKHLAS INGIN BERKONGSI KEPADA SEMUA TEMAN-TEMAN >>>> JENGAH DI SINI >>> 

TATA!!!


MENU DIET ~ KOBIS GORENG

MENU DIET ~ KOBIS GORENG

WAHHH!! sorry ler kalau blogs masakan i ni sepi sekejap ekk.. maklum ler busy menjengkit! wahhh.. dengar cerita berat badan i turun dengan BAGUSSSNYA!!! macam bagus! muaahhaa.. dah turun you... baru semalam timbang oke... berapa KG turun???? syyy.. nanti i beritahu.. sekarang ni i tergesa-gesa masukkan resipe dalam blogs masakan i  ni tau.. sebab i sedang sibuk memasukkan gambar sepanjang berada di HOLLYWOOD! bukan Bollywood oke! muahhaa.. ke mana tu??? jap lagi i story ekk.. macam biasa bila berdiet.. kurangkan minyak.. dan gantikan minyak masak biasa kepada minyak jagung atau zaitun.. memang bagus untuk kesihatan dan berdiet...dah tu jerkk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MENU DIET ~ KOBIS GORENG

1 biji kobis kecil ~ hiris
5 ulas bawang putih ~ hiris
1 biji bawang merah (sederhana) ~ hiris
1 batang celery ~ hiris
1 batang karot ~ hiris
1 sudu teh serbuk ikan bilis *tumix*
1 batang lada merah ~ hiris
sedikit minyak bijan

Cara Memasak :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan bawang merah, karot dan celery juga lada merah sehingga karot layu sedikit
masukkan kobis dan perencah ikan bilis.
kacau rata dan renjiskan dengan sedikit minyak bijan!

TENGG!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ KOBIS GORENG
SIMPLE. SEDAP!
HOLLYWOOD... BARU SAHAJA update blogs cuti-cutiku.. PART 1, 2, 3... telah di masukkan ke dalam blogs >>>

TATA!!!

Saturday, April 2, 2011

MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ


MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ

WAH!!! ADA NASI LAA... muahaha.. siapa cakap diet tak boleh makan nasi???? makan aje.. tak de sesiapa yang nak marah.. tengahari ni i berani masak nasi goreng.. sebab sekejap lagi i nak menjengkit.. gi ke pasaraya mencari barang sedikit... i dah kira masa tu kalau berjalan sepanjang mencari barang tu... hujung ke hujung lebih kurang 1500 meter jaraknya.. kalau tiga tingkat??? wahhhh!!! boleh makan nasi! muahaha.. *poyo* ehh! betul tau.. kalau nak makan makanan yang kaya dengan karbohidrat boleh.. bukan tak boleh semasa berdiet.. nak kena ler bersenam.. keluarkan peluh.. bakar lelemak yang ada tu betul tak??? so kengkawan kalau you all sedang berdiet tu... jangan risau..makan nasi tu.. TAPI JANGAN LER bebanyak sangat.. MESTI DI CETAK NASI TU EKK.. macam yang i buat tu... i cetakkan nasi goreng tu.. hanya sesenduk sahaja... tu pun tak penuh tau... ku tekan-tekankan.. pastu potongkan buah tomato dan jadikan ulam masa mengunyah nasi tu.. gerenti kenyang lah! so yang berdiet tu... kalau nak menjengkit ke mana-mana tu.. hari ni hari makan nasi goreng sedunia muahaha... nasi goreng sayur oke...:):) MINUM BANYAK AIR MINERAL.... gerenti sepanjang berjalan tu nanti peluh akan menyimbah-nyimbah keluar ekkk.. ke tandas pun yer jugak! wahhh.. banyak betul excersize kita hari ni ekk.. *INGAT i bukan pakar diet oke.. main hentam ikut cara i.. tapi hasilnya... *senyum*

JOM!! SALIN RESIPE!!
MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ
sayur kobis panjang ~ hiris
kobis bunga ~ hiris
celery ~ hiris
karot ~ hiris
lada hijau
nasi putih ~ leraikan *jangan bergentel tak sedap*

1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
7 ulas bawang putih ~ hiris *i love garlick*
3 batang sosej ayam ~ hiris
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil perencah ikan bilis ~ *sha guna tumix*
minyak bijan
minyak jagung
sedikit garam

*daun bawang dan tomato*

Cara memasak :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak bijan. kesemua bahan-bahan di atas kecuali nasi
Gaul rata dan apabila karot agak lembut masukkan nasi putih
kacau rata, renjis sedikit minyak bijan, lada sulah dan sesuaikan rasa!
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ
 INGAT PENGAMBILAN NASI GORENG ISTIMEWA... KHAS KERANA SEBENTAR LAGI AKAN MELAKUKAN XCersize... berjalan kaki...:):) kalau tak berjalan tu.. sila kurangkan nasi tu oke.. sekadar merasa udah ler ekk.. kata diet.. pengorbanan amat di perlukan..:):)
selamat berdiet!! 

TATA!!




MENU DIET ~ ROTI TELUR

MENU DIET ~ ROTI TELUR
Wahhhh!!!! diet ke ni???? Siapa cakap diet tak boleh makan roti dengan telur??? nampak tak roti telur tu di potong kepada 4 bahagian.... jangan ler you all makan roti tu semuanya... makan hanya 2 bahagian sahaja.. lepas makan tu.. jangan lupa buat senaman... dan kalau teringin sangat nak makan semua tu.. boleh.. senaman kena ler lebih yer tak? biar terbakar semua lemak2 tu hah! bila berdiet ni memang ler menyeksakan.. kena ler banyak bersabar.... baru ler nampak hasilnya... INGAT.. jangan ikat perut tau.. belakang hari nafsu akan datang berlipat kali ganda! makan sedikit-sedikit.. dan makan selalu... dan SENAMAN PUN KENA LAH SELALU... pagi tadi lepas sahaja bersarapan i terus panjat anak tangga di rumah ni hah.. turun dan naik sebanyak 5 kali... pastu terus... *pengsan* muahahaha.. TAPIKAN I TELL YOU BADAN RINGAN JERK TAU LEPAS TU...:):) jangan lupa minum air mineral sentiasa.. tak perlu tunggu lapar atau tunggu haus.. minum dan minum terus.. masa mengadap computer ni hah.. i kunyah buah betik.. tu.. tu..
Buang kulit dan potong kecil-kecil.. buh garfu kat tepi tu.. bila terasa atau teringatkan MAKANAN jerk.. ko cucukkan betik tu.. masukkan dalam MULUT... buat macam tu selagi INGATAN TERHADAP MAKANAN asyik MENJELMA DEPAN MATA... dugaaan.. muahahaa... kaya dengan Vitamin oke.. nak tahu lebih lanjut cari ler di Internet ya.. segalanya di hujung jari.. ANTARA RAJIN ATAU TIDAK SAHAJA.. ANTARA MAHU ATAU TAK MAHU SAHAJA.. udah ler tu tips pagi ni ekk.. INGAT I BUKAN PAKAR DIET OKE.. TETAPI i lakukan dengan caraku sendiri.... ~ wallahualam~
JOM!! SALIN RESIPE!!
MENU DIET ~ ROTI TELUR
1 biji telur
2 biji tomato ceri ~ potong kecil
1 batang daun bawang ~ potong kecil
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
sedikit sahaja garam
1 batang Roti John

**kocokkan bahan-bahan seperti membuat telur dadar
**roti john di belah dua tak habis

Cara memasak :

panaskan sedikit minyak jagung di dalam kuali leper. 
tuangkan telur yang telah di kocok dan letakkan roti john di atas telur dadar semasa cair
biar sehingga telur dadar masak dan angkat!

TENGG!!! TARRRAA!!!
 mudah aje tu kan.. makanlah apa sahaja.. tetapi kurangkan pengambilannya... lebihkan senaman... lebih minum air mineral.. Insyallah pasti akan ada hasilnya.. SABAR aje ler dulu oke..:):)

**AMARAN TOLONG JANGAN BIASAKAN PENGAMBILAN SOS TOMATO ATAU SOS CILI.. UNTUK MENAMBAHKAN SEDAP.... CUBA ELAKKAN...**

Laporan : Perut semakin kempis..:):)

SELAMAT BERDIET!!

TATA!!! 


Friday, April 1, 2011

MENU DIET ~ IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH


MENU DIET ~
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH
Wahhhh.. semenjak berdiet ni.. manjang rebus! kukus! aje memangku suka! bebenau tau tak kengkawan semua.. kerana awet muda muahaha.. masa memasak begitu singkat sekali sehinggakan i boleh membuat pelbagai urusan lain... dah ler enak... sihat pulak tu! lepas ni dah boleh pakai sarung kaki tanpa koyak di hujung jari muahaha.. *PENGSAN* okay hari ni i kukuskan aje ikan kembung batu tu ekk. tengah murah di pasar sekarang ni tau.. dan ikan kembung adalah salah satu ikan yang paling enak di kukus! YUMMYYY!! ingat kepada yang follow i berdiet ni.. makan ler berapa ekor pun ikan kembung tu... dan nasi tolong jangan ko selang selikan masa menyuap ikan kukus yang steam aje rasanya tu muahahaa.... say bye! bye! to nasi... bukan ler tak boleh makan terus.. tetapi pengambilan yang sedikit sahaja. oke.. i dah start dapat mengawal nafsu nasi.. dengan hanya mengambil 2 sudu besar nasi sahaja. dan hari ni i nak try ambil 1 sudu besar nasi sahaja.. alahaii.. jangan ler meraung... setiap pengorbanan pasti akan membuahkan hasil yang luar biasa oke.. sabar yer... makan buah tu bebanyak tau!

JOM!! SALIN RESIPE!!
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH

6 ekor ikan kembung batu ~ cuci bersih
3 inci halia ~ hiris batang mancis
6 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang daun bawang ~ hiris
serbuk lada putih
minyak bijan
seasoning *sha guna jenama maggie*
limau kasturi untuk perahan di atasnya sewaktu makan nanti

Cara mengukus :
susun ikan di dalam pinggan
renjiskan serbuk lada sulah, minyak bijan, seasoning
taburkan halia dan bawang putih
daun bawang *separuh*
kukus selama 7-10 minit atau sehingga ikan masak

TENGG!! TARRRAAA!!!
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH
Enak bangat dong!!! jangan lupa cicahkan dengan tu.. tu....
HALIA DI TUMBUK BERSAMA BAWANG PUTIH, LADA HITAM DAN SEDIKIT CUKA... aduhaii.. memang syiok!!! must try oke.. ingat makan dan ratahlah seberapa banyak ikan yang you all nak! dan cuba lupakan sang nasi! memang berbaloi pengorbanan you all tu nanti... just wait and see...:):)

TATA!!!

MENU DIET ~ PUCUK PAKU GORENG TOMATO

MENU DIET ~ 
PUCUK PAKU GORENG TOMATO
Kan i dah kata.. siapa cakap berdiet masakannya terhad dan hambor aje rasanya??? kita yang berdiet tu kenalah kawal aje pengambilan makanan tu jerk.. nasi tu sahaja yang korang kurangkan.. sayur atau buah-buahan tu penuhkan dalam pinggan.. dan sekarang ni... bermula sejak semalam.. i cuma ambil nasi 2 sudu besar sahaja.. tu pun tak penuh.. tapi lauk yang i ratah memang penuh! Masyallah! dahsyat! hebat pun yer jugak muahaa... akhirnya perlahan-lahan berjaya jugak i mengawal nafsu terhadap nasi.. hari ni i try nak ambil satu sudu nasi jerk tau... tapi sayur pucuk paku yang yummy tu i nak makan sorang! yang lain tengok jerk yeek.. haha.. okaylah macam biasa.. kurangkan minyak semasa menumis dan tukarkan kepada minyak jagung atau zaitun.. kedua-dua minyak tu i ada.. tapi hari ni i guna minyak jagung sebab minyak zaitun mahal! nanti nak beli bengkung tak cukup duit! muahahaa...

JOM!! SALIN RESIPE!!
PUCUK PAKU GORENG TOMATO

1 ikat pucuk paku ~ siang dan cuci bersih
1 biji buah tomato ~ potong baji
1 sudu minyak jagung

Bahan-bahan kisar :

1 biji bawang merah (kecil)
4 ulas bawang putih * i pencinta bawang putih kerana khasiatnya*
sedikit halia
1 sudu besar ikan bilis
3 tangkai cili kering

Cara memasak :

Panaskan kuali dengan minyak, kecilkan api dan tumiskan bahan sehingga garing *api kecil kerana masakan kurang minyak mudah hangit dan rempah mentah jika api besar*
Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga garing atau kering sedikit
masukkan buah tomato, sesuaikan rasa
masukkan sayur pucuk paku, gaul rata angkat dan hidangkan!

TENGG!! TARRAA!!!
PUCUK PAKU GORENG TOMATO
*INGAT KURANGKAN NASI... LEBIHKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN.. perlahan-lahan anda akan mulai menyintai lauk dan bukan nasi.. ~wallahualam~

 KISAH BIG MOMMA.. DAH MASUK KE PART 6.... >>> TERLALU HAPPY! TERIMA KASIH ALLAH...:)

TATA!!


MENU DIET SARAPAN ~ ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY


MENU DIET SARAPAN ~
ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY

Assalammualaikum! Selamat pagi semua.. okay masih dalam tajuk menu berdiet lagi kita ekk.. sampai bila??? sampai turun ler berat badanku ini.. uishh.. i tell you.. memang banyak perbezaannya ekk.. antaranya kaki i dah kurang sakitnya.. kalau tidak tu bila berjalan jauh sikit.. sakit dan sengal jerk ekk.. sampai berurut oke.. bila pergi jumpa doctor dia cakap sebab berat badan bertambah secara mendadak... tu yang i mengambil langkah berjaga-jaga.. memang ler kalau korang tengok i tak ler nampak terlampau besorr.. tapi i ni kan rendang jerk orangnya.. maka berat badan tu tak bisa kaki i menampungnya oke! muahaa...okaylah.. macam biasa i tak suka bersarapan makanan yang sama.. takut jemu dan jelak.. hah! bila jemu nanti tu.. mulalah makan tu macam tak puas aje kan.. kan.. so i make sure everyday my breakfast mesti berbeza.. ringkas dan berkhasiat.. ingat pesan i.. jangan ikat perut! badan memang susut.. tapi bila kita dah dapat berat badan ideal tu.. mulalah kita nak makan apa yang kita tak dapat makan masa berdiet tu ekk.. so sarapan pagi sangat penting,... di ingatkan sekali lagi i bukan pakar kesihatan.. tapi i rajin membaca.. dan lepas tu.. i fikir ler apa yang i perlu ubah suaikan.. yang penting selepas bersarapan tu jangan lupa bersenam..jadi pengambilan makanan yang kita ambil tu jam tu jugak TERBAKOR!!!! yeaahhhh.... dah tu jerk.. tunggu menu tengahari nanti masih juga dalam menu berdiet tetapi tetap menyelerakan.. cewahh.. ewahh... ewahhh...

JOM! TENGOK!!
ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY

1 keping roti putih 
1 sudu kecil madu asli
3 biji strawberry

Cara menyediakannya :

Bakar roti
tuangkan 1 sudu madu di atas roti bakar
hidangkan bersama 3 biji buah strawberry DAN
1 mug nescafe kurang susu

TENGG!! TARRAA!!!
MENU DIET SARAPAN ~
ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY
siapa cakap bila berdiet hidup kita merana??? kan ke best tu! muahaha.. selamat berdiet semua kawan-kawan.. tunggu resipe diet tengahari nanti ekk..

LAPORAN : SELUAR DAH LONGGAR SEDIKIT... :):):) 
** BERSENAM JANGAN LUPA... SETAKAT NI I BELUM LAGI TIMBANG.. TUNGGU HARI AHAD NANTI YERK.. BERAT BADAN SEBELUM BERDIET = 61.8 KG!!! hambik ko!

TATA!!!


Thursday, March 31, 2011

MENU DIET ~ CARU PANGGANG HALIA


MENU DIET ~ CARU PANGGANG HALIA
waduh!!! WADUH!! siapa cakap bila kita berdiet tak boleh makan enak dan sedap??? angkat kaki! muaaha... jangan tak tahu.. resipe makanan diet ni ler yang paling best! simple dan sudah tentu bagi i yang jadi tukang masak ni.. suka ler terlampau! sebab cepat dan ringkas! i LOVE DIETING!!! *setakat ini laa* muahaha...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MENU DIET ~ CARU PANGGANG HALIA
*2 inci halia
*2 ulas bawang putih
*garam

5 ekor ikan caru ~ saiz kecil
*TUMBUK LUMAT*

CARA MENEYEDIAKAN DAN MEMANGGANG

Lumurkan ikan caru bersama bahan yang telah *di tumbuk lumat
aturkan diatas dulang pembakar, renjiskan sedikit minyak jagung
bakar di dalam oven dengan suhu 250'C selama 10 minit *sehingga ikan masak*

TENGG!! TARAAA!!!
MENU DIET ~ CARU PANGGANG HALIA
THE BEST!!
CICAHKAN BERSAMA.. KUAH ASAM..
cilipadi, lada hijau, bawang kecil, air asam jawa, perahan limau kasturi, sedikit garam

BEST!!! selamat mencuba dan berdiet ya kawan-kawan.. ALL THE BEST!!

LAPORAN : PERUT SUDAH KEMPIS SEDIKIT...:):) *JANGAN LUPA BERSENAM OKE..:):)

BEST MAKAN SAKAN DI TANJUNG PIAI RESORT... DAN I TETAP BERDIET.. SEKADAR MERATAH LAUK SAHAJA.... JENGAH DI SINI >>>> BEST MAKAN SAKAN! DAN TETAP MAMPU MENAHAN NAFSU!

TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ