ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, July 16, 2012

Ikan Caru Panggang Sudah Mari! Sup Fish Ball Karot! Kesukaan Alif BOM! BOM!


Assalammualaikum... Jangan adjust skrin ada semua.. :D
Gambar yang di paparkan memang asli dan besor :))

15hb tepat jam 8 malam tiba di Melaka kebetulan Bonda ada di sana... *rumah adik* terus ler angkut Bonda pulang ke Johor.
Kali ini Bonda datang secara pakej berganda! :))

Alif Bom! Bom! cucu lelaki bonda yang ketiga dari 17 orang cucu :D

penghasilan yang cukup aktif dan innovatif dari anak-anak bonda bagi menghasilkan cucu-cucunya yang meriah dengan pelbagai rupa dan gaya :))


Alif Bom! Bom!

tu dia.. alooOoollooooo mulut mengangga macam anak burung! bukan selalu begitu.. hanya ketika berhadapan dengan masakan atau apa jua hidangan yang di suakan di hadapan matanya.. ya gitewww :))

Alif anak ketiga Abang i... kalau you all tengok ayah aliff dan ibunya sure you all terkejut.. kerana memasing kurus dan sedang aje keadaan fizikalnya..  jika di bandingkan dengan Alif memang cute! :D silap taip.. bukan cute! tetapi MACHO! sesangat! ya sangat! :D


so tengahari i memasak ler lauk kesukaan Pak Habibi i yang terlalu rindukan ikan cencarunya yang kalau dicongak hampir 3 bulan tidak ku masak di dapur i ni.. :D
so tadi ku masak dengan idea... yang cukup tipis kerana masih kepenatan sejak pulang dari outstations..
hampir-hampir sahaja i nak beli aje lauk... tak kuasa dan tak ada mood.. sebab penat! dalam kurungan MALAS! ya giteww... :D


tetapi.. niat kemalasan ku itu terus lesap begitu sahaja.. malah i begitu bertenaga dan bersemangat nak memasak hari ni sebab Alif ada... memang peramah sangat anak saudara i yang sorang ni.. masa kecik dulu i puas jugak tolong jaga dia ni.. *bab bawak berjalan aje* :)) lain hal tak kuasa :D


so masa i memasak kat dapur tu.. masa tu baru keluarkan bahan-bahan kering.
Alif temankan i kat dapur.. :)) banyak yang kami berbual bersama.. antaranya.. 
Alif ada bagi satu teka-teki.. begini bunyinya...

"Comet cuba teka apa ni...Tengah malam hujung katil"

*comet panggilan manja i di rumah Awww ;))*

i teka...

"Selimut!!!"

"Salah.. teka lagi!"

wah sambil memasak tu puas ler i memikirkan jawapan bagi soalan kontot Aliff tu yaa.. :))

kisah bersambung :D

Jom! Masak lauk Fav Alif BOM! BOM!

Soup Fish Ball bersama Karot


BAHAN-BAHANNYA :

12 biji fish ball *ikan parang ada di pasaran*
1 batang karot *siat guna peeler* so dapat hirisan halus dan panjang macam ribbon*
2 tangkai daun bawang *hiris panjang*
garam
1200 ml air

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *dadu
4 ulas bawang putih *dadu
1 batang celery *dadu
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan kesemua *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan air dan renehkan terlebih dahulu.
Setelah mendidih masukkan hirisan karot dan fish ball.
Dididkan sebentar dan masukkan daun bawang, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Soup Fish Ball bersama Karot


oPPSS... sorry ini bukan gambar lauk Soup Fish Ball bersama Karot
tetapi ini adalah wajah Alif BOM! BOM! penuh teruja apabila masakan favnya terhidang :D


Ikan Caru Panggang sudah mari! setelah berbulan tidak ku masak dan tak ku beri Pak Habibi beli.. yak ini ikan fav nya..sejak azali :))

Ikan caru lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
Panggang di atas daun pisang dan sedikit renjisan minyak.
Panggang sehingga masak dan garing.
Hidangkan bersama hirisan limau nipis...


Wahh.. lebor senyuman Alif :D

"Pegang betul-betul Lif.. comet nak snap gambar ni... jangan gerak! tahan napas taw!"

:)) :)) :))

tahan napas ngko! :))


saje je usik Alif.. snap lelama sikit :))

"Fuhh.. susah jugak ekk comet nak ambik gambar ni? macam ni ehh kalau comet masukkan dalam FB?"

Alif berbunyi selepas beberapa minit terpaksa tahan napas :))

"Haah.. susahkan.."

i kata muaahhaahahaa :))

mujur tak biru muka Alif tu :))

TARRAA!!

IKAN CARU PANGGANG SUDAH MARI!


Alang-alang props boleh di arah.. apalagi.. memacam gaya :D


air asam bawang dan cili padi :

bawang kecil *hiris
cili padi *hiris
air asam jawa pekat-pekat
sedikit garam dan gula
sedikit perahan jus limau nipis..

TARRAA!!!

AIR ASAM CILI PADI


"Pegang kuat-kuat Lif! tahan napas... ya giteeeeww :D"

TARRA!!!

Soup Fish Ball bersama Karot


fav Alif BOM! BOM! :D


Alif sorang aje makan 8 ketul! 
memang keutamaan di berikan khas buat Alif anak sedara kesayangan i... :D

Jom! lihat aksi Alif BOM! BOM!


Fuyoohhh..... << giteew kata Alif..

i pulak >>> WOhOoooo bebaik Lif dah nak terbalik mangkuk tu :))


perghh.. gitu kata Alif dalam hati...

*setelah ku tanya apa yang dia bayangkan* :D


Props yang i gunakan hari ini... :)

Alif Bom! Bom!

yang cukuplahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

sportingnya!!! cayang kat Alif cangat! cangat!! muahzzzzz


Alif bercita-cita ingin menjadi YB apabila dewasa nanti :D
dengan motto... "Dapat menikmati tiap juadah tiap kali berada di tengah rakyat ketika ada undangan majlis!"

PergHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... ;))

*gurau* :D :))

Alif adalah anak Abang sulongku... sangat pandai menyanyi dan suara dia sedap sangat! lagu yang dia nyanyikan tadi masa teman i memasak.. lagi dari Najwa Latif bertajuk kosong!
perghh.. terbaik!!

tetapi lagu bertajuk KOSONG oleh Najwa Latif telah di ubah suai liriknya.. Next N3 nanti i share.. nak tanya Alif dia dah lesap main basikal keliling kampung... :D



dan jawapan bagi teka-teki dari Alif Bom! Bom! sampai selesai snap gambar i tak dapat jawab dengan tepat!

Nak tahu apa jawapannya???

jawab dulu baru i beritahu jawapannya :D


Alif akan pulang malam nanti di jemput ibu dan ayahnya.. :)

so kisah bersambung.. kesempatan yang ada bersama Alif tak akan ku biarkan begitu sahaja.. :)


jika ada sebarang pertanyaan tentang Alif Bom! Bom! sila turunkan komen anda di bawah.. Insya~ALLAH i akan paksa Alif sendiri menjawab setiap soalan anda :))

Sekian terima kasih ;)

Assalammualaikum!

TATA!!


19 comments:

asyifamustaffa said...

Sihatnya la Alif anak buah akak nie...comel je dia....:)

sy x tahan tang ikan bakar cicah air asam tu...jap jap...nak g makan jap...lapor !!! x lunch lagi nih !!

sup akak pun nmpk sedap...nak try la carrot gaya itu....hehehe...

Unknown said...

Huruf L... hik.hik.
Berapa dah umur Alif ni? Dulu kecik lagi...Nampak sgt lama tak jumpa gagagaga

MOMMYLIN said...

akak... sedapnya... akak punya gambar leh buat lin tetiba rajin masak... ihihihi :D

FnF Simple Life said...

Comelnye Alif... alahai ikan cencaru bakar sgt menggiurkan...lagi pulak ngn air asam tuuu...menggoda...

Wani Sukarno said...

salam kak sha cayang.. ololo montelnya alif ...dah jadi macam gaya chef berposing lak hihi... x dapat nak teka pulak apa dia .. fikiran tgh jam.. .. wani suka sangat dgn air asam tuu.. lepas tu dgn fish ball soup camtu dah lama x wat :))

Amelia said...

Hello hello cayang, apa khabar? Baik?
Macam lama long time no see, short time no talk, hahahahaha

Aiyah... my favorite ikan cencaru panggang dengan itu air asam cili padi... ini kena tambah nasi. LOL

Kejab, lap air liur dulu, LOL
Tengah lapar ini tapi ada kat ofis lagi. :(
Fish ball soup pun sedap... yum yum... slurppp.........

Alif pun comel juga! Matanya besar dan bulat2x. Ini ari dia jadi Superstar of the day for your posting. :)

Psssttt.. later senang singgah my blog. Warning dulu ya...bawa kuaci dan buat milo panas. Sebab posting ada panjang sikit dan silau *wink*
hahaha pakai sarong datang pun tak apa, selesa sikit.

Jumpa lagi, bye..... muahzzz....................penyet you, nanti boleh makan dessert lebih sikit.

Salmi Khairil said...

k.Sha nak cikit...

Yatie said...

Assalamualaikum Sha,
alahaiii comelnya Aliff..kira sihat sangat ni..alhamdulillah..rajinnya Sha, walau busy dan masih kepenatan sempat lagi masak utk hubby tersayang...cayalah Sha..suami akan bertambah2 sayang kan bila makan dari air tanagn suami..lebih2 lagi bila minta disuapkan lagi...adoyaiiiii..senyum paksa gitewwww..hah3...

Unknown said...

Comet ni main sambung2 entry pulak teka teki tu...

Unknown said...

Kak Sha.. apa jawapan teka tekinya? huhuhu..

dZana said...

aslmkum sha.. btuah ank sedara dpt mkn fav.. ikan caru dgn air asam.. mmg best ratah2..

Mat Gebu said...

Salam datin, serius...konsenteret ok CM baca...nyaris2 gugur alir liur ateh laptop...sabar jeee aku...

Mas Sani said...

hensem,comel,manja, ciut model kak shah tu...alif bom bom hihihi...

sedappppp...sedap...

pstt.. kak shah kita dh try resepi nasi lemak dari buku resepi kak shah tu... terbaikkkkk....sedap!

kasihredha said...

Alifffff...apaa jawapan teka teki ituuu????
Comeyyy je Alif jadi prop comet hari ni.
Aliff nanti nyanyi lagu mukabuku (najwa latif) pula ye untuk comet :)

Kak Nita said...

Salam Kak Sha,

Sungguh membuka selera gitewww....!

gerhana luka said...

ala...la..la semangatnya anak buah Kak Sha ni, sekolah darjah berapa ni sayang! seronok dapat jadi kawan time masak ngan makan dak Alif ni..
jawapan teka teki tu kucing kot, betul ke?

Unknown said...

salam Sha...
sorry rasanya lama tak singgah kat sini hari ni akak nampak Alif yang ceria tu terus masuk dan nampak pulak sambal yg tkde belacan tu mmg fav kami se family sbb pak Habibi akak tksuka bacan so boleh lah ikut jejak Sha jugak dan lagi satu nak tiru sup karot dan fish ball tu yg karot panjang2 tu bekenan sangat lah..

~azillakhalison~ said...

KEMAIN LAGI MEMEK MUKE SI TEMBOM NI YE KAK SHA..MUKE MAIN PERANAN..HAHA

Anonymous said...

[url=http://cialisonlinehere.com/#ajdjj]buy cialis online[/url] - buy cialis online , http://cialisonlinehere.com/#gluhi buy cheap cialis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ