ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, April 2, 2011

MENU DIET ~ ROTI TELUR

MENU DIET ~ ROTI TELUR
Wahhhh!!!! diet ke ni???? Siapa cakap diet tak boleh makan roti dengan telur??? nampak tak roti telur tu di potong kepada 4 bahagian.... jangan ler you all makan roti tu semuanya... makan hanya 2 bahagian sahaja.. lepas makan tu.. jangan lupa buat senaman... dan kalau teringin sangat nak makan semua tu.. boleh.. senaman kena ler lebih yer tak? biar terbakar semua lemak2 tu hah! bila berdiet ni memang ler menyeksakan.. kena ler banyak bersabar.... baru ler nampak hasilnya... INGAT.. jangan ikat perut tau.. belakang hari nafsu akan datang berlipat kali ganda! makan sedikit-sedikit.. dan makan selalu... dan SENAMAN PUN KENA LAH SELALU... pagi tadi lepas sahaja bersarapan i terus panjat anak tangga di rumah ni hah.. turun dan naik sebanyak 5 kali... pastu terus... *pengsan* muahahaha.. TAPIKAN I TELL YOU BADAN RINGAN JERK TAU LEPAS TU...:):) jangan lupa minum air mineral sentiasa.. tak perlu tunggu lapar atau tunggu haus.. minum dan minum terus.. masa mengadap computer ni hah.. i kunyah buah betik.. tu.. tu..
Buang kulit dan potong kecil-kecil.. buh garfu kat tepi tu.. bila terasa atau teringatkan MAKANAN jerk.. ko cucukkan betik tu.. masukkan dalam MULUT... buat macam tu selagi INGATAN TERHADAP MAKANAN asyik MENJELMA DEPAN MATA... dugaaan.. muahahaa... kaya dengan Vitamin oke.. nak tahu lebih lanjut cari ler di Internet ya.. segalanya di hujung jari.. ANTARA RAJIN ATAU TIDAK SAHAJA.. ANTARA MAHU ATAU TAK MAHU SAHAJA.. udah ler tu tips pagi ni ekk.. INGAT I BUKAN PAKAR DIET OKE.. TETAPI i lakukan dengan caraku sendiri.... ~ wallahualam~
JOM!! SALIN RESIPE!!
MENU DIET ~ ROTI TELUR
1 biji telur
2 biji tomato ceri ~ potong kecil
1 batang daun bawang ~ potong kecil
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
sedikit sahaja garam
1 batang Roti John

**kocokkan bahan-bahan seperti membuat telur dadar
**roti john di belah dua tak habis

Cara memasak :

panaskan sedikit minyak jagung di dalam kuali leper. 
tuangkan telur yang telah di kocok dan letakkan roti john di atas telur dadar semasa cair
biar sehingga telur dadar masak dan angkat!

TENGG!!! TARRRAA!!!
 mudah aje tu kan.. makanlah apa sahaja.. tetapi kurangkan pengambilannya... lebihkan senaman... lebih minum air mineral.. Insyallah pasti akan ada hasilnya.. SABAR aje ler dulu oke..:):)

**AMARAN TOLONG JANGAN BIASAKAN PENGAMBILAN SOS TOMATO ATAU SOS CILI.. UNTUK MENAMBAHKAN SEDAP.... CUBA ELAKKAN...**

Laporan : Perut semakin kempis..:):)

SELAMAT BERDIET!!

TATA!!! 


Friday, April 1, 2011

MENU DIET ~ IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH


MENU DIET ~
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH
Wahhhh.. semenjak berdiet ni.. manjang rebus! kukus! aje memangku suka! bebenau tau tak kengkawan semua.. kerana awet muda muahaha.. masa memasak begitu singkat sekali sehinggakan i boleh membuat pelbagai urusan lain... dah ler enak... sihat pulak tu! lepas ni dah boleh pakai sarung kaki tanpa koyak di hujung jari muahaha.. *PENGSAN* okay hari ni i kukuskan aje ikan kembung batu tu ekk. tengah murah di pasar sekarang ni tau.. dan ikan kembung adalah salah satu ikan yang paling enak di kukus! YUMMYYY!! ingat kepada yang follow i berdiet ni.. makan ler berapa ekor pun ikan kembung tu... dan nasi tolong jangan ko selang selikan masa menyuap ikan kukus yang steam aje rasanya tu muahahaa.... say bye! bye! to nasi... bukan ler tak boleh makan terus.. tetapi pengambilan yang sedikit sahaja. oke.. i dah start dapat mengawal nafsu nasi.. dengan hanya mengambil 2 sudu besar nasi sahaja. dan hari ni i nak try ambil 1 sudu besar nasi sahaja.. alahaii.. jangan ler meraung... setiap pengorbanan pasti akan membuahkan hasil yang luar biasa oke.. sabar yer... makan buah tu bebanyak tau!

JOM!! SALIN RESIPE!!
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH

6 ekor ikan kembung batu ~ cuci bersih
3 inci halia ~ hiris batang mancis
6 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang daun bawang ~ hiris
serbuk lada putih
minyak bijan
seasoning *sha guna jenama maggie*
limau kasturi untuk perahan di atasnya sewaktu makan nanti

Cara mengukus :
susun ikan di dalam pinggan
renjiskan serbuk lada sulah, minyak bijan, seasoning
taburkan halia dan bawang putih
daun bawang *separuh*
kukus selama 7-10 minit atau sehingga ikan masak

TENGG!! TARRRAAA!!!
IKAN KEMBUNG KUKUS HALIA & BAWANG PUTIH
Enak bangat dong!!! jangan lupa cicahkan dengan tu.. tu....
HALIA DI TUMBUK BERSAMA BAWANG PUTIH, LADA HITAM DAN SEDIKIT CUKA... aduhaii.. memang syiok!!! must try oke.. ingat makan dan ratahlah seberapa banyak ikan yang you all nak! dan cuba lupakan sang nasi! memang berbaloi pengorbanan you all tu nanti... just wait and see...:):)

TATA!!!

MENU DIET ~ PUCUK PAKU GORENG TOMATO

MENU DIET ~ 
PUCUK PAKU GORENG TOMATO
Kan i dah kata.. siapa cakap berdiet masakannya terhad dan hambor aje rasanya??? kita yang berdiet tu kenalah kawal aje pengambilan makanan tu jerk.. nasi tu sahaja yang korang kurangkan.. sayur atau buah-buahan tu penuhkan dalam pinggan.. dan sekarang ni... bermula sejak semalam.. i cuma ambil nasi 2 sudu besar sahaja.. tu pun tak penuh.. tapi lauk yang i ratah memang penuh! Masyallah! dahsyat! hebat pun yer jugak muahaa... akhirnya perlahan-lahan berjaya jugak i mengawal nafsu terhadap nasi.. hari ni i try nak ambil satu sudu nasi jerk tau... tapi sayur pucuk paku yang yummy tu i nak makan sorang! yang lain tengok jerk yeek.. haha.. okaylah macam biasa.. kurangkan minyak semasa menumis dan tukarkan kepada minyak jagung atau zaitun.. kedua-dua minyak tu i ada.. tapi hari ni i guna minyak jagung sebab minyak zaitun mahal! nanti nak beli bengkung tak cukup duit! muahahaa...

JOM!! SALIN RESIPE!!
PUCUK PAKU GORENG TOMATO

1 ikat pucuk paku ~ siang dan cuci bersih
1 biji buah tomato ~ potong baji
1 sudu minyak jagung

Bahan-bahan kisar :

1 biji bawang merah (kecil)
4 ulas bawang putih * i pencinta bawang putih kerana khasiatnya*
sedikit halia
1 sudu besar ikan bilis
3 tangkai cili kering

Cara memasak :

Panaskan kuali dengan minyak, kecilkan api dan tumiskan bahan sehingga garing *api kecil kerana masakan kurang minyak mudah hangit dan rempah mentah jika api besar*
Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga garing atau kering sedikit
masukkan buah tomato, sesuaikan rasa
masukkan sayur pucuk paku, gaul rata angkat dan hidangkan!

TENGG!! TARRAA!!!
PUCUK PAKU GORENG TOMATO
*INGAT KURANGKAN NASI... LEBIHKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN.. perlahan-lahan anda akan mulai menyintai lauk dan bukan nasi.. ~wallahualam~

 KISAH BIG MOMMA.. DAH MASUK KE PART 6.... >>> TERLALU HAPPY! TERIMA KASIH ALLAH...:)

TATA!!


MENU DIET SARAPAN ~ ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY


MENU DIET SARAPAN ~
ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY

Assalammualaikum! Selamat pagi semua.. okay masih dalam tajuk menu berdiet lagi kita ekk.. sampai bila??? sampai turun ler berat badanku ini.. uishh.. i tell you.. memang banyak perbezaannya ekk.. antaranya kaki i dah kurang sakitnya.. kalau tidak tu bila berjalan jauh sikit.. sakit dan sengal jerk ekk.. sampai berurut oke.. bila pergi jumpa doctor dia cakap sebab berat badan bertambah secara mendadak... tu yang i mengambil langkah berjaga-jaga.. memang ler kalau korang tengok i tak ler nampak terlampau besorr.. tapi i ni kan rendang jerk orangnya.. maka berat badan tu tak bisa kaki i menampungnya oke! muahaa...okaylah.. macam biasa i tak suka bersarapan makanan yang sama.. takut jemu dan jelak.. hah! bila jemu nanti tu.. mulalah makan tu macam tak puas aje kan.. kan.. so i make sure everyday my breakfast mesti berbeza.. ringkas dan berkhasiat.. ingat pesan i.. jangan ikat perut! badan memang susut.. tapi bila kita dah dapat berat badan ideal tu.. mulalah kita nak makan apa yang kita tak dapat makan masa berdiet tu ekk.. so sarapan pagi sangat penting,... di ingatkan sekali lagi i bukan pakar kesihatan.. tapi i rajin membaca.. dan lepas tu.. i fikir ler apa yang i perlu ubah suaikan.. yang penting selepas bersarapan tu jangan lupa bersenam..jadi pengambilan makanan yang kita ambil tu jam tu jugak TERBAKOR!!!! yeaahhhh.... dah tu jerk.. tunggu menu tengahari nanti masih juga dalam menu berdiet tetapi tetap menyelerakan.. cewahh.. ewahh... ewahhh...

JOM! TENGOK!!
ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY

1 keping roti putih 
1 sudu kecil madu asli
3 biji strawberry

Cara menyediakannya :

Bakar roti
tuangkan 1 sudu madu di atas roti bakar
hidangkan bersama 3 biji buah strawberry DAN
1 mug nescafe kurang susu

TENGG!! TARRAA!!!
MENU DIET SARAPAN ~
ROTI BAKAR MADU & STRAWBERRY
siapa cakap bila berdiet hidup kita merana??? kan ke best tu! muahaha.. selamat berdiet semua kawan-kawan.. tunggu resipe diet tengahari nanti ekk..

LAPORAN : SELUAR DAH LONGGAR SEDIKIT... :):):) 
** BERSENAM JANGAN LUPA... SETAKAT NI I BELUM LAGI TIMBANG.. TUNGGU HARI AHAD NANTI YERK.. BERAT BADAN SEBELUM BERDIET = 61.8 KG!!! hambik ko!

TATA!!!


Thursday, March 31, 2011

MENU DIET ~ CARU PANGGANG HALIA


MENU DIET ~ CARU PANGGANG HALIA
waduh!!! WADUH!! siapa cakap bila kita berdiet tak boleh makan enak dan sedap??? angkat kaki! muaaha... jangan tak tahu.. resipe makanan diet ni ler yang paling best! simple dan sudah tentu bagi i yang jadi tukang masak ni.. suka ler terlampau! sebab cepat dan ringkas! i LOVE DIETING!!! *setakat ini laa* muahaha...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MENU DIET ~ CARU PANGGANG HALIA
*2 inci halia
*2 ulas bawang putih
*garam

5 ekor ikan caru ~ saiz kecil
*TUMBUK LUMAT*

CARA MENEYEDIAKAN DAN MEMANGGANG

Lumurkan ikan caru bersama bahan yang telah *di tumbuk lumat
aturkan diatas dulang pembakar, renjiskan sedikit minyak jagung
bakar di dalam oven dengan suhu 250'C selama 10 minit *sehingga ikan masak*

TENGG!! TARAAA!!!
MENU DIET ~ CARU PANGGANG HALIA
THE BEST!!
CICAHKAN BERSAMA.. KUAH ASAM..
cilipadi, lada hijau, bawang kecil, air asam jawa, perahan limau kasturi, sedikit garam

BEST!!! selamat mencuba dan berdiet ya kawan-kawan.. ALL THE BEST!!

LAPORAN : PERUT SUDAH KEMPIS SEDIKIT...:):) *JANGAN LUPA BERSENAM OKE..:):)

BEST MAKAN SAKAN DI TANJUNG PIAI RESORT... DAN I TETAP BERDIET.. SEKADAR MERATAH LAUK SAHAJA.... JENGAH DI SINI >>>> BEST MAKAN SAKAN! DAN TETAP MAMPU MENAHAN NAFSU!

TATA!!!

MENU DIET ~ SUP SAYUR REBUS VERSI 2


MENU DIET ~ SUP SAYUR REBUS VERSI 2

Ketemu lagi kita dengan resipe berdiet yerk.. best betullah bila memasak lauk diet ni.. save segala bahan.. especially minyak masak! muahaaa.. wah! duit lebih tu nanti boleh ler beli bengkung! muahaa... aduhaii.. okaylah.. sayur kali ni i tukarkan kepada kobis bunga, tempeh dan daun sadri.. tomato jangan lupa.. segala yang ada dalam sup i hari ni khasiatnya memang terbaik! nak tahu info tentang bahan-bahan yang i gunakan tu cek di internet.. segalanya di hujung jari...:):)

JOM! SALIN RESIPE!!
MENU DIET ~ SUP SAYUR REBUS VERSI 2




1 keping tempeh ~ potong kecil
1 buku bunga kobis ~ potong ikut tangkainya
2 biji buah tomato ceri ~ potong 3
3 batang daun sadri ~ potong 1 inci
3/4 sudu kecil serbuk ikan bilis *tumix*
300 ml air

Bahan-bahan TUMBUK :

2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (kecil)
sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMASAK :

Rebuskan kesemua bahan-bahan kecuali *sayur-sayuran
apabila mendidih masukkan *sayur-sayuran
sesuaikan rasa dan angkat *jangan lama nanti sayur lecuh hilang khasiatnya, rangup baru best!*

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ SUP SAYUR REBUS VERSI 2

SLURPPP.... sup tu hirup masa panas-panas baru kepuasan ada! jangan makan nasi banyak.. cukup sekadar 1/2 senduk... *tahan ke???* heee... sabar bila nak berdiet.. tahap kesabaran maksimum di perlukan... ingat ada insan yang kebuluran di luar sana...:):)
BEST MAKAN SAKAN DI TANJUNG PIAI RESORT >>>> JENGAH DI BLOGS CUTI-CUTI I TU YAA.. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN >>> BEST MAKAN SAKAN.... HANYA MERATAH SAHAJA KERANA I SEDANG BERDIET OKE..:):)


TATA!!!!



MENU DIET SARAPAN ~ SUN SWEET PITTED PRUNE


MENU DIET  SARAPAN ~ 
SUN SWEET PITTED PRUNE
Good Morning everyone... yer masih dalam topic berdiet lagi kita ni ekk... so pepagi tadi i sarapan cara ringkas tetapi tetap memberikan tenaga yang cukup LUAR BIASA! selepas aje bersarapan.. sampai ke luar sana nu hah! i menyapu sampah oke.. betapa hebatnya sarapan pagi hari ni muahaa... okay bila berdiet ni... i tak suka sarapan pagi tu sama aje.. takut jemu.. contohnya.. semalam i breakfast cereal... so pagi ni i tak nak lagi berjumpa dengan cereal.... bila jemu mulalah nanti kita mengais pemakan yang lebih enak kat dalam peti sejuk tu yer tak??? so i akan cuba sarapan yang lain pulak.. so pagi ni.. i pilih buah prune untuk sarapan pagi i dan beberapa keping biskut tawar.. cik puan OSBORNE kita tu ekk.. great combinations! Rasa buah prune.. manis.. rasa biskut tawar aje.. so i makan dulu biskut tawar tu.. lepas tu baru i kunyah buah prune... bukan sekaligus.. berselang seli.....

Jom! Tengok!!
*IN MY WAY... DENGAN CARAKU...*

3 keping biskut OSBORNE... ada di pasaran... patah kata Kak Siti Fatimah Lazim... dia komen kat Laman FAcebook i tu.. dia cakap biskut KOJOL! muahaha.. macam nak kojol i gelak ekk.. okay i tak habiskan biskut osborne... tu saja kububuh tiga keping... dan i cuma makan sekeping sahaja... kengkononnya banyak naa ler tu... *cara nak saiko diri ini cewahhh...*
6 biji buah prune... pun i makan cuma 3 biji sahaja... sama jugak alasan macam biskut tu..kengkonon terambil banyak sangat! muaahhaa.. dan baki makanan yang tak habis tu i simpan semula oke.. kengkonon kes tutup! sambung esok pulak..
I bancuh air kopi kurang gula! langsung tak sedap! sedih betullah! bila tawor aje tu..minum pun tak habis! so lepas ni i akan kurangkan sedikit lagi masa membancuh kopi o tu oke.. sok lusa..mungkin dah tak nak dah kopi.... hehe.. yang ni tak janji.. i memang fanatik KOPI! dan juga sebotol air mineral *botol kecil* yang ni khas untuk sarapan pagi sahaja.. lepas tu.. i akan minum dan minum lagi air mineral.. i beli yang botol kecik banyak-banyak.. so bila minum tu.... 3 kali ulang jerk dah habis! ambil sebotol lagi.. dan setakat ini i minum 6 botol air mineral dalam sehari! wahhhhhh!!! bayangkan betapa buncitnya dengan air muahahaa... idak ekk. pastu tu ketandas aje ler kita.. bagus tu.. bermakna perkumuhan telah berlakU... toksin pun terhapus! ~wallahualam~ i pun bukannya pakar.. hanya ikut dan fikir kepala sendiri jerk ekk.. untuk khasiat buah prunE tu hang pi ler cari di internet.. i malas nak copy paste... selepas bersarapan..jangan lupa bersenam.. yang mana duduk di pejabat tu.. cuma berjalan-jalan ke meja kengkawan yang jejauh tu.. lakukan puluhan kali! muahaha.. udah ler ekk... i nak excersize turun naik tangga sambil mengemop!!! *sedih tul laaa...*

KISAH DIARY HIDUPKU... BARU SAHAJA KU UPDATE TADI PAGI..... TENTANG >>>> JENGAH SINI >>>>> KISAH SI BUDAK KEREMPENG....:):)

TATA!!!

Wednesday, March 30, 2011

MENU DIET ~ AYAM MASAK MERAH


MENU DIET ~ AYAM MASAK MERAH
Muahaaa... resipe berdiet lagi kita ekk.. ingat ekk... jangan sekali-kali amalkan 'CRASH DIET' yakni.. berlapar sepanjang hari... tak bagus! nanti berat badan turun mendadak! badan lembik aje ekk..ala-ala mengelambir jerk macam leher unta hahaa...sabau je laa.. so kita amalkan berdiet dengan cara 'MAKAN SEDIKIT' dengan motto "JAMAH LER JANGAN TAK MAKAN LANGSUNG!' atau semua tak boleh makan! pastu bila dah kurus badan tu segala macam ko lahop! ikut cara i sebab sebelum ni i memang amalkan masakan yang macam ni bila nak turunkan berat badan ekk.. kebetulan agaknya ler... metabolisme i tu tinggi... makan kurang sikit jerk.. cepat jerk badan tu susut ekk. so sekarang ni i sedang mengamalkan diet tetapi tetap makan secara mengurangkan portions tiap makanan yang i ambil tu... Dan I Bukan Pakar Diet oke.. just adjust sendiri jerk.. contohnya sekarang i gantikan minyak bila nak menumis tu dengan minyak jagung... dan hanya guna sedikit sahaja untuk menumis.. api tu nak kena perlahan so bahan-bahan yang di tumis tu masak dengan perlahan-lahan dan tidak mentah... TANG AYAM TU... KULIT JANGAN MAKAN.. MASA NAK MAKAN TU SILA LER BUANG YAA... bagikan kucing Bedah! *bedah jiran i* oke..:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MENU DIET ~ AYAM MASAK MERAH




5 keping kepak ayam ~ *tahukah anda kepak ayam ler paling banyak kolestrol dan lemak oke.. so buang kulitnya bila nak di makan.. i tak buang dulu sebab geli bila dah tak berkulit* SEDIHNYA.. HUAUAUAAA....
1 biji tomato untuk sampingan ulaman
1 batang serai ~ titik
2 batang daun sadri ~ hiris
3 sudu besar minyak jagung

BAHAN DIKISAR:

1 biji bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
20 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan
5 sudu besar sos tomato
3 biji buah keras 

Cara Memasak :

Panaskan minyak di dalam kuali
tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan juga halia *api sederhana* dan tutup kuali renehkan dan sering di kacau *minyak kurang mudah hangit*
masukkan ayam dan sedikit air, sos tomato dan taburkan daun sadri
tutup kuali dan renehkan sehingga ayam empuk
sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan bersama ulam tomato segar!

TENGG!!! TARRAAA!!!
MENU DIET ~ AYAM MASAK MERAH
 MUDAH AJE TU KAN.. SELAMAT BERDIET KAWAN-KAWAN..:):)
SAMBIL MENGADAP COMPUTER.. DAN MENANTI MINUM PETANG.. I BANCUH SECAWAN KOPI KURANG GULA DAN 5 KEPING BISKUT TAWAR... cuba jangan habiskan biskut tu.. ko try makan 3 jerk dulu ekk.. kalau tak tahan benor.. ko lahop jerk.. bukannya ada sesiapa pun nak marah! muahaaa... selamat berdiet kawan-kawan..:):)
KLIK SINI... UNTUK KISAH SI... >>> BAKUL SAMPAH!!




TATA!!!


MENU DIET ~ SUP SAYUR REBUS VERSI (1)


MENU DIET ~ SUP SAYUR REBUS VERSI (1)
**sembang hari ni panjang sikit ekk..*

SAYU... jerk mata tengok sayur tu ekk.. TETAPI!!! rasanya AuuuMMmmm... hehe.. saiko tekak yang sedang berdiet tu ekk.. you all yang nak berdiet tu, jom laa.. join i... kita lumba siapa paling banyak makan sup rebus! muahaha... sekarang ni LABEL KHAS UNTUK MENU BERDIET I DAH SIAPKAN KAT TEPI SEBARIS DENGAN MENU I YANG LELAIN TU.. so lepas ni kalau nak cari menu diet boleh ler KLIK kat situ ekk.. okay mulai sekarang ni.. kalau i masak sayur untuk menu berdiet.. i akan just tulis VERSI... bla.. bla.. bla... sebab mudahkan kerja i muahahaa.. susah nak bagi nama resipe yang main pakai cempak jerk tu ekk.. apa pun... seronok you berdiet ni.. think positive.. senyum selalu.. dan jika tekak tu teringin nak makan makanan yang manis atau berlemak tu silakan lah yer.. SEKADAR MENJAMAH.. jangan ko sama naik bersimpuh kat atas meja tu ekk.. aje memang tau! TAK MO! TAK MO! tak mo macam tu oke.. bersabar.. tahu tak..kalau badan kita besar melebihi had... kita akan mudah penat dan cepat lelah.. itu yang i hadapi sejak kebalakang ini.. so sekarang i tak nak lagi melepek macam hantu kopek ekk.. usia masih muda cewahh.. dan tahukah anda kalau kita tak jaga pemakanan kita... memacam penyakit bakal menghampiri kita.. so kenalah cegah dari sekarang.. i dulu jaga tentang pemakanan... dan sentiasa bersenam.. pastu tetiba selera i semakin MELAMPAU BATAS! (baca pelan-pelan.. semenjak ada blogs masakan ni ler) muaahhaaa.. dan hasilnya.. seluar dan baju bila di sarung dah jadi macam sarung nangka!! so meh! ler kita berdiet beramai-ramai.. i bukan pakar perunding untuk berdiet.. tetapi i jenis suka berfikir.. so gunakan idea kita yang ada tu.. dan manfaatkan bersama-sama yerk... tak terhikut diet kalau dalam buku tu ekk. ade ker dia sarankan makan lobak dan karot mentah cenggitu jerk! i manusia oke.. ada nafsu muahahaa.. TETAPI ITU LER YANG TERBAIK.. ikut nasihat pakar..(*DAN I BUKAN PAKAR JANGAN SALAH ANGGAP PULAK YERK...) SEGALANYA DENGAN CARAKU.... nasihat i nak ikut.. ikut.. tak nak ikut... tunggu dan lihat berjaya tak i menurunkan berat badan i yang naik mencanak 61.8 KG!!!! berat badan I masa bunting 6 BULAN TU OKE!!! *PENGSAN* dapat turun sekelo pun jadilah muahahaa..  i target 55KG in 1 MONTH.. kita tengok dan lihat nanti yaa.. i kalau nak buat.. i buat betul.. betul.. kalau makan pun sama.. i makan betul-betul dan tak pernah tipu! *pengsan berkali-kali*

JOM!! SALIN RESIPE!!
MENU DIET ~ SUP SAYUR REBUS VERSI (1)

1 biji bawang merah (kecil) ~ hiris
6 ulas bawang putih *i pencinta bawang putih kerana khasiatnya sungguh luar biasa* ~ hiris
1 batang pucuk celery ~ patahkan tiga
1 batang lada hijau ~ patah dua
1 cawan taugeh ~ buang ekornya
2 hiris tomato segar
600 ml air
1/2 sudu kecil serbuk ikan bilis *tumix*

Cara memasak : 
 Campurkan kesemua bahan-bahan diatas *kecuali taugeh* sehingga mendidih
sebelum di angkat masukkan taugeh dan tutup api.
hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ SUP SAYUR REBUS VERSI (1)
SLURRRPPPPPPPPPPP.... wah sedapnya!!! *menyedapkan hati* hahaa.. seriusly memang best!
makan nasi tu kurangkan dari portions yang biasa anda makan.. perlahan-lahan kurangkan dan akhirnya anda akan terbiasa.. hanya makan sup sayur tu sahaja.. Insyallah.. di mana ada usaha pasti akan ada hasilnya.. ~wallahualam~

AL ~ KISAH SI TONG SAMPAH!!! KLIK SINI >>>> TONG SAMPAH??? KENAPA??

TATA!!!


mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: SARAPAN DIET ~ CORNFLAKES KISMIS SUSU COKLAT RENDA...

mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: SARAPAN DIET ~ CORNFLAKES KISMIS SUSU COKLAT RENDA...: "SARAPAN DIET ~ CORNFLAKES KISMIS SUSU COKLAT RENDAH LEMAK Assalammualaikum... selalu sebut tapi dalam hati muaahaha.. selamat pagi semua!!!..."

SARAPAN DIET ~ CORNFLAKES KISMIS SUSU COKLAT RENDAH LEMAK


SARAPAN DIET ~
CORNFLAKES KISMIS SUSU COKLAT RENDAH LEMAK

Assalammualaikum... selalu sebut tapi dalam hati muaahaha.. selamat pagi semua!!! wah! dah masuk hari kedua ekk.. i berdiet.. bukan 'CRASH DIET' tetapi i berdiet dengan cara mengawal pemakanan. Seimbang dan pengambilan setiap makanan juga hanya sedikit sahaja, walaupun nasi.. kalau dulu 3 senduk! hah! ambik ko! sekarang tidak lagi.... *senyum pahit* now hanya makan 1 senduk.. dan perlahan-lahan nanti akan kukurangkan lagi portions nasi tu yerk.... *sedih* rileks laa.. sementara sahaja ni.. sok lusa.. dah turun 3 kg! kita pulun nasi bergoni-goni! muahaha.. TAK MO!!! TAK  MO!!! lepas ni nak kena kawal... usia semakin bertambah... kang macam2 penyakit mampir.. minta di jauhkan... okay sarapan kali ni mudah dan ringkas.. actually.. kalau i nak makan lebih pun tak pe.. sebab lepas sarapan i akan melakukan tugas di rumah ni ekk.. maklumlah.. orang dah tak ada PA... kesempatan inilah yang kuambil... menyapu, mengemop, memasak, berlari ke atas dan ke bawah... wah!!! good exercize! i like..:):) okaylah jom tengok macam mana nak sarapan yang ringkas tetapi tetap memberikan tenaga buat kita yang sedang berdiet ni ekk.. minum air masak jangan lupa! jangan tunggu haus baru minum... minum sentiasa oke..:)

JOM!!! TRY!!!

SARAPAN DIET ~
CORNFLAKES KISMIS SUSU COKLAT RENDAH LEMAK
1 Cawan cornflakes atau emping jagung
15 biji kismis hitam
1 1/2 cawan susu coklat rendah lemak

taburkan kismis di atas corn flakes
tuangkan susu coklat rendah lemak ke dalam mangkuk

TENGG!!! TARRAA!!!
SARAPAN DIET ~
CORNFLAKES KISMIS SUSU COKLAT RENDAH LEMAK
Amacam mudahkan tu???? rasa coklat tu.. waduhh.. kiranya memang tak kecur lepas ni tengok coklat yang bersusun dalam peti sejuk tu ekk.. selamat berdiet kawan-kawan...:):)
 JANGAN LUPA SINGGAH DI BLOGS LUAHAN HATIKU ITU... TEKAN SINI >>>> AL-KISAH SI BATANG MOP DAN SI PENCUCI LANTAI

TATA!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ