IKAN KEMBUNG BATU &TEMPEH GORENG GARING
IKAN KEMBUNG BATU &TEMPEH GORENG GARING
Aikk... Sha??? dah tak ada resipe ke nak share??? Ada ler tuu... dah tu Ikan Kembung Batu & Tempeh Goreng garing tu bukan resipe?? memang tau! Di pendekkan cerita hari ini, cerita pasal ikan goreng ler ni... tempeh tu tumpang interframe aje tu. Okay selalunya dan kebiasaannya kita goreng ikan, just bubuh kunyit serbuk atau rempah segera untuk goreng ikan. So hari ini I nak ler share resipe Ikan Kembung Batu tak keras pun macam batu??? nape namanya gitu ekk? Resipe ni simple dan cukup mudah aje ekk... bedah! Bedah tu jiran sebelah rumah I oke.. comel orangnya, rabun matanya hehehe... macam I. Okaylah malas nak cerita panjang lagi, resipe punyalah mudah, celoteh kemain lagi panjang lebar.
JOM SALIN RESIPE!
IKAN KEMBUNG BATU &TEMPEH GORENG GARING
- IKAN KEMBUNG BATU
YANG TAK KERAS MACAM BATU. - SEMESTINYA SEGAR DAN SIANG, CUCI BERSIH DAN TOSKAN
- KETUMBAR 1 SUDU BESAR (IKUT BERAPA BANYAK IKAN DI GUNAKAN)
- 3 ULAS BAWANG PUTIH (JIKA SUKA BOLEH TAMBAH)
- 1 SUDU BESAR SERBUK KUNYIT / KUNYIT HIDUP LAGI SEDAP
- TUMBUK LUMAT KESEMUA BAHAN
- AKHIR SEKALI BARU MASUKKAN SERBUK KUNYIT
- TAMBAHKAN SEDIKIT AIR JIKA TERLALU KESAT/PEKAT
- LUMURKAN BAHAN YANG DI TUMBUK TADI PADA IKAN
- PERAPKAN DALAM 10MIN
- PANASKAN MINYAK
- GORENGKAN IKAN YANG TELAH DI PERAP TADI SEHINGGA GARING
TEMPEH GORENG PULAK!
- BAKI REMPAH PERAP IKAN TADI TU, LUMURKAN PULA PADA TEMPEH
- SELEPAS GORENG IKAN, GORENGKAN PULA TEMPEH TU OKE! KAN KE JIMAT MASA DAN BELANJA!
TENGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!! TARRRAAAAAAAAAAAAA
TU DIA... DALAM SEKELIP MATA! IKAN KEMBUNG BATU DAN TEMPEH GORENG DAH SIAP!!! TINGGAL DI NGAP! SELAMAT MENCUBA EKK...
TATA!!!
Shahriah Abdullah Novelis
No comments:
Post a Comment