ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, January 25, 2011

GULAI IKAN SEMBILANG BONDAKU

TENGGG!! TARAA!!!

GULAI SEMBILANG BONDAKU
GULAI SEMBILANG BONDAKU
GULAI SEMBILANG BONDAKU
 Aduhai... rasanya dah bertahun tak makan gulai ikan sembilang ni ekk..
apa taknya semenjak Arwah Ayah meninggal rasanya tak jamah dah lauk gulai ni ekk..
hampir 4 tahun ada kot... nostalgia ler katakan..
semalam ke pasau tu yang ternampak ikan sembilang segau you baru naik dari laut...
terus ler beli, kebetulan bonda tersayang ada lagi dirumah ni ekk..
i pakse bonda i masak you...
so hari ini salah satu resipe adalah resipe dari air tangan bonda kesayanganku...
ko buat apa sha? tak tolong ke??
idak ler.. kata resipe bondaku..
i tengok aje sambil tulis resipe...hehe..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!

GULAI SEMBILANG BONDAKU
GULAI SEMBILANG BONDAKU
GULAI SEMBILANG BONDAKU

 
 BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 ekor ikan sembilang ~ siang dan rendam dengan air asam jawa selama 20 minit. cuci bersih dan toskan
  • *1 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *1/2 inci lengkuas
  • *1 batang serai
  • *1 sudu besar lada hitam
  • *25 batang lada kering
  • 1 biji bawang merah ~ hiris untuk menumis
  • 1 biji bawang putih ~ hiris untuk menumis
  • 1 sudu kecil ~ halba
  • 8 tangkai daun kesum
  • 1 genggam air asam jawa ~ jadikan 4 gelas air asam jawa
**BAHAN YANG BERTANDA DI KISAR SEHINGGA HALUS
CARA MEMASAK :
  • panaskan sedikit minyak. tumiskan bahan-bahan di hiris dan halba sehingga naik bau
  • masukkan bahan-bahan yang dikisar sehingga rempah benar-benar masak. api kecil sahaja.. lama-lama sikit semasa memasak rempah tu ekk
  • masukkan ikan sembilang, daun kesum dan air asam jawa
  • biarkan mereneh dengan api perlahan
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!! TARAA!!!

GULAI SEMBILANG BONDAKU
GULAI SEMBILANG BONDAKU
GULAI SEMBILANG BONDAKU
 
psst... memang syiok!
pstt.. seumur hidup i tak pernah menyiang ikan sembilang ni oke...
dek kerana bondaku tak percaya akan cara ku menyiang!
Pheww.. lega memang akok suke! heee...
selamat mencuba!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ