ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, January 14, 2011

KUIH KERIA COMEY-LOTEY

TENGGGGG!!!! TARRRRAAA!!!!!

KUIH KERIA COMEY-LOTEY
KUIH KERIA COMEY-LOTEY
KUIH KERIA COMEY-LOTEY
 
 BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 BUKU KELEDEK ~ REBUS BERSAMA SEDIKIT GARAM SEHINGGA EMPUK. ANGKAT DAN TOSKAN
  • 1 CAWAN TEPUNG GANDUM
  • SEDIKIT GARAM

CARA MEMBUAT :
  • LENYEKKAN KELEDEK SEHINGGA HANCUR
  • MASUKKAN SEDIKIT GARAM
  • ULI DAN GAUL RATA TEPUNG KE DALAM KELEDEK
  • ULI SEHINGGA MENJADI SEBUKU DOH. KEADAAN TEKSTUR TIDAK TERLALU KERAS DAN TIDAK TERLALU LEMBIK. ALA-ALA GITU EKK...
  • CEKUT SEDIKIT ADUNAN SEPERTI BOLA DAN LUBANGKAN DI TENGAHNYA. BUAT COMEY-LOTEY AJE SAIZNYA EKK.. KALAU BESAR GEDABAK GUPERNYA.. TOLONG TUKARKAN NAMA RESIPE... CONTOHNYA... KUIH KERIA BESAR GEDABAK!
  • HAH! TAK MO CAMTU EKK.. KERJA KENA HALUS... CEWAHH.. BARULAH COMEY-LOTEY MACAM I HUUHU!!
  • PANASKAN MINYAK
  • GORENG SEHINGGA WARNA BERTUKAR KEPERANGAN ATAU COKLAT! BUKAN RENTUNG OKE
GULA UNTUK SIRA :
  • 1/2 CAWAN GULA PASIR + 2 SUDU BESAR AIR
  • MASAKKAN GULA SEHINGGA LARUT DAN BERBUIH BARU MASUKKAN KUIH KERIA
  • GAUL RATA. ANGKAT DAN HIDANGKAN
 TENGGGG!!! TARRRAAAA!!!!

KUIH KERIA COMEY-LOTEY
KUIH KERIA COMEY-LOTEY
KUIH KERIA COMEY-LOTEY

 PSTTT... STRESS LER TU!
SELAMAT MENCUBA!!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ