ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, January 21, 2011

PUTERI MANDI

TENGGG!!! TARRRAA!!!!

PUTERI MANDI
PUTERI MANDI
PUTERI MANDI
 Hmmmm... satu lagi nama kuih minum petang yang menjadi tanda tanyaku sejak kecil sehinggalah bila dah remaje ni cewahhh.... anak dah bujang nak sebut remaje lagi ekkk...
ada sesiapa yang tahu kenapa nama kuih yang sesedap idak ni di namakan dengan nama puteri mandi???
semua tak tahukan... kan... kan...
ko tahu ke shasha???
tak jugak hehee..
udah ler biau ler nama kuih tradisional kita tu begitu sahaja ekk..
kita yang dah tahu cemana nak membikinnya... buat aje ler ekk.. ekk...
kuih ni punyalah mudah....
sengaja ku bubuhkan kelernya ala-ala jersey bola dari negara UGANDA hahaha...
kan ker cantik aje ekk...
okaylah...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
BAHAN UNTUK PUTERINYA DULU EKK...
  • 1/2 peket tepung pulut
  • bahagikan kepada 3 bahagian
  • 3 jenis pewarna yang anda suka 
  • air untuk menguli jadikan sebuku doh ekkk..
  • ahkirnya akan menjadi 3 jenis buku doh yang berlainan warna ketepikan dahulu
cara membuat puteri :
  • panaskan air sehingga mendidih dengan sehelai daun pandan.
  • ambil secubit doh dan di bulatkan lalu di leperkan di tengahnya
  • lalu di masukkan ke dalam air panas yang telah mendidih
  • rebus sehingga tepung timbul di permukaan dan toskan dengan penapis kecil sehingga habis ketepikan
CARA MEMBUAT KUAH MANDINYA :
  1. 1 buku kecil gula melaka
  2. 1/2 cawan gula
  3. 1 cawan kelapa parut ~ putihnya sahaja
  4. 1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT KUAH MANDINYA :
  • campurkan gula melaka dan gula pasir juga daun pandan masakkan gula sehingga larut
  • masukkan kelapa dan kacau rata
  • secubit garam dan masukkan puteri yang telah siap di rebus tadi tu ekk
  • kacau rata. angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAA!!!!

PUTERI MANDI
PUTERI MANDI
PUTERI MANDI
 
 amacam mudahkan!
mandi lagi susah nak kena sabun muka hehee...
yang ini main pakai cepuh aje cenggituh!
selamat mencuba!
TATA!!!!


Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ