ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, February 2, 2011

IKAN JAKET BERSELIMUT

Musim tengkujuh macam ni.. bukan kita sahaja yang berselimut kesejukan.. ikan pun sama jugak! masakan untuk keluarga kukongsikan kepada semua yang bertandang di blogs kesayanganku ini...

TENGG!!! TARRAA!!!

IKAN JAKET BERSELIMUT
IKAN JAKET BERSELIMUT
IKAN JAKET BERSELIMUT
molekkk.. aje ikan caru/jaket tu berselimut ekk..
hehee.. musim hujan ler katakan.. kiranya dapat ler idea.. selalu masak jugak macam ni, tapi kali ni kena ler dengan tajuk kita kat malaysia ni yang tengah musim hujan! hujan! hujan!
untung tak bersalji! tak cuke!! sejUkkkk.. lauk ni jugak adalah lauk paling pak habibi suka.. pendekkan cerita ler ekk.. ikan caru ni memang sentiasa ADA!!! dalam peti beku tu oke!
habis jerk.. eh esok ada lagi! kat pasar tak de! ehh.. minggu depan pak habibi stok untuk sebulan!
menci! menci! jemu! jemu! sayang punya pasal i masak jugak oke bedah! (bedah jiran i heeee...)

JOM!! SALIN RESIPE!!
IKAN JAKET BERSELIMUT
 BAHAN-BAHANNYA :
  • 6 ekor ikan caru/ikan jaket sebab tak buang kulit yang keras tu ek (goreng terlebih dahulu sehingga masak)
  • 1 sudu besar asam jawa dan jadikan 1 cawan air asam jawa
  • daun sadri dan bawang untuk hiasan
  • **BAHAN-BAHAN YANG BERTANDA DI KISAR HALUS
  • *1 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *1 inci lengkuas
  • *1 batang serai
  • *25 batang cili kering
  • *2 sudu kecil belacan bakar
 CARA MEMASAK :
  • panaskan minyak didalam kuali
  • tumiskan bahan-bahan di kisar sehingga garing
  • masukkan air asam jawa
  • masukkan gula dan garam
  • renehkan sehingga kuah pekat
  • tuangkan kuah atau sambal di atas ikan yang telah di goreng
  • hidangkan!!
TENGG!!! TARRAA!!!

IKAN JAKET BERSELIMUT
IKAN JAKET BERSELIMUT
IKAN JAKET BERSELIMUT
 
 wah! dah siap tu.. lepas makan jangan berselimut pulak hehe..
kalau nak ajak suami berjalan jangan ko masakkan lauk ni aje memang tak jadi ler berjalan tu nanti! berselimut manjang hahaa!
selamat mencuba!!
HIDANGAN KAMI SEKELUARGA TENGAHARI TADI!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ