ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, February 16, 2011

TURKEY PASTRAMI OREGANO PIZZA

 
TURKEY PASTRAMI OREGANO PIZZA

Feels like in Rome right now babeh... cewahhh.. Cewahhh.. Ewahh.... Ewahh... Mukadimah nak kena power sket! amboihhh.. masa i membakar pizza yang rasanya langsung tak sama macam PIZZA HUT tu oke! really.. really taste like Italian Pitza! I tell you Hah! wah.... you all nak kena cuba oke, jangan asyik membedal pizza yang kat Pizza hut tu aje... rasanya cenggitu aje ekk.. rasa macam Pizza Hut ler.. hah! try yang ini dah ler simple seidaknya... rasanya i tell you... later oke!
 
JOM!! SALIN RESIPE!!! 
TURKEY PASTRAMI OREGANO PIZZA

kiTA mulakan dengan roti dulu atau pizza crust :
 
  • 500gm tepung gandum/ tepung roti
  • 50gm mentega
  • 2 sudu besar gula
  • 200ml susu segar
  • 1/2 peket yis kering
  • 1 biji telur
Cara Menyediakan :
  • Campurkan tepung, mentega dan yis kering sehingga sebati
  • gaul rata yis kering dan bulatkan di tengah pecahkan telur dan campurkan dengan susu segar. campurkan susu segar sedikit demi sedikit sehingga sebati
  • jadikan sebuku doh dan uli seperti membuat roti
  • rehatkan sebentar sehingga doh naik sekali ganda
gunakan loyang leper khas untuk membuat pizza..  shasha guna loyang leper yang besar sebab memang suka buat pizza besar gedabak dan saiz ini tidak terdapat di pizza hut oke! dulang/loyang yang 4 segi tu i buat pizza untuk crust yang nipis dan garing!

selepas di leperkan adunan doh ke dalam dulang pembakar... cucuk-cucukkan dengan garfu bagi mengelakkan ianya naik menggelembung macam belon! hehe.. tak mo ekk.. pastu bakar sekejap di dalam oven suhu 180'c selama 7-8 minit angkat dan ketepikan

SOS STEWED TOMATO WITH OREGANO :
 Bahan-bahannya :
  • 1 tin HUNTS STEWED TOMATO (ADA DI PASARAN)
  • 2 batang fresh Oregano Herbs ~ leraikan dari batangnya
  • 2 biji bawang holand/kuning ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih ~ potong dadu
  • 1/2 cawan olive oil/minyak jagung
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • 1 peket mozarella cheese
 
  •  2 paket TURKEY PASTRAMI  ~ HIRIS DUA
Cara membuatnya :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali Turkey Pastrami
Cara menyediakannya/LAngkah Terakhir :
  •  Letakkan sos Stewed Tomato di atas roti pizza sehingga rata
  • susunkan Turkey Pastrami di atas sos
  • taburan dengan mozarella cheese dan bawang kuning yang di potong jika suka
 bakar di dalam oven dengan suhu 200'c selama 10-15 minit atau sehingga cheese cair

TENGGG!!! TARRAAA!!!
TURKEY PASTRAMI OREGANO PIZZA
 Amacam????? nampak aje susahkan????
i dah kira total kos.... jika di bandingkan dengan PIZZA HUT i tell you.......
 jimat belanja! jimat tenaga tak perlu nak menunggu pesanan! tak perlu make-UP untuk keluar makan pizza hehe.. segalanya mudah kalau kita sangka mudah! yer tak???
 selamat mencuba!!! i selalu jugak masak pizza... sebab anak-anak i suka pizza... nanti i share lagi ekk...
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ