ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, March 16, 2011

BUBUR PULUT HITAM


BUBUR PULUT HITAM

AL-Kisah tentang si bubur pulut hitam...:):):) YANG..... pertama sebab baru memborong gula melaka dan pulut hitam di Pasar Besar Awam Melaka... tu gambar di bawah tu sebagai bukti! ciwahh.. cewahh... kengkonon berdrama ler ni hhee..

yang berbentuk GELAS... DAN JUGA...
Berbentuk tayar! hehe....

 Gula Melaka Asli telah ku borong untuk Stok 3-4 bulan!
Dan juga beberapa punjut Pulut Hitam ku sangkutkan ke telinga anak dara kerempengku sebelum ku bungkus dan ku bawa pulang! hehe... nak tahu lebih lanjut berapa harga semua bahan-bahan yang cukup asli dan murah tu Tekan di sini >>> GULA MELAKA & PULUT HITAM sekarang...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
BUBUR PULUT HITAM



Bahan-bahan yang di perlukan :

1 peket pulut hitam (350gm) ~ rendam dalam 2 jam kemudian toskan dan rebus sehingga empuk. Setelah empuk toskan dan ketepikan sebentar
1/2 biji gula melaka
2 sudu besar gula pasir (kurang atau lebih sila sesuaikan rasa)
1 biji kelapa ~ perah santan 500ml + ketepikan dalam 100ml untuk bahagian atasnya
sedikit garam
1helai daun pandan ~ ikat

Cara Memasak :

Campurkan santan ke dalam pulut hitam yang telah di rebus sehingga empuk. 
masukkan gula melaka dan gula pasir dan kacau rata.
masukkan sedikit garam dan daun pandan.
Tenggekkan di atas api dan sentiasa di kacau. Anggaran gula larut dan pulut hitam telah sebati, angkat dan hidangkan!
Curahkan sedikit santan pekat yang di ketepikan 100ml tadi yang telah di campurkan dengan sedikir garam dan di masak sebentar. sedia di hidangkan panas atau sejukkan di dalam chiller terlebih dahulu!

TENGGG!!! TARRAA!!!!
BUBUR PULUT HITAM


BUBUR PULUT HITAM


Mudah aje kan.... jangan lupa cuba yaa.. masukan dalam chiller.. sejuk2 makan pun sedap! slurrpppp.....:):):)


TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ