PUDING PELAM
SLURRPPP..... aduhaiii.. kecur betullah nengok pelam muda kat atas tu.... masam-masam manis giteeewww... ada ler tinggal sedikit baki beli >>> klik ler sini >>> PASAR BESAR AWAM MELAKA BEST! masih banyak lagi... beberapa hari lepas dah buat MANGO PUDING.. pelam harum manis yang Bonda beli tu kan.. so yang ni i buat guna pelam biasa aje.. tapi rasanya waduhhh!!! lebih enak dan lemak, masam manis dan lazat dan puzat! hehee.... resipe tetap sama macam PUDING MANGO tu.. cuma tukarkan sahaja dengan PELAM.... rasanya lebih enak kot.. sebab lebih masam sedikit.. you all mesti cuba... tauu....:):)
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
PUDING PELAM
Bahan-bahannya :
1 peket agar-agar (gunting kecil-kecil masa untuk memasak lebih singkat)
1600ml air paip
250gm gula pasir
1 tin susu cair + 350gm pelam yang telah di dadu (*Lenyekkan bersama *separa hancur)
sedikit garam
1 sudu besar perasa mango
1 sudu besar pewarna kuning
acuan
CARA MEMASAK DAN MENYEDIAKANNYA :
Rebuskan agar-agar dan air paip, kacau sentiasa sehingga agar-agar larut.
Masukkan gula dan kacau lagi sehingga gula larut.
masukkan garam dan juga susu cair dan pelam yang telah di lecek.
kacau sehingga sebati, masukkan perisa mango dan perwarna kuning. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
Masukkan di dalam acuan. Masukkan di dalam chiller sehingga set dan taburkan dengan pelam yang di dadu.
sedia di hidang!!
TENGG!!! TARRAAA!!!
PUDING PELAM
Slurpppp.... memang syiok!!!
Selamat mencuba kawan-kawan..:):)
TATA!!
No comments:
Post a Comment