ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, April 28, 2011

LEMAK NANGKA PUCUK UBI


LEMAK NANGKA PUCUK UBI

Wah! lama tak makan lauk lemak nangka kan... hari ni i masak lauk lemak nangka... diet ke tak ni?? uishh.. masih diet... kawal makan lagi ni... sesekali makan lauk berlemak apasalahnya... pulak dah reti mengayuh basikal... semalam 2km... petang nanti tambah sikit lagi... agar terbakor segala lemak yang berkumpul tu muahahaa... okaylah... apa yang lainnya lauk lemak nangka i kali ni?? yer ada pucuk ubi... dan i campurkan dengan tulang-temulang Cik Puan Ayam... enak dongs!

JOM!! SALIN RESIPE!!
LEMAK NANGKA PUCUK UBI

BAHAN DI KISAR :

1 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh lada hitam

BAHAN-BAHAN LAIN :

400gm nangka muda ~ rebus sehingga empuk dan toskan
secekak pucuk ubi ~ rebus sehingga empuk dan toskan
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1 batang serai titik
1 biji kelapa ~ perah 2 kali santannya

400gm tulang ayam

CARA MEMASAK :

Tumiskan *bahan-bahan kisar sehingga naik bau
masukkan ayam dan goreng bersama bahan-bahan kisar sehingga garing sedikit
masukkan santan dan renehkan sehingga tulang ayam masak/empuk
masukkan nangka dan pucuk ubi
masukkan daun salam dan daun limau
renehkan sehingga santan agak pekat dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
LEMAK NANGKA PUCUK UBI
mudah aje tu kan???
baru update BLOGS PENULISANKU.... NAK TAHU CENDERAHATI APA UNTUK SEMUA DI PWTC????? KLIK SINI >>> KHAS BUAT SEMUA...:)
TATA!!!


Wednesday, April 27, 2011

KACANG PANJANG GORENG TEMPEH

KACANG PANJANG GORENG TEMPEH

Pun masakan simple jugak.... sibuk menjadi penyebab.. dalam sibuk macam mana pun.. memasak perkara wajib... tak boleh serahkan pada PA, tak aci... hehe... walaupun simple... rasanya tetap enak! tak ada cacat dan celanya pun tau... tak percaya cuba.. jimat masa, jimat tenaga, jimat belanja.. cukup bulan... shopping manjang hehhee... itu aje ler ekk..:):) tu ler namanya pompuan YouUuu...:)

JOM!! SALIN RESIPE!
KACANG PANJANG GORENG TEMPEH

Bahan Hiris

1 biji bawang merah *saiz sederhana
4 ulas bawang putih
1 batang lada merah

Bahan Lain :

7 batang kacang panjang ~ potong 1 inci
1 keping tempeh ~ potong dadu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu perisa ikan bilis *tumix

CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
gorengkan tempeh sehingga keperangan, masukkan *bahan di hiris sehingga naik bau
masukkan serbuk lada sulah dan perisa ikan bilis
masukkan sayur dan gaul rata, goreng sehingga kacang panjang bertukar warna
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!
KACANG PANJANG GORENG TEMPEH
 MUDAH JE TU KAN???
besar pahala masak untuk suami, ibu dan anak-anak dan juga keluarga... ~renung-renungkan~ *tips untuk ikhlas memasak... senyum dan tenangkan hati...:)

TATA!!


SUP GEAR BOX SIMPLE

SUP GEAR BOX SIMPLE

Sangat simple.... sangat mudah... sangat SEDAP!!!! kalau tak percaya cuba!

JOM!! SALIN RESIPE!!
SUP GEAR BOX SIMPLE

Bahan kisar :
2 biji bawang merah *saiz besar
7 ulas bawang putih
3 inci halia
1 peket serbuk rempah sup *adabi

Bahan Lain :

2 kg tulang gear box ~ rebus sehingga empuk dan ketepikan

daun sadri dan bawang goreng untuk tabur
sambal cili kicap

CARA MEMASAK :

campurkan *bahan-bahan kisar ke dalam periuk bersama tulang gearbox dan kuah rebusan tulang
renehkan sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan rasa
angkat dan taburkan bersama daun sadri dan bawang goreng dan juga cili kicap!

TENGG!! TARRAA!!!
SUP GEAR BOX SIMPLE
 Makan bersama roti perancis dan nasi memang TERBAIK!!!

TATA!!!


Monday, April 25, 2011

ROTI PISANG

ROTI PISANG
PERGHH... bau roti pisang tu semasa di keluarkan dari oven... memang HARUMMM... i tell you... rasanya??? waduhh.... memang simple dan enak i tell you all jugak ekk... nak tahu rasanya macam mana.. kena ler try.. ni kira resipe main pakai campak dan tebor aje.. menjadik jugak! heee.. apa nak buat.. kita yang buat dia.... must try!

JOM!! SALIN RESIPE!!
ROTI PISANG

BAHAN UNTUK ADUNAN :
200 gm tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh garam
100ml susu segar
1 biji telur
5gm serbuk yis kering/ibu roti
120gm gula perang
cup cakes
chocholate chips
1 sudu besar perisa oren

6 biji pisang nipah masak ranum ~ lenyek sehingga hancur

CARA MENYEDIAKANNYA :

campurkan susu segar, telur, yis kering, perisa oren dan gula ke dalam tepung gandum dan kacau sehingga sebati
masukkan pisang dan gaul rata
masukkan 2 sudu besar ke dalam cup cakes
taburkan coklat chips *jika suka
biarkan sebentar selama 20 minit 
kemudian
bakar dengan suhu 200'c selama 20 minit atau rupa roti keperangan

TENGG!! TARRAA!!
ROTI PISANG
SIMPLE.. ENAK DAN CUTE!
MUST TRY..:)
TATA!!



SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM

SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM

SIMPLE. SEDAP. CEPAT! tu dia... i kalau goreng sayur... jangan harap nak guna rencah bebanyak.. simple dan mudah aje... kerana rasa tiap sayur tu ada keistimewaannya yang tersendiri... goreng pun jangan lelama.. campak dan angkat! makan semasa panas-panas! memang the best! I LOVE VEGE!!

JOM!! SALIN RESIPE!!
SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM

1 ikat sayur sawi putih ~ potong dan asingkan dari batangnya
1 biji bawang merah * saiz sederhana ~ hiris
5 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang lada merah
2 sudu besar sos tiram
sedikit minyak bijan
1 sudu teh serbuk ikan bilis *tumix

CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan bawang merah, bawang putih, lada dan batang sawi sehingga naik bau
masukkan sedikit air, sos tiram, serbuk ikan bilis dan gaul rata
masukkan daun sawi dan renjiskan dengan sedikit minyak bijan
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!
SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM
TU LAA.. namanya resipe awet muda... cepat dan ringkas tetapi khasiatnya SUPERB!!

tata!!!


MEE HOON SUP

MEE HOON SUP
Rasanya... inilah photos masakan i yang tak cantik dan tak menarik langsung! bukannya tak ada mood.. tapi i masak mee hoon sup... campurkan mee hoon terus dalam sup dalam kuali.... so nak kena cepat... tak nak mee hoon tu kembang... cewahh alasan! muahaa... actually.. dah tak sabar nak makan! hehee... masa memasak tu... ramai pulak tetamu yang datang.. so semuanya beratur celah dapur.. tuang dan senduk ke dalam mangkuk... lepas sorang.. sorang... penghabisannya.. tinggal saki baki! muahahaa.. jadi ler ekk.. yang penting ada resipe untuk you all cuba.. dan gambar tu anggaplah hanya sebagai pemangkin... you all untuk memasak dan mencuba.. apa agaknya rasa resipe i kali ni.. macam biasa... tetap simple tetapi... LICIN! SEKELIP MATA!!!! i tell you!

JOM!! SALIN RESIPE!!
MEE HOON SUP

BAHAN DI KISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 peket serbuk rempah sup *adabi

BAHAN LAIN :

1 ekor ayam ~ potong 24
AIR

1 peket mee hoon ~ rendam terlebih dahulu
1 ikat daun sawi
2 cawan taugeh
2 biji tomato
1 peket cendawan
1 batang karot

*daun sadri dan bawang goreng untuk tabur

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali *besar
tumiskan *Bahan-bahan kisar sehingga naik bau
masukkan ayam dan gaul rata
masukkan air dan renehkan sehingga ayam empuk
setelah ayam empuk masukkan mee hoon dan  kesemua sayur
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan serta-merta!!

TENGG!! TARRAA!!!
MEE HOON SUP

SEDAP!!!

SELAMAT MENCUBA!!


TATA!!


Sunday, April 24, 2011

APAM PISANG

APAM PISANG
Dah lama tak share sarapan pagi... hari ni hari minggu... santai di rumah sahaja... kerana masih banyak lagi kerja penulisan tak selesai... bila nak selesai?? entahlah..... macam pendek aje masa... berebut dan terkejar... Alhamdulillah... hampir 75% selesai sudah.. lagi 25% tu... esok lusa ler pulak yerk.. so hari ni i memang sengaja nak mengupdatekan kEsemua BLOGS i yang ada kat tepi tu... kerana.... PERTENGAHAN BULAN MEI.... AKAN SEPI.... SEPI... huk.. huk... nanti ler i story kat you all ekk.. sekarang ni moh! ler kita memasak dulu....:):) ni baru sarapan pagi... tengahari nanti i nak masak MEE HOON SUP AYAM.. nanti i share jugak dengan you all ekk.. tanda hormat dan sayang ler tu....:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!
APAM PISANG 

BAHAN-BAHANNYA :
8 biji pisang nipah *masak ranum~lenyek sehingga hancur
400gm tepung gandum
150gm gula perang
5gm yis kering *atau setengah peket
3 cawan air *cawan khas menyukat bahan
sedikit garam
 
kelapa parut + gula + sedikit garam *untuk tabur/cicah

CARA MEMASAK :

Campurkan tepung gandum, gula perang, sedikit garam dan air kacau rata
masukkan pisang yang telah di lenyek dan kacau rata
biarkan selama 20 minit
Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tuangkan satu senduk adunan dan masak sehingga kedua-dua belah bahagian keperangan
angkat dan hidangkan bersama kelapa parut!

TENGG!! TARRAA!!
APAM PISANG 
MUDAH AJE TU KAN...
TUNGGU RESIPE MAKAN TENGAHARI NANTI EKK...:):) CERIA SELALU.. MUAHH..:)

TATA!!

BURUNG PUYUH BERLADA

BURUNG PUYUH BERLADA

Assalammualaikum!!!! Apa khabar semua.. amboi rasanya lama menyepi wall resipe i ni ekk.. rindu rasanya nak berkongsi kepada semua... walaupun resipe yang i masak simple sahaja... tapi niat nak berkongsi kepada semua tu membuak-buak umpama air paip dalam baldi hehee... okay.... maaf ler sesangat memang sedang sibuk ya hamfunn.. memacam yang ku bikin.. memasak tak pernah missed... cuma tak masukkan resipe dalam blogs aje... macam tak cukup masa.. tapi hari ni i gagahkan juga... luangkan sedikit masa... masukkan juga resipe untuk kengkawan yang rajin singgah di blogs kesayanganku ini.... jangan lupakan i tau.. Insyallah dengan izin NYA ada kelapangan pasti akan ku kongsikan kepada semua.... Insyallah...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!
BURUNG PUYUH BERLADA

BAHAN DIKISAR :

25 tangkai cili kering
1 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas

BAHAN-BAHAN LAIN :

10 ekor burung puyuh ~ cuci bersih, lumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam~gorengkan separa masak, angkat dan toskan
3 helai daun limau purut ~ mayang
air, gula dan garam

CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan *BAHAN-BAHAN DI KISAR sehingga garing atau rempah masak
masukkan sedikit air, gula, garam dan gaul rata
masukkan burung puyuh dan daun limau purut
renehkan sebentar dan tutup kuali dan biarkan selama 10 minit
gaul rata, sesuaikan rasa, setelah burung empuk
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRRAA!!!
BURUNG PUYUH BERLADA 
Sebenarnya i jarang memasak burung puyuh di rumah, sebab gengs kurang gemar. Terima kasih buat dak shelly my beloved sista... dia yang bagi burung puyuh tu.. rezeki jangan di tolak.. 'ORANG MEMBERI KITA MERASA' apalagi i masak makan reramai... memang best!
selamat mencuba!!!


TATA!!!


Thursday, April 21, 2011

IKAN KERISI GORENG KICAP

IKAN KERISI GORENG KICAP

Tak nampak pun ikannya??? muahaa... yer ler laa.. sedang sibuk ler katakan.. mana dapat sempat snap, snap aje.. dah tak kira angle mana yang oke ke tak.. walau sibuk macam mana pun... i mesti nak share dengan you all apa i masak hari ni ekk... gambar pun terkonteng-konteng jerk sekeping i bubuh, mengejar waktu ler katakan... Insyallah segalanya akan kembali normal....:):):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
IKAN KERISI GORENG KICAP

3 ekor ikan kerisi *saiz besar potong dua *GORENG TERLEBIH DAHULU
1 biji tomato ~ belah dua
daun sadri untuk tabur
2 cawan kicap lemak manis

Bahan DI HIRIS :

2 biji bawang merah *saiz besar ~ potong bulat
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai ~ titik

Bahan-bahan lain :

1 inci kayu manis
2 biji bunga lawang
1 tangkai lada merah ~ belah dua
1 tangkai lada merah ~ belah dua

CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dengan sikit minyak, tumiskan *Bahan hiris sehingga layu
masukkan *bahan-bahan lain dan kacau rata
masukkan ikan dan renehkan sebentar, sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!
IKAN KERISI GORENG KICAP
 MUDAH AJE TU.... JANGAN LUPA JENGAH BLOGS I YANG LELAIN TU YER.. I TAK AKTIF DI FACEBOOK.. TAPI AKAN SENTIASA UPDATE KESEMUA BLOGS YANG I ADA KAT TEPI TU.. INSYALLAH JIKA ADA KELAPANGAN... SEGALANYA AKAN KEMBALI NORMAL... ~WALLAHUALAM~

TATA!!


Wednesday, April 20, 2011

KARI TETEL DAN KENTANG

KARI TETEL DAN KENTANG

Aduhaiii.. kari tu tak per lagi... tetel tu yang tak tahan tu hah! kaya dengan lemak.. perghhh.. memang enak i tell you! apa nak buat i sorang jer yang berdiet.. gengs yang lain tidak... i tukang masak.. yang lain tukang makan! boleh giteewww??? boleh aje.. kita buat dia yer tak?? yer kan aje ehee...:):) 

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI TETEL DAN KENTANG

1/2 kg daging bertetel ~ rebus sehingga empuk
3 biji kentang ~ belah 4
600ml santan pekat

BAHAN HIRIS :

1biji bawang merah *kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kayu manis
1 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari

BAHAN DI KISAR :

10 tangkai cili kering
1 biji bawang merah *besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu besar rempah kari *ADABI

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak di dalam periuk
tumiskan *BAHAN HIRIS sehingga naik bau
masukkan *BAHAN DI KISAR sehingga garing
masukkan kentang dan kacau rata
masukkan santan dan renehkan sebentar atau sehingga kentang empuk *sentiasa di kacau
masukkan daging tetel dan renehkan sehingga kuah agak pekat dan kentang empuk
sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
KARI TETEL DAN KENTANG
MAKAN DENGAN LEMPENG KELAPA PUN SEDAP!!!

SEKARANG NI SEDANG SIBUK.... ESOK LUSA BILA DAH SELESAI SEMUANYA.. AKAN KEMBALI AKTIF DENGAN PELBAGAI RESIPE MUDAH DAN BEST! SABAR YAA...:):)
SAYANG KAT YOU ALL.. MUAHHH...:):)

TATA!!!


Tuesday, April 19, 2011

NAGA SARI PANDAN

NAGA SARI PANDAN
Naga pakai Sari???? Ish.. Ishh... pejamkan mata sekejap.... bayangkan gimana guper si Naga tu hehee... udah ler ekk.. apa pun kuih Naga Sari ni memang ler simple dan enak rasanya.. Dak Amin memang suka betul kuih Naga Sari... dari kecik...sampai laa dah besau panjang ni... so petang tadi terajin ler sikit.. buatkan dalam 20 keping.. 8 keping hantar rumah jiran... saki-baki kami sosah! muahaha.. dan resipe i share dengan you all ekk.. ekk...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
NAGA SARI PANDAN

BAHAN-BAHANNYA :

10 biji pisang nipah ~ belah dua
20 helai daun pisang ~ siat dan lap dan layurkan di atas api

BAHAN A

2 cawan tepung beras *Cawan khas untuk menyukat bahan2 kuih
4 cawan santan pekat
7 sudu besar gula pasir *tambahkan gula jika suka manis
sedikit garam
1 sudu kecil perisa pandan

CARA MEMASAK:

campurkan kesemua BAHAN A
kacau rata *jangan berketul *tapis jika perlu
tenggekkan di atas dapur dengan api sederhana
sentiasa di kacau sehingga *bahan-bahan A pekat dan kental
tutup api dan sejukkan sebentar

CARA MENYEDIAKAN :

ambil sehelai daun pisang
ambil satu sudu besar adunan yang telah sejuk
ambil sekeping pisang yang telah di belah dua dan letakkan di tengahnya
bubuh lagi satu sudu besar adunan dan bungkus daun pisang seperti membuat lepat
KUKUS SELAMA 15-20 minit
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!!
NAGA SARI PANDAN
SLURPPP..... PANAS SEDAP!!! SEJUK LAGI SEDAP!!!

TATA!!!


NASI GORENG SEA-FOOD MAGGIE

NASI GORENG SEA-FOOD MAGGIE

Nasi goreng.... segalanya termudah dan ringkas! namun rasanya... Superb!!! MUST TRY... sedang sibuk dengan tugasan PENULISAN... kalau i tak share di wall FACEBOOK... cari aje di blogs ni yaa... INSYALLAH akan di masukkan resipe... JIKA ADA MASA....:):) segalanya akan kembali normal...:)

JOM!! SALIN RESIPE!!
NASI GORENG SEA-FOOD MAGGIE

2 pot beras ~ masak, peroikan dan sejukkan terlebih dahulu
4 batang daun bawang ~ hiris
300gm sotong
300gm isi udang
2 biji telur di kocok
3 peket maggie perisa ayam ~ rebus sehingga kembang dan asingkan rempahnya

BAHAN DI TUMBUK :

2 biji bawang merah 
5 ulas bawang putih
9 tangkai cili padi 

CARA MEMASAK :

panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan bahan-bahan *DI TUMBUK bersama rempah ayam maggie sehingga naik bau
masukkan sotong dan udang dan masak sehingga empuk
masukkan telur yang telah di kocok dan masukkan nasi
gaul rata, sesuaikan rasa, masukkan daun bawang 
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!!
NASI GORENG SEA-FOOD MAGGIE
 YUMMY!!! YUMMY!!!
UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG... UNTUKMU YUNA.... KLIK SINI >>> UNTUKMU YUNA....


TATA!!


Monday, April 18, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG COMEY DAN PETAI

SAMBAL TUMIS UDANG COMEY 
DAN PETAI
HEPP!! jangan ingat udang comey dalam sambal tu.. biasa-biasa sahaja... LUAR BIASA I TELL YOU ALL EKK.. nak tahu kenapa??? kerana udang tu baru sahaja naik dari laut.. semalam Pak Habibi dan Isterinya.. i ler tu hahaa.. telah menunggu para Nelayan pulang dari laut... ku tunggu.. ku tunggu.... wah!!! udang FRESH!!! udah ler FRESH... MURAH PULAK TU! bayangkan 1 KG lebih.. hanya RM7!!!! itulah namanya REZEKI...:):) Petai pulak Interframe.. udah ler malas nak cerita lagi hehe..

JOM!! SALIN RESIPE!!
SAMBAL TUMIS UDANG COMEY 
DAN PETAI
 
BAHAN DI KISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
30 batang cili kering
1 sudu teh belacan

BAHAN-BAHAN LAIN :

udang segar 1/2 KG
2 biji bawang merah ~ potong bulat
4 sudu air asam jawa
2 papan petai ~ buang kulitnya
gula dan garam

CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
Tumiskan *BAHAN-BAHAN KISAR sehingga naik bau dan rempah masak *api sederhana sahaja
masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa
masukkan udang dan petai kacau rata
masukkan bawang potong dan pekatkan sedikit kuahnya
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!
SAMBAL TUMIS UDANG COMEY 
DAN PETAI 
 SEDAP!!!!

TATA!!



MENU DIET ~ SUP SAWI DAN CENDAWAN

MENU DIET ~ SUP SAWI DAN CENDAWAN

MAsih diet lagi ni.... bila berdiet ni lah... makan sayur tu lebihkan lagi.... usah di tumis... rebuskan sahaja..memang best! slurrrpp.... kan kuah tu ekk... kunyahkan sayur tu banyak-banyak... nasi???? kurangkan yer... ingat semasa berdiet jangan sekali-kali makan nasi tu berulamkan lauk yang enak-enak tu... aje memang tak cukup ler jawabnya... dan penghabisannya.. tambah lagi sesenduk nasi.. dan tambah lagi.. DIET ke mana... lepas tu menyesal... berkorban sikit.. hasilnya pasti... Pheewwwiiitt.... hehee...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
MENU DIET ~ SUP SAWI DAN CENDAWAN

Bahan di HIRIS :

3 ulas bawang putih ~ titik dan potong dadu
1 biji bawang merah *saiz sederhana

BAHAN-BAHAN LAIN :

1 sudu kecil serbuk ikan bilis *tumix
sayur sawi
cendawan
tahu kering dan sohoon *rendam terlebih dahulu
800 ml air

CARA MEMASAK :

Campurkan air dan juga *BAHAN HIRIS dan juga batang sawi
renehkan sehingga mendidih masukkan serbuk ikan bilis
masukkan sohoon dan tahu kering 
masukkan kesemua sayur-sayuran
sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ SUP SAWI DAN CENDAWAN 
 SIMPLE DAN ENAK!!! I TELL YOU!!!

TATA!!!


Sunday, April 17, 2011

ASAM REBUS IKAN KERISI SEMPOI

ASAM REBUS IKAN KERISI SEMPOI

Amacam??? sempoi tak??? muahaha.. memang ler sempoi.. bukan kehabisan idea... sebab nak cepat.. banyak urusan YouUuu.. tapi tugasan sebagai tukang masak di rumah ni huhuhuu.. TIADA ALASAN oke! so masak yang sempoi dan simple sahaja.... yang penting... IKHLAS... ENAK DAN SEMESTINYA.. gengs di rumah tak makan di luar sana.. JEMU-JELAK dah! apa pun.. sibuk macam mana pun... MEMASAK ITU WAJIB di dalam hidupku... cewahhh.. ewahhh.. ciwahhh...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
ASAM REBUS IKAN KERISI SEMPOI

BAHAN DI KISAR HALUS :

1 biji bawang merah *besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai lada merah
1 tangkai lada hijau
5 batang cili kering
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1 sudu kecil belacan

BAHAN-BAHAN LAIN :

2 keping asam gelugor
1 biji buah tomato ~ belah dua
2 ekor ikan kerisi *besar
air secukupnya

CARA MEMASAK :

Campurkan *BAHAN-BAHAN DIKISAR bersama air dan renehkan di atas api sehingga mendidih
masukkan asam gelugor
masukkan ikan dan buah tomato
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!!

TENGG!! TARRRAA!!!
ASAM REBUS IKAN KERISI SEMPOI
 SEMPOI DAN SEDAP!!! I TELL.. yOUuUU.. OKE... MUST try! SEKARANG SEDANG BUSY TERAMAT.. KALAU I TAK PAPARKAN DI LAMAN FACEBOOK CARI AJE DI BLOGS NI YAA.. INSYALLAH AKAN SENTIASA DI UPDATE!!


TATA!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ