ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, April 6, 2011

CARU LEMAK CILI API


CARU LEMAK CILI API
WAHHHH!!! ikan caru laaa.. ikan fav Pak Habibi ni ekk.. hari ni masakkan lemak cili api berapi i tell you all ekk... simple but deli.. and but.... i tak boleh hirup atau simbah kuah lemak cili api tu kat pinggan i ekk.. sebab i tengah berdiet.. ikan tu ko makan sebanyak tidak tak per... tak de sesiapa pun nak marah... nasi tolong sikit sahaja.. sekarang ni i dah start makan nasi hanya 2 sudu sahaja.. hampeh! tul! sabor.. kalau nak berdiet.. diet betul.. betul.. lepas tu bila dah tinggal rangka.. baru ler ko cekik! sebanyak tidak muahahaa... *sila jangan tiru tips ini* muahahaa.. okaylah.. salin resipe tu yerk... tukarkan dengan ikan lain pun boleh... tambahkan belimbing pun boleh.. tapi stok belimbing kat pokok malas nak petik hehee....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
CARU LEMAK CILI API

Bahan-bahan di TUMBUK :

2 inci kunyit hidup
15 batang cili padi

Bahan-bahan lain :

3 ekor ikan caru ~ potong dan cuci bersih
4 biji tomato ceri ~ belah dua
2 helai daun limau purut ~ siat
1 batang serai ~ titik
400 ml santan pekat
5 batang cili padi untuk tambahan  *tak perlu di tumbuk

Cara Memasak :

Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama santan, serai dan daun limau purut ke dalam kuali
masukkan ikan caru dan renehkan dengan api perlahan sehingga ikan masak *sentiasa di kacau
masukkan tomato ceri dan cili padi, sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
CARU LEMAK CILI API
 Lemak cili api mesti pedas dan berapi, santan harus pekat! baru namanya lemak cili api oke...:):) selamat mencuba kawan-kawan..:)
Baru update blogs luahan hatiku... sila klik di sini >>>>>  
PRINCESS NELLYSHA WAKIL PERTANDINGAN BERPUISI BAHASA CINA

TATA!!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ