ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, April 2, 2011

MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ


MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ

WAH!!! ADA NASI LAA... muahaha.. siapa cakap diet tak boleh makan nasi???? makan aje.. tak de sesiapa yang nak marah.. tengahari ni i berani masak nasi goreng.. sebab sekejap lagi i nak menjengkit.. gi ke pasaraya mencari barang sedikit... i dah kira masa tu kalau berjalan sepanjang mencari barang tu... hujung ke hujung lebih kurang 1500 meter jaraknya.. kalau tiga tingkat??? wahhhh!!! boleh makan nasi! muahaha.. *poyo* ehh! betul tau.. kalau nak makan makanan yang kaya dengan karbohidrat boleh.. bukan tak boleh semasa berdiet.. nak kena ler bersenam.. keluarkan peluh.. bakar lelemak yang ada tu betul tak??? so kengkawan kalau you all sedang berdiet tu... jangan risau..makan nasi tu.. TAPI JANGAN LER bebanyak sangat.. MESTI DI CETAK NASI TU EKK.. macam yang i buat tu... i cetakkan nasi goreng tu.. hanya sesenduk sahaja... tu pun tak penuh tau... ku tekan-tekankan.. pastu potongkan buah tomato dan jadikan ulam masa mengunyah nasi tu.. gerenti kenyang lah! so yang berdiet tu... kalau nak menjengkit ke mana-mana tu.. hari ni hari makan nasi goreng sedunia muahaha... nasi goreng sayur oke...:):) MINUM BANYAK AIR MINERAL.... gerenti sepanjang berjalan tu nanti peluh akan menyimbah-nyimbah keluar ekkk.. ke tandas pun yer jugak! wahhh.. banyak betul excersize kita hari ni ekk.. *INGAT i bukan pakar diet oke.. main hentam ikut cara i.. tapi hasilnya... *senyum*

JOM!! SALIN RESIPE!!
MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ
sayur kobis panjang ~ hiris
kobis bunga ~ hiris
celery ~ hiris
karot ~ hiris
lada hijau
nasi putih ~ leraikan *jangan bergentel tak sedap*

1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
7 ulas bawang putih ~ hiris *i love garlick*
3 batang sosej ayam ~ hiris
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil perencah ikan bilis ~ *sha guna tumix*
minyak bijan
minyak jagung
sedikit garam

*daun bawang dan tomato*

Cara memasak :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak bijan. kesemua bahan-bahan di atas kecuali nasi
Gaul rata dan apabila karot agak lembut masukkan nasi putih
kacau rata, renjis sedikit minyak bijan, lada sulah dan sesuaikan rasa!
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
MENU DIET ~ NASI GORENG SAYUR BERSAMA SOSEJ
 INGAT PENGAMBILAN NASI GORENG ISTIMEWA... KHAS KERANA SEBENTAR LAGI AKAN MELAKUKAN XCersize... berjalan kaki...:):) kalau tak berjalan tu.. sila kurangkan nasi tu oke.. sekadar merasa udah ler ekk.. kata diet.. pengorbanan amat di perlukan..:):)
selamat berdiet!! 

TATA!!




No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ