ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, June 14, 2011

ASAM PEDAS SELAR SAWI KIMCHI


ASAM PEDAS SELAR SAWI KIMCHI

Sawi Kimchi???? Yer tuan-tuan dan Cik Puan-puan... sawi kimchi pernah dengar??? kalau sesiapa yang pernah ke Jepun atau menonton cerita Korea kat TV tu hah... yer tu ler sawinya... sawi asin tahu??? yer betullah tu... tapi yang i masukkan dalam Asam pedas tu ialah sawi yang masih segar dan belum lagi di awet untuk dijadikan sawi asin ataupun kimchi. Asalnya ke pasaraya... sedang tertinjau-tinjau mencari sayur tu... adalah sorang Mak Cik ni tau... dia terus cakap cenggini... "sawi ni kalau masukkan dalam asam pedas memang best!" wahhh!!! dapat lagi satu ilmu.. so i pun beli ler dalam sepokok... memang pahit sayur sawi tu tau.. tapi bila dah di masak dalam Asam pedas... perghhhh.. i tell you... memang sedap!!! tak percaya cuba! *sentiasa bermusim*

JOM!! SALIN RESIPE!!!
ASAM PEDAS SELAR SAWI KIMCHI

BAHAN-BAHAN KISAR :

1 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu besar belacan bakar
25 tangkai cili kering

BAHAN MENUMIS : *HIRIS*

1 biji bawang merah *saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba

BAHAN-BAHAN LAIN :

3 ekor ikan selar *saiz sedang
1 pokok sawi pahit
1 genggam asam jawa *jadikan 5cawan air*

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan tumiskan *Bahan-bahan menumis sehingga naik bau. Masukkan *bahan-bahan kisar dan renehkan sehingga bahan masak atau pecah minyak *api sederhana
masukkan air asam jawa dan batang sawi dan didihkan
masukkan ikan selar dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRRAA!!!
ASAM PEDAS SELAR SAWI KIMCHI

jiran i pun cakap SEDAP!!!

TATA!!!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ