ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 28, 2012

Bubur Barli

BUBUR BARLI




Assalammualaikum.. wahhh pepagi kala i dah update blogs resipe i kan kan... bila ada kelapangan tu.. share lah apa yang ada.. ilmu yang baik apa salahnya di manfaatkan bersama kawan-kawan yer tak.. sesungguhnya i ikhlas dan tiada niat lain... kepuasan yang tidak terhingga bila dapat share resipe dengan you all tau tau...*ala-ala macam buat rancangan memasak gituh!* pitam....
okay kali ni i bikin bubur barli.. memang jarang... jarang sekali i masak bubur barli rasanya dah bertahun-tahun tak masak.. semenjak arwah Ayah tiada -Al-Fatihah-

Dulu masa hayat Arwah Ayah ada dia selalu rebus barli sehingga kembang lepas tu di buatnya pengat.. manissss sangat pengat barli yang Arwah Ayah buat.. tapi sedapnya jangan cerita.. memang terbaik!!! so kali ni bila i bikin hanya... manis-manis buah aje... resipe pun main pakai agak-agak aje.. so kalau you all nak cuba nanti adjust ler sendiri yaa.. sekadar memberi idea. Okay khasiat barli ni memacam ada... tapi i share sikit ajelah yaa.. antaranya...


*credit to googles* Okay gambar di atas tu lah ruper barli tu yerk.. kaya dengan khasiatnya.. sedap pulak tu... bila di rebus sampai empuk... bila di gigit.. kenyal-kenyal gitu.. ehh suka betullah... :)))


Khasiat Barli :


Berfungsi untuk pembinaan setiap sel dan saraf di samping menjadi batu asas kepada pembinaan kod genetik insan. Diperlukan oleh sistem metabolisme lemak dan menjadi mineral penting bagi pembinaan tulang-tulang.
- Mencegah seseorang dari menghidap kanser, meningkatkan sistem pertahanan badan dan membantu mencegah serangan penyakit jantung. Ia juga mengurangkan gejala-gejala bagi penyakit asma dan radang sendi.
- Zat logam yang diperlukan bagi pembinaan tulang, hormon seks dan faktor pembekuan darah. Berperanan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat, penyerapan kalsium, pengawalan kadar gula dalam darah dan proses pertumbuhan saraf dan otak.


* Dan macam-macam lagi khasiat yang ada pada barli kalau nak tahu lebih lanjut nanti sila ler layari Google yaa..*

BUBUR BARLI

300gm barli - rebus sehingga empuk *jangan buang airnya
100gm gula kastor
sedikit garam
1 helai daun pandan
200 ml santan cair

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan renehkan sehingga sebati rasa dan bau pandan tu.
Angkat dan hidangkan, panas atau sejuk

TARRAA!!!

BUBUR BARLI


Slurrppp... sedap you! simple and easy..
selamat mencuba!!!

TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ