NASI KEKACANG
BERSAMA
MEAT BALL CHEESE
& ACAR NENAS
Assalammualaikum... biasalah hari jumaat mesti i masak special sikit buat keluarga tersayang... al-maklumlah semuanya ke masjid menunaikan solat Jumaat kan kan... i suka bila anak-anak i balik dari Masjid aje terus berbunyi cenggini... "Wow! Momma smells good!" hah! itu yang buatkan i lebih bersemangat nak memasak yang lecehh sikit tang tiba hari Jumaat tu yerk... puas jugak mencari idea apa yang nak ku masak tengahari Jumaat tu yerk.. pulak Pak Habibi solat dari pejabat tak balik rumah tengahari tadi.. hahaha!!! ini ler peluang nak memasak lain macam sikit.. hubby i tu tak suka lauk yang ada tomato paste.. jadi peluang keemasan ini tidak ku lepaskan! terus lerr... bukak almari yang di penuhi dengan ramuan bertin... ada memacam... so ada kacang pis dan kacang kuda dalam tin... hari tu borong di kedai Turki... ada separuh daging kisar... stok mozarella dan cheddar cheese sentiasa ada dalam peti sejok tuu... lama tak buat meat balls cheese... ada pulak nenas dalam tin... maka terciptalah.....
NASI KEKACANG
BERSAMA
MEAT BALL CHEESE
& ACAR NENAS
Kita masak nasi kekacang dulu ler yerk...
BAHAN A :
1 tin kacang kuda *cuci bersih toskan
1 tin kacang pis *cuci bersih toskan
BAHAN B :
2 pot setengah beras *cuci dan rendam sebentar*toskan
sedikit garam
1000 ml air rebusan ayam
BAHAN C :
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak jagung
2 helai bay leaf
1 biji bawang holland *dadu
3 ulas bawang putih *dadu
1 cm halia *hiris
1 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
10 tangkai cengkih
2 biji buah pelaga
1 batang celery *dadu
CARA :
Tumiskan *Bahan C sehingga naik bau dan layu
Masukkan *Bahan B dan renehkan sehingga mendidih.
Anggaran nasi hampir mengering.
Masukkan *Bahan A.
Tanak sehingga nasi masak.
TARRAA!!!
NASI KEKACANG
Sedap! bau harumm... lemak kacang kuda dan pis tu aduhai memang peace Yo! kata anak-anak i ekk.. tak muak ekk sebab i tak bubuh susu cair..:))
MEAT BALL CHEESE
BAHAN A :
400 gm daging kisar
1/2 sudu kecil cayenne paper
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh lada hitam *corsed
1 sudu teh serbuk parsley
1 sudu teh serbuk mint
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
CARA :
Gaul rata kesemua *Bahan-bahan A sehingga sebati dan perapkan sebentar.
dengan minyak sedikit bulat-bulatkan perapan daging kisar dan gorengkan sebentar *sekadar kekuningan.
angkat toskan dan ketepikan sebentar.
Untuk sos :
1 biji bawang holland *dadu
4 ulas bawang putih *dadu
1 batang celery *dadu
1 cm halia *hiris
2 sudu besar tomato paste
4 biji buah tomato * dadu
2 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
200 ml stok air rebusan ayam
CARA :
Tumiskan bahan-bahan di atas sehingga naik bau.
masukkan sedikit air dan renehkan sehingga kuah pekat.
Masukkan daging dan renehkan sebentar, sesuaikan rasa.
sendukkan ke dalam mangkuk
taburkan mozarella cheese dan bakar dengan suhu 200'C selama 10-15 minit!
TARRAAA!!!
MEAT BALL CHEESE
yUMMMyyYYY... OKAY...:)))
ACAR NENAS
1 tin nenas *potong 4
1 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
1/2 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1/2 sudu teh biji sawi
1 tangkai lada merah *hiris
1 tangkai lada hijau *hiris
gula pasir
garam
cuka
CARA :
Tumiskan bahan-bahan potong sehingga naik bau. masukkan nenas, cuka, gula dan jus nenas.
Renehkan sehingga kuah pekat dan hidangkan!!
TARRAA!!!!
NASI KEKACANG
BERSAMA
MEAT BALL CHEESE
& ACAR NENAS
NASI KEKACANG
MEAT BALLS CHEESE
ACAR NENAS
TERBAIKKKK....:)))) LEPAS MAKAN TERUS MATA KUYuUUuuuuUUUuuu aje YoUuuUUuuuuu....
selamat mencuba!!!
P/s sorry kalau ada yang tertinggal... bukan mudah yaanggg nak mengedit gambor dan edit resipe... so yang mana tak sebut tu pepandai ler you all adjust ya Cayangg..:)))
TATA!!!
1 comment:
cheese tu...haih,.lately ni banyak cikwan makan cheese.. makin bam2 dah ni kak sha..tak berapa bleh kawan dah dengan cheese.. =( tapi geram la tgk cheese kak sha tu! mintak ckittttt.....
Post a Comment