ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, August 15, 2012

Biskut Setitis Kasih


Assalammualaikum.. :)

Wahhh ni betul-betul mood nak menyambut raya ni ekk :D
Sebab apa tau.. sejarah dalam hidup i semenjak bergelar blogger inilah pertama kali seumur hidup i..
mengupdate N3 di bulan puasa... biasanya masuk aje hari puasa yang ke 8 aje i dah langsung tak jengah blogs atau FB, tu pun kalau bukak cuma cek email.. ehh berlainan betullah tahun ni.. nak tahu sebab apa?
sebab you all laa.. semenjak dah reti BW dan reti mengunjung balas di rumah kengkawan semua.. hah!
kawan pun dah semakin bertambah wahhh mood pun semakin bertambah-tambah lagi youuu :D


Okay biskut kali ini i dapat idea dari Novel i yang ke 3 di terbitkan pada tahun 2007..
nak tahu pasal apa?
:D meh kita sembang sat noo... :))


dalam banyak-banyak biskut i tahun ni.. inilah biskut yang paling mudah sekali nak kukerjakan..
apa taknya.. dah bancuh... peramkan sejam dalam peti sejuk..
hah! lepas tu terus ku cubit-cubit guna jari jerk..
memula tu guna sudu KECIK.. ehhh dah lelama..
apa kata pakai cubit je giteewww awwww ;))


buat 2 adunan... punyalah muai cik adik dan cik kak oii..
masa nak membakar pun alahaiii.. senang aje..
cempakkan dalam oven.. tak sampai 15 minit..
TINGG!!! dah siap....
ehhh... ingatkan dah selesai.. gatal pulak tangan ni.... :))


nama pun Biskut Setitis Kasih
terus ler ku titiskan dengan cekelat masakan..
hah dah tu, sekejap aje kering
terus masukkan dalam balang!
dah selesai... :)
serius langsung tak berpeluh youuu :D
tapi sepanjang mencubit bagai tu kan..
dalam hati mengeluh jugak...
bilalah nak selesai nih! :))

Biskut Setitis Kasih


BAHAN-BAHANNYA :

  1. 250 gm mentega 
  2. 210 gm gula aising
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu teh vanilla
  5. 100 gm tepung kastard  { ayak bersama
  6. 100 gm tepung jagung {ayak bersama
  7. 140 gm tepung biskut  {ayak bersama
  8. 120 gm serbuk hazelnut {ayak bersama
  9. 2 cubit garam halus {ayak bersama
  10. 1/2 sudu kecil emplex *perangup biskut* {ayak bersama
  11. 150 gm badam cincang *yang panjang-panjang tuuu :D
  12. 100 gm badam dadu *hah yang ni yang jenis dadu tu yaa :D
  13. Coklat masakan untuk titisan di atasnya



CARA :

  1. Putarkan mentega, gula, garam dan telur sehingga kembang atau gula hancur/larut.
  2. Masukkan perisa vanilla dan putar sebati.
  3. Masukkan badam cincang dan badam dadu kemudian kacau sebati.
  4. Masukkan tepung dan bahan-bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan jadikan sebuku doh *jangan di uli* sekadar menjadi sebuku doh.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Setelah itu mulalah mengambil sedikit adunan ala-ala secubit manja giteew :-D
  7. Panaskan ketuhar dengan suhu 150'C selama 10 minit.
  8. Mulalah membakar selama 10-15 minit atau keadaan bawah biskut agak kekuningan.
  9. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu, barulah titiskan dengan coklat masakan. Lakukan sehingga selesai.
  10. Setelah itu masukkan di dalam balang! 


 Biskut Setitis Kasih


punyalah mudah... lemak dan rangup sangat you!


ada rasa coklat...
bila di kunyah waduhh punyalah banyak badam dalam cookies tu..
mau tak menitis air mata...
tu yang namanya Biskut Setitis Kasih


dapat dua balang besar...
dah tinggal sebalang setengah! hebatkan :D
bayangkan kalau i buat biskut dua minggu lepas...
gerenti tinggal serbuk badam tu jerk.. dan juga balang kosong jangan dilupa :D


Sekarang ni i tengah sibuk mengemas kinikan ruang dapur dan ruang tamu utama... perabot lama dah habis kucat semuanya :D
nak tahu macam mana rupanya.. Insya~ALLAH soon akan kukongsikan buat teman semua... tahun ini tiada perabot baru.. langsir pun tak tukar baru sebab nak tukar kereta baru.. Insya~ALLAH... psst lepas raya nanti baru beraya dengan kereta baru... wahh kononnya giteewwww :D

Sekian jumpa lagi...

Assalammualaikum... ;)

TATA!!

9 comments:

Norzie hany said...

Mesti sedapkan Sha,tahun depan la cuba,nak buat skg dah tak sempat lg.

~~zana@pb~~ said...

setitis kasih la pulakkkk....mcm2 sha ni..

ibh_sue said...

Walaupun setitis ja kasih..Tp sbb sekut tu dibuat dgn kasih sayang..Kompem sedap kan..Hehehhee...Macam2 ja nama biskut akak ni tau..hee

~azillakhalison~ said...

haaa,sekarang zilla tgh bace novel seribu rindu untukmu..wah2 macam ensem je si "muzz" yu hehehe...

kak entri utk akak :)



http://azillakhalison.blogspot.com/2012/08/ga-kak-shahriah-masterchefrezeki-no-3.html

Gee® said...

Salam lebaran Sha...

kkida @ 1001resepi said...

salam dear,
rajinnye sha buat biskut raya....setiap hari kkida tengok ada je idea sha...mesti sedap kueh raya hasil air tangan sha ni...nanti raya kkida nak datang ye...nak rasa masakan sha...hehe...:)

Emma said...

Kak SHa, ni dah bukan setitis lagi ni, dah bertitis-titis biskut ni, nampak macam mudah jer nak buat biskut ni, kena cuba ni....

zuwaidah said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...kita ni dah tak sempat nak komen apa dah..kelam kabut ni guna PC orang hihihhi...jaga diri ya dan semoga bergembira selalu.

Nur-nba said...

Rajinnya Kak Sha.. Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga.. :)

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ