Assalammualaikum... :)
Selamat Tengahari semua teman-teman... ;) Macam mana dengan header baru i tu? hehee..... terima kasih kepada teman-teman yang sudi memberikan komen... tq so much... :D
cayang sangat kat you all semua... :)
Semalam punya kisah ler ni ekk..
Awal pagi i dah ke pasar bersama Pak Habibi, Bonda dan Nellysha.. ke pasar kami.. tujuan utamanyalah...
Ehhhh.... tetiba boleh melenconglah pulak! :))
sebelum ke pasar sarapan dulu roti canai kat kedai mamak!
lepas tu ke kebun bunga Nursery!
Bonda ada di rumah i.. tu ler yang best!
semakin bersemangat i nak menanam pokok bunga!
Bonda suka bunga ros.. so bonda borong lebih 6 jenis spesis bunga ros khas untuk Taman bunga mini
Petang cikit nanti i share kat blogs hobi i tu ya.. gi mana guper pokok bunga ros yang bonda belikan i tu, tq so much bonda...
Psstt i dah tunjuk header baru i kat bonda pagi tadi...
Bonda menyengih.. suka ngko aii... ;)
lepas tu baru ke pasor :D
boronglah ikan dan ayam untuk stok 3 hari...
singgah gerai menjual sayur..
nampak ada pelam muda. Belum sampai lagi kat gerai tu akak jual sayur tu dah teriak!
"Dik! ada pelam muda dik! baru petik!"
maka ku borong sekelo pelam muda :))
Tanya bonda nak di apakan ekk pelam muda tu?
i dah sesah 3 bijik! cecah dengan kicap dan gula.. FuyooH :D
Bonda cakap.. dulu masa zaman dia kekanak riang.. Arwah atok i selalu masak kari pelam muda... so i masaklah hari ni...
Kari Tenggiri Mempelam Muda :D
BAHAN-BAHANNYA :
2 biji pelam muda *belah dua tak perlu kupas kulit
2 biji buah tomato *belah 2
5 batang lada hijau *belah 2
1 pelepah daun kari *daun sahaja
700 ml air
gula dan garam
minyak
BAHAN TUMIS :
2 sudu besar rempah kari
2 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
2 inci halia *hiris
1 batang serai *titik
4 tangkai cili kering *potong 2
1 sudu besar rempah campur *ada dipasaran *biji sawi, halba, jintan kasar, jintan manis *lebih kurang macam tu laa :D
CARA :
Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau atau bawang layu.
Masukkan air dan renehkan.
Masukkan buat tomato dan mempelam muda, renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan dan sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan!
TARRAA!!!
Kari Tenggiri Mempelam Muda
Aromanya... perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Sambil memasak i berbuallah dengan bonda kesayangan i tu..
Bonda cakap.. masa zaman kekanak riang dia dulu.. inilah lauk yang mereka akan makan kalau musim panas! makan dengan nasi panas-panas atau ubi rebus! Perghhhh sedapnya... kata bonda i... :D
Jangan lupa gorengkan ikan masin dan sambal belacan..
padanan yang sangat sesuaiiii <<< sesuaiiiii tu sengaukan cikit ehh... :D
Sekian sahaja... Insya~ALLAH petang nanti i nak share satu resipi baru di dapur i lah..
apa teewww???
sabar ya.. jumpa petang nanti...
Assalammualaikum..
TATA!!
5 comments:
Waalaikumsalam....
wahhhhh.. sedapnya kari tenggiri boh pelam muda lagi.. bukan senang nak jumpa camni melainkan kena masak sendiri kat dapor sendiri kan.. hmmmm lama dah tak makan pajeri pelam muda ni.. uwaaaa.. dap nye...
Betul Tu Jassnani... masak sendiri baru Umph! kat kedai makan susah nak cari.. walaupun musim pelam bukan main lagi hehe.. tq so much yaa ;)
Amboi sedap giler kari ikan ngn pelam.. woooiitttt terliuqqq air liurrrr.. heheheheee..
Assalamualaikum Sha,
ingatkan salah masuk rumah tadi he he hehh... nampak sangatlah macam lama tak kunjung ke sini ye Sha hihihii... rumah baru, resepi pun sodap oooo... kecur liur dibuatnya.... dahlah belum makan lagi ni...!
HAAAA...NI PULAK LAUK MINGGU LEPAS BALIK UMAH MAK KITE..TAPI MAK MASAK IKAN MASIN IKAN DURI MASAK LEMAK.KETAK PELAM MUDE...OUHHHH XCUKOP NASIK KAKKKK
Post a Comment