ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, January 14, 2013

Siakap Sweet Sour Sambal Belacan


Assalammualaikum... selamat sejahtera teman baru dan lama..

Yaa... bersua kembali kita di dapur maya i yang ala-ala je ni kan.. :D

Okay kali ini i nak share satu lagi resipi yang sangat simple.. resipi yang terhasil dari geledahan peti sejok yang di kemas kini...

Maka terjumpalah saki-baki sambal belacan yang tersimpan rapi dalam tupperware kecik.

Jangan sekali-kali di buang.. satu pembaziran tu namanya.. boleh dijadikan satu resipi enak untuk keluarga kita tu yaa..

Kebetulan ada Ikan siakap..
 terus ler i buat sweet sour.. dan terciptalah...

Siakap Sweet Sour Sambal Belacan       


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan siakap saiz M      } cuci dan lumurkan bersama tepung jagung, sedikit garam dan serbuk lada sulah. perapkan selama 15 minit. Panaskan minyak goreng dan ketepikan.

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang holand         } dadu
4 ulas bawang putih          } dadu
3 cm halia                        } dadu
1 batang cili merah           } belah dua dan potong 3
1 batang cili hijau             } belah dua dan potong 3
4 sudu besar sambal belacan


BAHAN LAIN :

minyak
100 ml air
gula dan garam secukupnya
1 sudu kecil minyak bijan
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya
3 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato     } belah 4

CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan *Bahan Tumis* sehingga naik bau.
  2. Masukkan air dan renehkan.
  3. Masukkan buah tomato, daun ketumbar, minyak bijan, serbuk lada sulah dan lada hitam, sesuaikan rasa.
  4. Setelah kuah agak pekat. Angkat dan tuangkan di atas ikan.  
  5. Siap di hidangkan!           

TARRAA!!!

Siakap Sweet Sour Sambal Belacan 
 
Sekejap je dah siap! :D
Masa makan tu yang lambat.. asyik berbual je kan kan... :)

Selamat mencuba... Jumpa nanti!

Jaga diri... Assalammualaikum..

TATA!!

2 comments:

Phong Hong said...

Sedap! PH pun kadang-kadang ada sambal belacan yang menyorok dalam peti ais. Nak cuba resipi ni sebab sangat menyelerakan.

faa.rosli said...

ini 1 kelainan...kne try ni...

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ