ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, March 22, 2011

KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA


KARI MASALA IKAN TENGGIRI 
BERSAMA PELAM MUDA

Muahahaa... dek kerana pelam muda yang masih berlubur dalam bakul tu.. maka terciptalah... masakan yang main pakai anggar aje rasanya.. tak dapat ku bayangkan.. akhirnya setelah berjaya di masak.. baunya.. aduhaii.. mengancam habis! rasanya??? masam-masam, lemak ikan tenggiri tu... rasa rempah masala yang... yang.. entah macam mana nak ku terangkan... you all kena ler cuba yaa... memang tidak menghampakan i tell you! no santan at all.. so resipe ni bebas dari kolestrol oke..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KARI MASALA IKAN TENGGIRI 
BERSAMA PELAM MUDA





3 biji pelam muda ~ hiris selebar jari

 1 biji lada hijau ~ belah dua
1 tangkai daun ketumbar ~ hiris
1 biji buah tomato ~ belah dua
4 keping ikan tenggiri
1 helai daun limau purut ~ siat
1400 ml air

**BAHAN TUMISAN (1)
8 tangkai cili kering *biar setangkai-setangkai
2 batang serai ~ titik
1 inci halia ~ potong batang mancis
1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris
2 batang daun kari ~ leraikan dari batangnya
1 hiris lengkuas

BAHAN TUMISAN (2)


1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil halba
1 inci kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
2 sudu besar REMPAH MASALA **ADA DI PASARAYA

CARA MEMASAK :



Panaskan sedikit minyak. Tumiskan *BAHAN TUMISAN (1) DAN TUMISAN (2) sehingga layu dan REMPAH MASALA sehingga garing.
Masukkan air dan biarkan mereneh sebentar.

Masukkan ikan tenggiri dan pelam muda, dan juga bahan-bahan lain. 
Renehkan dengan api sederhana sehingga ikan masak.
Angkat dan hidangkan!!!

TENGGG!!! TARRAAA!!!

KARI MASALA IKAN TENGGIRI 
BERSAMA PELAM MUDA





Yummmyyy!!! memang best!!! you all mesti cuba... sekarangkan musim pelam muda.. mudah nak dapat.. so cuba resipe ni memang syiOK!!!


MENU TENGAHARI 22 MARCH 2011 :

BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH
KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA
KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR
SAMBAL BELACAN, IKAN MASIN DAN ULAMAN

Selamat menjamu selera kawan-kawan...:):)
 
**MUNGKIN SELEPAS 2-3 HARI NI **GAMBAR TAK AKAN BANYAK MACAM NI EKK.. TETIBA DAPAT PULAK SATU PROJEK PENULISAN MEGA.. CEWAHH.. SO AGAK BUSY SELEPAS INI.. YANG PENTING RESIPE AKAN SENTIASA DI UP DATE SEPERTI SELALU.. HANYA GAMBAR AKAN BERKURANGAN.. TQ...:):)

TATA!!!


KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR


KERANG GORENG BERLADA 
DAUN KETUMBAR

Ketemu lagi kita dengan Cik Kerang ekk.. khasiatnya memang bagus.. dengar ceritanya lah.. bagus untuk orang yang kurang darah macam i.. ehh.. yer ker??? kalau makan terlebih nanti tak ke naik darah??? hahhaa.. apa pun hari ni i masak simple jugak dan lagi, lagi musim hujan renyai aje ni ek.. mood pun slow aje.. mata kuyu jerk.. tinggal 70 darjah! haaa.. okey kali ni i goreng kerang tetap bersambal macam selalu cuma i buh daun ketumbar sebanyak tidak! bau dan rasanya memang best! tak percaya kena ler cuba oke..:):) dah tu jerk.. ada lagi resipe yang nak di masukkan dalam blogs kesayangan i ni ekk..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KERANG GORENG BERLADA 
DAUN KETUMBAR

Bahan-bahan yang di perlukan :


1 kg kerang segar ~ cuci bersih dari segala kotoran dan toskan
4 pokok daun ketumbar ~ hiris
1 cawan sos tomato

Bahan-bahan DIKISAR :

1 biji bawang merah (besar) 
6 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 batang serai
20 tangkai cili kering
1 sudu besar belacan

Cara Memasak :


Panaskan minyak. Tumiskan *bahan-bahan yang telah di kisar sehingga garing.
masukkan kerang dan daun ketumbar dan juga sos tomato
sesuaikan rasa. Masak sebentar sehingga kerang terbuka *tutup dengan penutup kuali.
Angkat dan hidangkan!!

TENGGG!! TARRAA!!!
KERANG GORENG BERLADA 
DAUN KETUMBAR


Dah siap dah!!! senang aje tu kan?? rasanya memang syiok i tell yoU!!! must try oke..:):)



MENU TENGAHARI 22 MARCH 2011 :

BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH
KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA
KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR
SAMBAL BELACAN, IKAN MASIN DAN ULAMAN

Selamat menjamu selera kawan-kawan...:):)

TATA!!!


BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH


BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH

Wah.. wah.. cewahh.. ewahh... tajuk resipe kali ni bukan main lagi ekk.. Basah segala! hahaa.. dah tak ku tahu nak ku bubuh dengan nama apa... nampak simple dan sememangnya i kalau memasak apa jua jenis sayur semestinya simple.. kerana sayur dah ada rasanya yang tersendiri.. lainlah kalau masak lauk lemak yer tak?? okay lauk ni biasa sahaja.. cuma i tambahkan air lebih sedikit, jadi tak ler kering.. so basah.. basah aje giteeeww... okay dah tu jerk.. lain tak de dah kot! hahaa.. sebab i akan menonyeh lebih panjang lebar di segmen lain nanti cewahhhhh... gaya mesti ada You...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH

Bahan-bahan yang di perlukan :


1 ikat sayur bayam ~ siang dan rendam bersama air garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
2 biji petola ~ buang kulit dan hiris
1 ikat sohoon ~ rendam


1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang lada merah ~ hiris
1 biji kiub ikan bilis *knoor
200 ml air

Cara Memasak :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris sehingga layu. 
Masukkan kiub ikan bilis dan air, reneh sehingga mendidih, masukkan sohoon dan sesuaikan rasa.
masukkan petola dan biarkan empuk terlebih dahulu baru masukkan sayur bayam. kacau rata.
Angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!! TARRAAA!!!
BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH

Basah aje kan.. sedap Youu.. pulak hujan gerimis di luar sana.. aduhaii.. sambal belacan dan ikan masin jangan di abaikan oke!!!


MENU TENGAHARI 22 MARCH 2011 :

BAYAM DAN PETOLA GORENG BASAH
KARI MASALA IKAN TENGGIRI BERSAMA PELAM MUDA
KERANG GORENG BERLADA DAUN KETUMBAR
SAMBAL BELACAN, IKAN MASIN DAN ULAMAN

Selamat menjamu selera kawan-kawan...:):)

TATA!!!



UBI REBUS GORENG BAWANG PUTIH


UBI REBUS GORENG BAWANG PUTIH


AL-Kisah si ubi rebus... terus ku gorengkan bersama bawang putih... almaklumlah kalau Bonda ada di rumah ni.. sarapan pagi dia mesti ubi rebus cicah dengan sambal tumis... i??? sorry i tak berapa suka ubi rebus.. agaknya dah jemu kot hahaa.. My PA Neng Naya dia tahu dah.. i memang tak akan makan ubi rebus... so awal-awal lagi dia akan ketepikan sedikit ubi rebus tu untuk i... dan.... kisah bersambung hehee...:):)

JOM!!! BUAT!!!
UBI REBUS GORENG BAWANG PUTIH

Bahan-bahannya :

1 biji ubi rebus (*saiz kecil) ~ direbus sehingga empuk dan toskan. Potong kecil-kecil *seperti gambar di atas.
4 ulas bawang putih ~ tumbuk lumat
sedikit garam

Cara Memasak /Menggoreng :

Gaulkan Ubi yang telah di rebus bersama bawang putih dan sedikit garam. 
Panaskan minyak dan benar-benar panas.
Masukkan ubi dan goreng sehingga warna bertukar keperangan.
Angkat dan hidangkan!!

TENGGG!!! TARRAAA!!!
UBI REBUS GORENG BAWANG PUTIH

Satu piring kecik tu i makan sorang aje oke.. my fav...:):) you all mesti cuba.. ada lagi resipe ubi rebus goreng.. i share yang ni dulu oke..:)


Kisah petang semalam... selepas Pak Habibi pulang dari pejabat, dia ajak Makan masakan Sea-food.. dan gambar di atas itu adalah pemandangan dari restoran tempat kami menjamu selera.. later i share di blogs sini >> BEST MAKAN SAKAN!



**Tunggu tengahari nanti i share resipe yang simple tetapi tetap menyelerakan untuk kawan-kawan semua...:):)

TATA!!!



Monday, March 21, 2011

MUSH MELLOW CAKE YOMMY YOMMY

MUSH MELLOW CAKE YOMMY YOMMY


MUSH MELLOW CAKE YOMMY YOMMY



Aduhaiii... geram betul tengok Mush Mellow tu kan.. kan.. SO SWEETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!! alahaiii comey betul!!!! suka benor i hari ni ekk.. keler mush Mellow tu yang buat i Mellow.... dan hampir-hampir bello! haha... ada jerk kan... kan.. kiranya kisah bersambung ler ni ekk.. hari tu kan masa berjalan sakan Ke Jusco... jalan-jalan cuci mata dengan gengs di rumah ni.. masuk dari satu kedai, ke satu kedai... ternampak ler kedai menjual coklat dan tid-bids yang bermacam jenis tu.. so dekat situ ada ler satu corner yang jual Mush Mellow!!! dengan rasa dan pelbagai warna dan juga bentuk.. apa lagi borong ler sakan.. sambil mengunyah tu dah pasang angan-angan dah.. nanti nak ku bikin sesuatu dengan CIK MOMEY MUSH MELLOW tu ekk.. dan hari ini janjiku telah terbukti.. i tell you... MUSH MELLOW CAKE YOMMY YOMMY memang ler YOMMY.. okeh! dan juga rasa garing mush mellow apabila di bakar di dalam kek coklat... ada pulak kismis dan kacang walnut di dalamnya.. waduh! 9 kali pengsan i tadi tau! hahaa... gurau jerk... okay kengkawan.. resipe ni i main pakai campak dan tebor.. i ubah suaikan dari resipe asal kek coklat so... rasanya memanG... AJE MEMANG! LER YOMMY!! YOMMY!!! must try oke...:):) dah itu jerk sembang petang ni ekk.. ekk..:):) i memang cintakan warna yang lembut-lembut giteeeewwww.... bibir pun asyik ler tersenyum! cewahh.. ewahh ciwahh.. udah tu jerk lain tak de..:):)

JOM!!! TENGOK GAMBOR!!!
DAN SALIN RESIPE!!!!


MUSH MELLOW CAKE YOMMY YOMMY


BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN :


150 gm Mush Mellow (*ikut suka perasa dan bentuk yang anda suka)
10 gm Mush Mellow untuk hiasan
200 gm gula castor
1 cawan minyak jagung/sayuran
200 ml susu segar
50 gm serbuk koko (*vanhauten)
200 gm tepung gandum + 1 teh sudu soda bikarbonat + 1 sudu teh baking powder (*ayak bersama)
5 sudu besar susu pekat
1 sudu besar esen vanilla
3 biji telur
sedikit garam 
cup cakes


100 gm kismis hitam
100 gm kacang walnut

CARA MEMASAK :


Campurkan gula, telur, minyak jagung dan susu segar. Putar sehingga gula larut dan kembang.
Masukkan esen vanilla.
Masukan tepung dan serbuk koko dan gaul sehingga sebati, garam.
Masukkan kacang walnut dan kismis.


Campurkan adunan dengan mush mellow dan gaul rata.


masukkan adunan ke dalam acuan cup cakes... isi 3/4 penuh.


Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180'c selama 20-25 minit.
Angkat dan hidangkan! hias bersama Mush Mellow!!

TENGG!!! TARRAA!!!
MUSH MELLOW CAKE YOMMY YOMMY

(bersedia... gambar MUSH MELLOW CAKE YOMMY! YOMMY! akan beraksi sebentar lagi hehe..)


YOMMYY!! YOMMYY!!!!


YOMMY!!! YOMMY!!!


YOMMY!!! YOMMYY!!!



YOMMYY!!! YOMMYY!!!


YOMMYY!!! YOMMYY!!!


Udah.. udah ler tu ekk.. tu gambar di atas tu tengah memikul cik Mush Mellow ler tu.. dah selesai ku bikinkan
MUSH MELLOW CAKE YOMMY YOMMY
 selamat mencuba kawan-kawan!!!

TATA!!!

GULAI LEMAK BAWAL BELIMBING


GULAI LEMAK BAWAL BELIMBING


Selagi belimbing kat peti beku tu tak habis... bak kata Malina dari Melaka.. "KAK.. BELIMBING SEDUNIA KE MENU HARI NI??" hahaa.. betul jugak tu.. musim belimbing buluh sekarang ni ekk.. tapi belimbing buluh tu i beli di >>> PASAR BESAR AWAM MELAKA BEST! ... Pulak Bonda baru pulang dari Melaka... di belinya lagi dalam setengah kilo.. so kengkawan sekelian kalau minggu ni lauk belimbing manjang... anda semua dah boleh jadikan satu menu khas untuk belimbing hahaa... dah tu jerk.. kali ni i masakkan gulai bersama ikan bawal.. perghh.. memang syiok! i tell you... mesti cuba oke.. dah tu jerk nak cakap ari ni.. petang kang sambung balik.. menu minum petang yang dah ada di kepala.. membikinnya entah rajin ke idak tu nanti.. kita tunggu petang nanti oke...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
GULAI LEMAK BAWAL BELIMBING


Bahan-bahan di KISAR :


1 biji bawang merah (besar)
4 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
4 biji buah keras
1 inci kunyit
20 tangkai cili kering
2 batang serai (*TITIK)

Bahan-bahan lain :



2 ekor ikan bawal ~ siang dan cuci bersih *potong
2 helai daun limau purut ~ siat
300 ml santan pekat
1 keping asam gelugor
10 biji belimbing

Cara Memasak :


Panaskan sedikit minyak. Tumiskan  Serai dan *Bahan-bahan di KISAR sehingga garing dan bahan masak.
Masukkan santan dan asam gelugor dan renehkan sebentar.


Masukkan ikan bawal, daun limau purut dan belimbing.
Renehkan sehingga kuah agak pekat dan ikan masak.
angkat dan hidangkan!!!

TENGG!!!! TARRAA!!!
GULAI LEMAK BAWAL BELIMBING

MENU TENGAHARI 21 MARCH 2011 :

GULAI LEMAK BELIMBING IKAN BAWAL
BENING KANGKUNG
IKAN MASIN KAPAK
SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN..:):)

TATA!!



BENING KANGKUNG

 

BENING KANGKUNG

Assalammualaikum.... selalu i bagi salam dalam hati aje.. hari ni i taip yer kawan-kawan hehe... nak cerita ler sikit pasal 'SAYUR BENING' tak kira ler masak sayur apa pun janji 'BENING' apa kenamanya dan maksud 'Bening' tu ekk??? setelah ku renung kuah 'Bening' tu.. hmm.. 'Hening' aje kuahnya ekk.. jernih dan tenang aje guper kuah tu..umpama air sungai yang mengalir lesu.. cewahhh. dah tu jerk.. anggornya ler ekk... lain tak de...:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
BENING KANGKUNG


Bahan-bahan di TUMBUK HANCUR :

1 biji bawang merah (besar)
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis

Bahan Lain :

1 ikat daun kangkung ~ siang dan cuci, toskan
1 helai daun kunyit ~ siat halus
1600 ml air paip

Cara Memasak :


Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama air. Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan daun kunyit, sesuaikan rasa.
Masukkan sayur kangkung, kacau rata kemudian angkat dan hidangkan!!

TENGG!!! TARRAA!!!
BENING KANGKUNG 


Hening... aje kuahnya tu kan.. tapi kalau musim panas mencetang di luar sana tu.. ko buat lauk bening ni.. jangan lupakan si ikan masin kapak! tu hah! kat bawah tu....

 
Perghh.. ikan masin kapak kena dengan SAyur Bening.. aje memang tau! selamat menjamu selera kawan-kawan..:):)


MENU TENGAHARI 21 MARCH 2011 :

GULAI LEMAK BELIMBING IKAN BAWAL
BENING KANGKUNG
IKAN MASIN KAPAK
SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN..:):)

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ