ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, November 11, 2012

School Holiday Fest ~ Simple Made Easy ~ Breakfast + Lunch ~ Brunch


School Holiday Fest ~ Simple Made Easy
 ~ Breakfast + Lunch ~ Brunch

Assalammualaikum... :D

Apa macam ibu-ibu, bapak-bapak, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik??

cuti sekolah dah bermula dah ni....

hadoii semestinya rumah kita sesak kan kan... ;)

ya, laa.. sebelum ni memasak juga.. tetapi lain hidangannya.. kerana anak-anak bersekolah maka hidangan menu pun simple dan terutama sekali penyediaan sarapan pagi sangat simple.. paling tidak roti bakar sapu jem.. dahhh... ;)

bila dah berkumpul di rumah ni.. pepagi kala dah berciap macam anak-anak burung kelaparan.. pulak cuaca tak menentu... yang ibu-ibu dah pening kepala.. apa yang ni bagaikan???
minggu pertama okay lagi.. tiba minggu kedua???

hah! pening mikir nak masak apa? :))


Okay... maka dengan itu.. i telah sediakan satu lagi folder baru di bawah label 'MENU SCHOOL HOLIDAY' sebelum ni i share jugak menu cuti sekolah tetapi tak pulak ku sediakan folder khas.. dan lepas ni bila tiba school holiday dah senang.. tinggal kais aje dari folder khas tu yaa.. tq ;)

Okay tips utama bila anak-anak mula cuti sekolah tu...
manjang aje ler kekanak riang tu nak makan makanan segera.. contohnya sarapan pagi di Mc Donald's!
perghh.. sekali dua boleh ler.. tiap hari manjang pengsan kopak poket mak bapak! :))

Soo... macam ni... nak jimat belanja...

kita kenalah ke pasaraya dulu... borong apa yang patut..

contohnya... wajib ada dalam freezer *walaupun bukan tiap hari itu yang ko hidangkan ;)*

Nugget ayam
sosej ayam
fries *kentang 
drummet ayam segera
kepak ayam segera
daging burger
ayam burger
daging cincang
ayam cincang

 **kiranya contoh ler ni.. tak tersebut lagi bahan-bahan yang segera yang ada di pasaraya tu*


jangan lupa juga stok kan dalam peti sejuk you olls tu dengan beberapa jenis lagi bahan :

mayonaise
ranch sauce
butter
garlic spread
sos cili
sos tomato

*hanya menyebut beberapa jenis bahan*

actually i prefer buat mayo sendiri.. tapi bila dah sibuk sekarang ni.. beli je dari balang.. berbaloi-baloi.. lengan pun tak tumbuh ketol! :))

minyak untuk menggoreng juga sila stok yaa...
dan hidangan jenis bergoreng ni tak bagus juga di buat selalu.. anggaplah seminggu sekali dah memadai.. jadi taklah manjang asyik sarapan pagi ke petang dengan jejemput ikan bilis dan kentang manjang! kan kan... ya giteew ;)

Gorengan :


okay pagi tadi i goreng kentang jenis segera baik punyer! :D

nanti i share how to make home made fries yang garing dan enak ;)


untuk mendapatkan gorengan fries yang rangup dan tidak serap minyak...

petuanya mudah sahaja...

gunakan kuali atau deep fryer
tuangkan minyak penuh
panaskan minyak *benar-benar panas
barulah masukkan fries yang telah di nyah beku dan bukan masih beku okeh! ;) nanti satu dapur penuh dengan minyak merecik ;)
jangan di kacau sentiasa, memadai di kacau setelah hampir masak.
Angkat dan toskan terlebih dahulu dengan tisu dapur dan barulah di taburkan dengan sedikit garam halus atau cracked black pepper.


untuk nugget segera...

juga sama kaedahnya seperti tips di atas..

bila dah angkat.. jangan goreng dulu... pastikan minyak kembali panas seperti mula-mula tadi dan barulah masukkan nugget dan lakukan seperti tips di atas sehingga selesai... :D


untuk drummet ayam segera pun sama jugak tips seperti di atas..

cuma jangan masukkan ayam terlalu banyak di dalam kuali..

masa memasak lambat dan ayam juga akan serap minyak..

dah lah makanan bergoreng ni tak healthy maka kenalah di ambil kira dari pelbagai sudut ya...

giteewww.... :D


masa nak menghidang tu...

hah! be creative ler sikit...

ambil plastic container *ala yang bekas beli tapai tu :D*

hah! alaskan dengan serviets... hah.. baru buh kan fries, nugget dan drummet kita tu tadi...

hah! mana nak dapat cam ni?? Mc Donald's pun yelek! ;))


1 peket nugget hanya RM10 lebih kurang.. +-

kalau makan di Mc D dah berapa???

6 ketul dah dekat RM6 termasuk GST tak giteew???
jimat belanja ke tidak mak dan bapak??

mau taknya.. cukup tahun boleh kumpul duit gi bercuti weh! ;))


kebiasaannya kalau i bawak anak-anak breakfast di Mc D... modal untuk 4 orang *sekeluarga tak termasuk Pak Habibi temBAM BOM i tu.. dia memang tak gemor fast food :D

lebih kurang +- RM50++

tu dia.. dengan nak kena cari parking... kena pakai baju memolek sikit...
duduk atas kerusi sesak dengan pelanggan yang ada...

buat di rumah.. jimat belanja yang oiii...

modal tak sampai pun RM30.... ;)


Yang bestnya.. makan di rumah...
boleh minum teh tarik... Mc D mana ada! muahaha.... :))

sekian sahaja.. perkongsian kali ini..
hanya sekadar berkongsi sedikit tips.. nak ikut.. ikut.. tak ikut.. tak pe.. Mc D ada :))

jumpa lagi...

selamat bercuti... jaga diri...

Assalammualaikum...

TATA!!


Saturday, November 10, 2012

Gulai Daging Selasih Resipi Istimewa Daging Korban


Assalammualaikum... Ya.. seperti yang di janjikan... resipi baru dari dapur The Writer's Cooking... ;)

Gulai Daging Selasih Resipi Istimewa Daging Korban...

cukup manis sekali..;)

Kais-kais dalam peti sejuk.. ada lagi sepeket daging korban kiranya stok penghabisan ler ni :D

Syukur Alhamdulillah dapat pulak bahagian batang pinang.. jadi dah tentu-tentulah dagingnya lebih manis dan mudah empuk.. pulak ada lemak terselit celah daging tu.. perghhh....

terus ler kecur jam tu gak!

buat gulai sedap ni!


terus ler capai RAGA MISTERI i tu.. terus ke tepi rumah..

masa ni tak dapat lagi idea nak masak apa.. ingat nak buat gulai daun kesum.. dah biasa yer tak... ;)

yang mana terlepas N3 RAGA MISTERI i tu..



tu dia.. dapat idea dari daun selasih yang rimbun dan segar tepi rumah... terus petik dan terus ler dapat idea..

masa ni hati dok ler berkata-kata... sedap ke eekk???

masak gulai daging buh daun selasih??
cecuba-cecuba.. <<< cakap dalam hati sesorang :D

GULAI DAGING SELASIH


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
3 cm kunyit
2 cm belacan
1 sudu kecil lada hitam
40 tangkai cili kering

BAHAN LAIN :

800 gm daging segar *hiris nipis
3 keping asam gelugor *asam kepinng
700 ml air
gula dan garam
1 helai daun limau purut *siat
6-7 tangkai daun selasih *ambil daun sahaja @anggaran satu mangkuk
4 biji kentang *belah 4
kacang bendir
minyak untuk menumis

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN-BAHAN KISAR
Tumis lama dengan api perlahan. 
Setelah pecah minyak masukkan daging dan kentang.
Kacau rata dan masukkan air dan asam gelugor.
Renehkan sehingga daging dan kentang empuk.
Masukkan daun limau purut, kacang bendir dan daun selasih.
Renehkan sehingga kuah pekat dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!!


TARRAA!!

GULAI DAGING SELASIH


komen dari Pak Habibi dan anak-anak i....

"Sedapnya! Sedapnya! Sedapnya!"

Awwww...... :D

ya, begiteeww.. tak caya.. cecuba-cecuba... ;)


ada lagi 2 resipi dari RAGA MISTERI yang ada kat atas tu bakal kukongsikan..

Soon.. Insya~ALLAH...


jumpa lagi.. jaga diri k... ;) << macam taip dalam HP ler pulak :))


Assalammualaikum...

TATA!!


Raga Misteri Dan Hasilnya....(Hasil Dari Kebun Mini)


Assalammualaikum... :)

Selamat petang semua.. :D

N3 yang sepatutnya masuk pagi...
 tetapi petang baru di masukkan... :D

maklumlah sibuk.. anak-anak dah mula cuti sekolah.. semua berkumpul di rumah.. riuh sikit rumah ni... kalau tak sepi je... seronok betul! :D

Okay... nampak tak raga yang penuh tu?

Yaa.. tu ler raga misteri i :))

hasil petikan dari kebun mini i tu... :)

**Dan selepas ini akan menyusul pelbagai lagi N3 Raga Misteri dan i dah siapkan Folder khas.. di bawah lebel... 'RAGA MISTERI' cecewahh.. hasil dari kebun mini i tu.. ;)**




Raga misteri yang kosong..

hanya ada gunting...;))


Dan hasilnya.... Raga Misteri dah penuh sesak dengan memacam bahan semua petik tepi rumah..

petik apa yang ada.. pastu baru fikir apa yang nak di bagaikan...

wah! dah macam gelanggang masterchef pulak.. peti saji misteri! :D

okay jom! tengok apa yang ada dalam Raga Misteri i tewww ;)


Musim hujan sekarang ni...

so pokok selasih i yang ada lebih 7 rumpun bukan main segar dan rimbun... petik banyak-banyak... nak masak apa??
tu nanti ekkk.... ;)


Tu.. dia terung panjang pendek! aww...
terung pun lebat berbuah..


kacang panjang... ohh.. kali ni i petik yang agak muda..
goreng sedap ni!


daun kunyit.. kalau nak berniaga pasar malam pun boleh..
dah sekebun merebak... amik daun je.. isi kunyit minggu lepas dah amik.. ;)


Opps!! nampak tak serangga yang molek je posing celah bunga rose i tu??

hadoii sekarang ni... semua pokok2 bunga rose i habis di makan serangga...

dan sempat pagi tadi spray kan dengan racun serangga.. :(



Bunga pun tak molek.. daun lagilah habis berlubang...
i petik adalah dalam 6-7 tangkai.. ;)


Pucuk daun bayam gajah.. 
petik sikit je.. semalam baru makan.. jemu ler pulak.. ;)


Cili hijau.. pun banyak berbuah...


Kacang bendir... terkonteng-konteng!!
hasil buah yang pertama dari lebih 40 pokok yang Pak Habibi tanam... nanti i buat N3 khas untuk pokok kacang bendir i tu yaa..
lepas ni manjang resipi bendir je ler.. fav i ni taw! aww ;))

DAN HAsilnya.............


Tu dia.. hasil masakan dari Raga Misteri i tu... ;)

SAYUR GORENG CAMPUR...


Kacang panjang, terung, bayam gajah....
Tumiskan dengan bawang merah, bawang putih, hirisan daging, cracked black pepper dan sedikit garam..
goreng dan hidangkan...

segar dan enak i tell you olls.... :D


GULAI DAGING SELASIH


Slurppppp........ ahhh....


Nampak tak kacang bendir yang ada satu terkonteng-konteng celah gulai tu? :))


Sambal Belacan Cili Hijau.... ;)


Jambangan Bunga rose dari Roses Garden yang i petik tadi tu...

ada bunga reben ku ikatkan celah balang tu..

wahh... baru beli ke?? << Pak Habibi i tanya! muahahahhaaa ;))


Sekian sahaja... Untuk Resipi Gulai Daging Selasih... bakal menyusul...

Insya~ALLAH selepas i uruskan kerja i yang bertimbun-timbun depan mata ni hah! :D

sekian dulu.. selamat bersantai hujung minggu..

selamat bermesra dan berkumpul dengan keluarga di rumah.. :)

Assalammualaikum...

TATA!!



Friday, November 9, 2012

Fried Beef Penne Special.. Because Of YoUuuu... Ya Giteew... Cecewahhhhh



Assalammualaikum... :)

Emboi.. Emboii... tajuk ke main lagik!

agak hotz giteww... ;))

Okay inilah hidangan i tengahari Jumaat tadi...

keputusan idea nak masak apa.. manjang nasi.. jemu dah weh!

nama pun penulis kan kan... so carilah idea.. selongkar dalam almari apa yang ada.... :D


Terjumpa Penne Pasta!!

amboi.. terjumpa tu yang tak leh nak angkat! :))

so masa dok menepuk2 peket pastu.. dalam hati dok berfikir.. apa yang nak ku bagaikan pasta ni??

kat rumah i ni ramai beno yang berpantang larang! menci tullah! grr...

ada yang tak suka sayur! << Pak Habibi TembamBOM! grr...

ada yang tak suka paste tomato! <<< dak kerempeng Nellysha...

ada yang suka semua!!!! << i dan Abang Aemir.. bonda tak de.... kat Melaka... Abang Amin tak de... kat kolej... :))

kais lagi idea...

pergi kebun mini i tepi rumah tu..

tengok apa yang boleh di bagaikan... :D


ya... pokok cili capsicum kerdil i berbuah dengan lebatnya!!!!

musim hujanlah katakan...

tu dia sekali berbuah!

kalau tak kerana penne tu aje memang cili capsicum tu dok kering camtu jerk :D


petik mana yang dah masak ranum....


petik pulak cili hijau yang sedang galak berbuah... :D

i love cooking pasta with basil.... ;)


dan inilah hasil petikan tepi kebun mini i tu... tak perlu ke pasar.. ;)


pasta with lemon??

yumeehhhh :D

Fried Beef Penne Special


BAHAN-BAHANNYA :

1 peket penne pasta ~ celur dan toskan.. kepikan dalam secawan air rebusan pasta tadi
400 gm daging cincang *Ramly

2 biji bawang holand *dadu
8 ulas bawang putih *dadu *i pencinta garlic* :D

6 batang cili hijau *potong
6-7 biji cili capsicum kerdil merah *potong

secekak daun selasih
1/2 biji lemon *ambil jusnya
cracked pepper
cracked black pepper
sedikit garam
minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan 2 jenis cheese ~parmesan+ mozarella

CARA :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
Tumiskan : bawang holland, bawang putih, cili hijau dan capsicum sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging bertukar kecoklatan.
Masukkan air rebusan pasta dan renehkan sebentar.
Masukkan penne, dan sesuaikan rasa.
Akhir sekali sebelum di angkat, masukkan daun selasih, cheese, gaul rata dan hidangkan!

TARRAA!!!

Fried Beef Penne Special


SEDAP TAK???


Cecuba.. cecuba :D


simple made easy.... yet delicious! ;))


sekian dulu perkongsian kali ini...

jumpa lagi.. jaga diri yaa... ;)



Assalammualaikum...

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ