ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, December 28, 2010

SUP LABU AIR & TEMPEH

 
SUP LABU AIR & TEMPEH
Semalam pergi ler shopping groceries... peti beku dan tak beku dah kering.. jalan-JALAN dan tinjau-tinjau... mencari ler sayur dan bahan-bahan kering yang dah kering tuu...suka benor bercerita ekk.. bukannya orang nak baca cerita ko shasha, orang nak salin resipe! Pastukan... tengah pilih-pilih sayur tu.. tetiba.. jeng! jeng! jeng! ingatanku terus ler terigatkan kenangan bulan lalu semasa bercuti di Cameron Highlands... Yer.. sayur Labu Air Gergasi! tu dia...

 Hah! terkejut ko Bedah! Labu Air gergasi yang terjuntai di celah my buah hati yang tiga orang tu cuma ada di Cameron Highlands oke! punyalah besor.. tapi di Tesco... alahai.. kemetot aje you! Jangan tenung lama-lama buah hati I tu... Tu dia.. apa lagi terus ler beli sebiji Sayur Labu Air kemetot... dan mula ler memasak tengahari tadi... rasanya??? aduhai nyaman.. gituh! SLURPPPPP!!! enak bah! tambah pulak ada sohoon dan tempeh perghhh.. memang sedap makan dengan nasi panas-panas! kalau dah keturunan jawa tu jawa jugak ko shasha... Tu kan lauk orang Malaysia hahaha!!!
JOM SALIN RESIPE!!
  1.  1/2 BIJI LABU AIR, KUPAS KULIT DAN POTONG SERONG
  1.  1/2 BIJI BAWANG MERAH ~ HIRIS NIPIS
  2. 3 ULAS BAWANG PUTIH ~ HIRIS NIPIS
  3. 1 BATANG LADA MERAH ~ POTONG SERONG
  4. 1 BIJI KIUB IKAN BILIS
  5. 2 KEPING TEMPEH ~ POTONG KECIL
  6. SOHOON 1 IKAT KECIL ~ RENDAM DAN TOSKAN
CARA MEMASAK:
  1.  PANASKAN KUALI DENGAN SEDIKIT MINYAK
  2. TUMISKAN SEMUA BAHAN TERMASUK TEMPEH
  3. TUMIS SEHINGGA NAIK BAU DAN TEMPEH GARING SEDIKIT
  4. MASUKKAN AIR
  5. MASUKKAN KIUB IKAN BILIS DAN DIDIHKAN SEBENTAR
  1.  APABILA KUAH MENDIDIH MASUKKAN LABU AIR DAN SOHOON
  2. SESUAIKAN RASA DAN HIDANGKAN!
 TENGGGG!!!! TARRAAAAA!!!!
DAH SIAP BEDAH! SUP LABU AIR DAN TEMPEH!
MEMANG ENAK DAN SEDAP.. HIRUP KUAHNYA PERGHHH.. MEMANG SYOK!
 SELAMAT MENCUBA! 
TATA!!!!
Shahriah Abdullah Novelis

2 comments:

Aleesya Dania said...

wahhhhhh...besonyer labu air tuh..hikhikkk...tp sodap kan..nk2 mam tym cejuk2 cenggini...adeyhhhh..lapo ar pewot.. :D

Shahriah Abdullah Novelis said...

tu baru labu ari dik..ada lagi besor akak malas nak tunjuk hanya untuk tatapan peribadi hahahahahha!!! gatey mu!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ