ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, January 29, 2011

KARIPAP TELUR

TENGG!!! TARRRAA!!!

KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR



ADEHH... dehh.. dehhh..
hah! ni nak ngadu ler sikit ekk.. kalau you all nak tahu ini ler karipap favorte i paling suke!
suke!
suke!
suke!
engko kenapa macam orang suku ni sha?
hehee.. tulah.. teruja bebenau sebab dapat memasak dan makan karipap telur size gergasi tu ekk..
dari hari... ke sehari..
minggu... berganti bulan..
tahun 2010 sampai jejak ke 2011..
teringin nak makan...
tetapi malas nak membikin!
hehee.. so pagi ni celik mata terus ler membuat Karipap Telur kesukaan i dan gengs di rumah ni ekk..
bukannya susah pun Bedah aii.. (bedah jiran i oke)
rasanya memang best! best! best!
you all kena cuba!!
jangan jadi macam i makan tahun baru membikin hehe..
hah! ni tengah kekenyangan ler ni..
hehee...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
 BAHAN-BAHANNYA:
untuk kulit:
  • 500gm tepung gandum + sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit air
 CARA MEMBUAT KULIT PASTRI :
  • cairkan minyak sapi dan mentega di dalam kuali
  • tuangkan ke dalam tepung dan gaul rata
  • campurkan dengan sedikit air
  • sekadar di jadikan sebuku doh dan jangan di uli!
  • torakkan nipis-nipis
BAHAN UNTUK MEMBUAT INTI :

  • 6 biji telur
  • 5 biji telur ~ di kocok
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 2 ulas bawang putih ~ hiris
  • 2 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
  • CAMPURKAN BAHAN-BAHAN DI HIRIS, BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN LADA HITAM KE DALAM TELUR YANG DI KOCOK
CARA MEMBUAT KARIPAP :
  • TORAKKAN DOH SEHINGGA NIPIS, MENYAMAI BESAR PINGGAN LAUK
  • TUANGKAN SESENDUK TELUR YANG DI KOCOK BERSAMA BAHAN-BAHAN TADI
  • PECAHKAN SEBIJI TELUR
  • KEMUDIAN LIPAT DUA DAN TEKAN DENGAN GARFU 
  • RUJUK GAMBAR DI BAWAH ~
 
 CARA MENGGORENG :
 panaskan minyak banyak. masukkan sekeping karipap, api sederhana sahaja jangan terlalu kecil nanti serap minyak. goreng sehingga keperangan, balik-balikkan dan angkat, toskan.

TENGG!!! TARRRAA!!!

KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
 
pstt... amacam???
lecehkan!!!
hahaha.. sebab tu ler nak membikinnya makan tahun... nak tahu kenape??
sebab banyak sangat penyakit m.a.l.a.s!!!
jangan malas oke!
selamat mencuba!!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ