ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, January 23, 2011

KURMA DAGING

TENGGG!!! TARRAAA!!

KURMA DAGING
KURMA DAGING
KURMA DAGING
 Kalau tak ikan, ayam, kalau tak ayam, daging.... bila dah kehabisan idea telur.. pastu sardin hehee...
aduhai jadi tukang masak ni jemu jugak ekk..
tukang mengoder senang aje ekk..
nak ni.. nak tu.. jemu ini.. jemu itu..
perghh.... ingat nak cari akal laa...
pura-pura tak boleh bau tumisan! ala-ala mabuk cenggitu! boleh???
hah! ko! kang ada pulak yang menjeling-jeling manja kat i.. tak kuasa i you!
hehe... apa pun segalanya haruslah iklas....
anggaplah kerja memasak ini adalah suatu pekerjaan yang paling mudah.. maka mudah lah jadinya...
kalau dah malas dan tak kuasa benor... tanak nasi tu panas-panas renjiskan kicap! patahkan cili padi...
gorengkan pulak telur mata lembu!
dah malas nak menonyeh!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KURMA DAGING
KURMA DAGING
KURMA DAGING

 BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 kg daging ~ kalau daging beku menci tau sebut beku! rebus terlebih dahulu sehingga empuk
  • 1/2 biji santan ~ jadikan 3 gelas santan
  • 3 biji kentang ~ belah 4
  • 1 tangkai daun pudina ~ petik daun
  • 1 tangkai daun sadri ~ petik daun
  • 1 tangkai daun ketumbar ~ petik daun
  • 2 batang lada hijau ~ belah 2
  • 2 biji tomato ~ belah 2
  • *1/2 biji bawang merah ~ hiris
  • *1 ulas bawang putih ~ hiris
  • *1/2 inci halia ~ hiris
  • *1/2 batang kayu manis
  • *1 biji bunga lawang
  • *1 biji buah pelaga
*BAHAN DI ATAS YANG BERTANDA* UNTUK MENUMIS


BAHAN DIKISAR HALUS :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 peket serbuk kurma adabi
  • 1 sudu teh ketumbar
  • kisar halus kesemunya
CARA MEMASAK :
  • Panaskan periuk dengan sedikit minyak. tumiskan bahan-bahan *tumis sehingga naik bau
  • masukkan bahan-bahan yang dikisar halus. api perlahan sahaja
  • kacau rata sehingga rempah garing atau terbit minyak
  • masukkan kentang. masukkan santan dan renehkan sehingga kentang empuk
  • setelah kentang empuk, masukkan daging daun pudina, lada hijau dan tomato. kacau rata
  • sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TENGGG!!! TARRAAA!!

KURMA DAGING
KURMA DAGING
KURMA DAGING
 
Amacam??? siapa cakap masak kurma susah??
senang aja bahhh....
pssttt.. kalau nak mudah lagi memasak korang baca resipe kat peket rempah kurma yang koran beli tu ekk.
mak aii... bawang putih pun tak pakai you.. daun pudina pun tak..
pastu resipe siapa yang ko cekuh ni shasha???
uishhh.. resipe i ler.. adjust mana patut dapat ler rasa cenggitu...
sedap ko! cecah dengan roti bai! mak aii aje memang!
dah i nak cari roti bai dulu ni ekk..
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ