ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, January 11, 2011

PUCUK UBI JANTUNG PISANG MASAK LEMAK

TENGGG!!! TARRRAA!!!
PUCUK UBI DAN JANTUNG PISANG MASAK LEMAK
PUCUK UBI DAN JANTUNG PISANG MASAK LEMAK
PUCUK UBI DAN JANTUNG PISANG MASAK LEMAK
 PERGHHH... DALAM SIBUK SEMPAT LAGI I MEMASAK YOU...
KATA ORANG KAMPUNG.. RESIPE PUN MESTI LER KEKAMPUNGAN...
MINGGU NI KORANG SEMUA MANJANG MENYALIN RESIPE KAMPUNG AJE LER..
UNTUNG KORANG EKK... DUK BANDAR BOLEH MASAK LAUK KAMPUNG
I YANG DUK KAMPUNG NI MASAK LAUK KAMPUNG LAA... JUGAK HEHE...
NAPE TAK MASAK LAUK LA LAGI SHASHA???
DAH TAK MENETAP DI LA SEKARANG NI EKK...
INSYALLAH KALAU MINGGU DEPAN ATAU TIKET AIR ASIA MURAH I AKAN TERBANG KE CHINA...
HAH! MASA TU RESIPE CINA AJE MANJANG EKK...
TADI TENGAHARI DAN BAWA SAMPAI LER KE MALAM...
LAUK LEMAK PUCUK UBI BERSAMA JANTUNG PISANG EKK..
LAWANKAN PULAK DENGAN SAMBAL TOMATO YANG I DAH BAGI PETANG TADI TU KAN...
MEMANG BEST!
JOM SALIN RESIPE!!!
GAMBAR BANYAK TAK SHASHA???
SOWEIII EKK SAYANG.. GAMBAR SEKETUL DUA AJE DAPAT DI MASUKKAN
INSYALLAH SELEPAS EDIT MANUSKRIP RESIPE NANTI I BUH GAMBAR DAN CARA MEMASAK SEKALI EKK..
TERIMA KASIH SHASHA...
SAMA-SAMA KASIH..:):)

PUCUK UBI DAN JANTUNG PISANG MASAK LEMAK
PUCUK UBI DAN JANTUNG PISANG MASAK LEMAK
PUCUK UBI DAN JANTUNG PISANG MASAK LEMAK
 BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 BIJI BAWANG MERAH
  • 1 ULAS BAWANG PUTIH
  • 1 GENGGAM IKAN BILIS
  • 7 BATANG CILI PADI
  • 1 BATANG LADA MERAH
  • 1 BIJI KELAPA ~ AMBIL SANTAN PEKATNYA SAHAJA
  • 1 CAWAN AIR
**KESEMUA BAHAN DI ATAS TUMBUK KASAR

  • 1 CEKAK PUCUK UBI ~ REBUS TERLEBIH DAHULU
  • 1/2 BIJI JANTUNG PISANG ~ AMBIL YANG MUDA SAHAJA 
CARA MEMASAK :
  • CAMPURKAN KESEMUA BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK LUMAT TADI BERSAMA SANTAN DAN PUCUK UBI YANG TELAH DI REBUS
  • RENEHKAN DIATAS API DENGAN API SEDERHANA
  • BILA KUAH MENDIDIH HIRIS SERONG JANTUNG PISANG
  • SESUAIKAN RASA
  • APABILA JANTUNG PISANG EMPUK
  • ANGKAT DAN HIDANGKAN!
TENGGG!!! TARRRAA!!!!!

PUCUK UBI DAN JANTUNG PISANG MASAK LEMAK
PUCUK UBI DAN JANTUNG PISANG MASAK LEMAK
PUCUK UBI DAN JANTUNG PISANG MASAK LEMAK

AMACAM? MUDAH AJEKAN? 
NAK MAKAN LAGI SUSAH EKK.. ASYIK KIJE MENGIPAS AJE... PEDAS EKK...
JANGAN LUPA GANDINGKAN DENGAN SAMBAL BELACAN ATAU SAMBAL TOMATO..
RESIPE DAH BAGI SEBELUM NI EKK..

TATA!!
Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ