ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, February 10, 2011

PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES

PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Ewah! ewah! Cewah! Cewah! ini apa kess??? dah nak tiba raya ke?? puasa pun idak lagi oke! Huishh.. jangan tak tahu.. dari aritu sebelum raya cina i teringin betul nak makan Peanut & Chocolate Chips Cookies.. bukan yang macam mak kita buat tu ekk.. i suke yang besor dan ala-ala ranggup cenggituh! mencari lah.. lah.. lah.. sampai laaa tak berjumpa! ngencess aje i you.. pastukan i geram.. geram... i buat sendiri tau.. tau... i ni bukannya apa tau.. penyakit malas tetap menyelubungi diriku ini.. tapikan tetiba TERRR.. rajin sebab.. i nak bagi present/cenderahati kepada seorang insan yang telah menempah 6 buah novel karya i tu...terus dari i.. kiranya dia bertuah ler.. bukan sahaja cenderahati i bagi tetapi kokies untuk dia menghongges... pstt tak termasuk balang oke! hehe.. so kalau ada sesiapa yang nak merasa 'sesuatu' dari air tangan i... order ler 6 buah karya i tu ekk.. sila jengah di blogs penulisanku ini..>> KARYA SHAHRIAH ABDULLAH siap ada cenderahati istimewa dariku khas untukmu...:):)
 okay udah habis promosi!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES
 Bahan-bahannya :
  • 100gm shortening/lemak sayuran
  • 270gm gula perang
  • 250gm peanut butter/mentega kacang
  • 2 biji telur
  • 50ml susu segar
  • 2 sudu teh vanilla
  • 200gm tepung gandum
  • 150gm tepung castard
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 150gm chocolate chips
  • sedikit garam
  • loyang pembakar yang di alas dengan kertas minyak (tak perlu oleskan mentega)
Cara Membancuh dan membakar :

  • Putarkan gula + shortening  sehingga kembang
  • masukkan telur, esen vanilla dan susu segar putar sehingga kembang
  • masukkan peanut butter dan putar lagi
  • masukkan tepung dan gaul rata masukkan chocolate chips
  • sukat satu sudu kecil adunan dan letakkan di atas dulang pembakar sehingga habis
  • panaskan oven suhu 160'C selama 20-25 minit atau keperangan
  • angkat, sejukkan dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAA!!!
PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES
PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES
  PEANUT & CHOCOLATE CHIPS COOKIES  

 MUDAH aje kan... rasanya lemak dan enak.. ranGUUUPPPPPP!!!
i tell you!
mesti cuba tau!!
 TATA!!!



Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ