ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, February 16, 2011

PUMPKIN PIE WITH VANILLA LIME ICE CREAM

 
PUMPKIN PIE 
WITH 
VANILLA LIME ICE CREAM

Ewahh.... ewahh.. aMBoiii... amboiii... bukak-bukak aje gambor ko ekk shasha... dah tu nak citer ler sikit ekk.. sekarang ni  musim buah labu kat Jaya Jusco! ahakz bukan kebun oke.. so harga murah.. hari tu gi shopping borong labu dua biji.. petua nak pilih labu yang elok kata Cina yang jual kat situ laa... kan.. pilih yang berat! so i pilih dua bijik ekk.. maka berat ler jadinya hehehe.. so petang tadi buat ler Pumkin pie... antara dessert atau pencuci mulot yang i paling suka! suka! kalau nak jengah tips bershopping barang dapur dengan shasha singgah di blogs i ni oke...  
CLICK AJE SINI>>>
NANTI SAMPAI LER KAT BLOGS YANG MEMACAM I SUKA, BANYAK TIPS YANG I SHARE KAT SITU EKK..>>>> 

okay!
JOM!! SALIN RESIPE!!!
PUMPKIN PIE WITH VANILLA LIME ICE CREAM
 
Bahan-bahan untuk kulit pie :
  • 120gm mentega sejuk ~ potong dadu
  • 220gm tepung gandum + secubit baking powder
  • 2-3 sudu besar susu segar
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit garam
Cara membuat kulit pie :
  • gaulkan tepung dan mentega sehingga menjadi serbuk
  • campurkan gula, kuning telur dan susu segar 
  • gaul sehingga menjadi sebuku doh (JANGAN DI ULI SEPERTI DONUT, MEMADAI SEBATI SAHAJA)
  • simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit
 
  • torakkan sehingga nipis dan masukkan ke dalam acuan pie (lihat gambar di atas)
  • torakkan lagi sekeping untuk kulit bahagian atas pie (untuk tutup)
  • ketepikan sebentar
PUMPKIN FILLING/ INTI LABU 
 Bahan-bahannya :
  • 400gm labu masak ~ potong dadu dan rebus sebentar anggaran lembut angkat dan toskan
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan cream/ susu segar + kocokkan bersama i biji kuning telur + 1 sudu besar tepung castard
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
Cara memasak Labu :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau di atas api sederhana sehingga labu pekat angkat dan masukkan ke dalam acuan pie
  • tutupkan permukaan inti labu dengan sekeping lagi doh yang telah di torak nipis
  • sapukan permukaan pastry dengan telur kuning
  • bakar di dalam oven dengan suhu 180'c selama 20-25 minit atau warna pie keperangan
  • angkat dan hidangkan bersama VANILLA LIME ICE CREAM!
TENGGG!!! TARRAA!!!
PUMPKIN PIE 
WITH 
VANILLA LIME ICE CREAM
 BAUNYA..... HARUMMMMM..................
 TEKSTURNYA LEMBUT DAN TIDAK BERDERAI................
 RASANYA.... MAK AII.. PAK AIII... AJE MEMANG LER..
TERBAIK!!!!! DARI LADANGG I TELL YOU!!!
 You all mesti cuba.. dah cuba tu ajak i cuba jugak oke! hehe...
KALAU DI MAKAN TANPA ICE CREAM... RASANYA MEMANG KURENGZZ...
BOLEH GANTIKAN DENGAN ICE CREAM VANILLA.. TAPI YANG SEBAIKNYA CARILAH VANILLA LIME ICE CREAM!!! MEMANG KELESSS I TELL YOU!!!
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

4 comments:

Anonymous said...

sememangnye mantop!!!

Shahriah Abdullah Novelis said...

tq..;):) sememangnya mantop dan meletop!!! hahaa... tq..

Wo I myself ♥ said...

sis buah labu tu boleh tukar dengan lain2 punya barang tak?

Shahriah Abdullah Novelis said...

cadbury gurl boleh dik.. tukarkan dengan apple, buah pear dan lain2...:):):) selamat mencuba

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ