ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 15, 2011

TRIFFLE MARBLE CAKE WITH STRAWBERRY & PINEAPPLE

TRIFLE MARBLE CAKE 
WITH 
 
STRAWBERRY  & PINEAPPLE

Cuaca punyalah panas.... tekak ni siang tadi terasa betul nak makan Trifle... selagi strawberry yang masak ranum tu ada dalam peti sejuk.. selagi tu gatal jerk tangan ni nak mengerjakannya. Maka terajinlah sikit membancuh dan menyediakan TRIFLE... ehh.. ehhh... ternampak pulak nenas dalam tin.. bersusun ko! wah! great combinations ni... terus ler membancuh... cuh... cuh... ehh.. ehh.. cewahh... cewahh.. molek siap aje membancuh.... hujan pun turun dengan lebatnya! Tak ada kena mengena langsung dengan hujan lebat tu oke.. sebab i memang nak makan TRIFLE tak kiralah hujan lebat atau salji melanda! cewahhhh....!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TRIFLE MARBLE CAKE 
WITH
STRAWBERRY  & PINEAPPLE

BAHAN-BAHAN UNTUK MARBLE CAKE :
  • 120gm mentega
  • 70gm gula 
  • 200gm tepung gandum + 1 sudu bakig powder + 1/2 sudu soda bikarbonat (ayak bersama)
  • 2 biji telur
  • 120ml susu segar
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu teh perisa strawberry
Cara memasak : (rujuk gambar di atas)
  • Putarkan gula + mentega + telur sehingga kembang + esen vanilla
  • masukkan tepung dan kacau sehingga sebati
  • bahagikan kepada dua bahagian aduanan.
  • satu adunan campurkan dengan 2 sudu teh perisa strawberry
  • masukkan adunan di dalam nipis/leper/rendah (sha guna loyang yang ada bersenggat tiga bahagian)
  • lapiskan adunan berselang seli sehingga habis
  • bakar di dalam oven dengan suhu 170'c selama 20-25 minit
  • angkat dan sejukkan terlebih dahulu dan baru di potong seperti jejari
BAHAN-BAHAN UNTUK CREAM CASTARD OREN : (UNTUK DI SELANG SELIKAN DENGAN KEK MARBLE DAN BUAH-BUAHAN :
  • 3 biji kuning telur
  • 500ml susu segar
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung castard
  • 1 sudu besar perisa oren
  • 40gm gula
Cara menyediakan cream Castard :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di dalam sebuah periuk kecil/periuk sauce
  • pukul semua bahan-bahan di atas sehingga sebati
  • tenggekkan di atas api perlahan
  • kacau selalu dan sehingga kuah pekat
  • angkat dan ketepikan
Cara menyediakan Sabayon Sauce :
  • 4 biji kuning telur
  • 3 sudu gula castor
  • 1 sudu kecil tepung castard bancuh dengan 2 sudu besar air
  • 50ml fresh cream
Cara menyediakan Sabayon Sauce :
  • Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih
  • putarkan telur dan gula sehinggakembang
  • campurkan tepung jagung ke dalam telur yang telah di pukul sehingga kembang
  • gunakan periuk kecil dan masakkan telur dan tepung jagung kacau di atas air yang mendidih sehingga pekat
  • ketepikan dan campurkan dengan fresh cream dan kacau rata dan ketepikan (SEJUKKAN DI CHILLER)
BUAH-BUAHAN UNTUK TRIFLE :  
(RUJUK GAMBAR DI BAWAH)
  • 12 biji buah strawberry masak ranum ~ potong dadu
  • 1 tin nenas ~ potong dadu dan ketepikan 5 keping untuk hiasan
  • jus nenas dari tin di ketepikan untuk di curah atas kek marble
LANGKAH TERAKHIR/CARA MENYUSUN ATAU MENGHIAS TRIFLE :

  1.  potong kek marble seperti jejari dan susun dalam mangku khas untuk trifle/puding
  2. susun kek rapat-rapat
  3. curahkan sedikit jus nenas dari buah nenas tin tadi ke atas kek marble
  4. keadaan basah dan lembab sahaja
  • tabur nenas
  • kemudian tuangkan cream castard sehingga menutupi kek marble dan buah nenas
  • susun lagi kek marble menutupi cream castard
  • dan lapiskan lagi nenas, dan ulangi seperti lapisan di atas
  • hiaskan dengan nenas dan strawberry potong mengikut idea anda simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam hidangkan bersama Sabayone Sauce atau Sos Castard jika suka!
TENGG!!! TARRAAA!!!

TRIFLE MARBLE CAKE 
WITH
STRAWBERRY  & PINEAPPLE
 YUMMY!! YUMMY!!
 JANGAN DI TENGOK SAHAJA... SILALAH POTONG DAN MAKAN BERSAMA KELUARGA!
 SELAMAT MENCUBA!!

 TATA!!!




Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ