MENU DIET ~ AYAM MASAK MERAH
Muahaaa... resipe berdiet lagi kita ekk.. ingat ekk... jangan sekali-kali amalkan 'CRASH DIET' yakni.. berlapar sepanjang hari... tak bagus! nanti berat badan turun mendadak! badan lembik aje ekk..ala-ala mengelambir jerk macam leher unta hahaa...sabau je laa.. so kita amalkan berdiet dengan cara 'MAKAN SEDIKIT' dengan motto "JAMAH LER JANGAN TAK MAKAN LANGSUNG!' atau semua tak boleh makan! pastu bila dah kurus badan tu segala macam ko lahop! ikut cara i sebab sebelum ni i memang amalkan masakan yang macam ni bila nak turunkan berat badan ekk.. kebetulan agaknya ler... metabolisme i tu tinggi... makan kurang sikit jerk.. cepat jerk badan tu susut ekk. so sekarang ni i sedang mengamalkan diet tetapi tetap makan secara mengurangkan portions tiap makanan yang i ambil tu... Dan I Bukan Pakar Diet oke.. just adjust sendiri jerk.. contohnya sekarang i gantikan minyak bila nak menumis tu dengan minyak jagung... dan hanya guna sedikit sahaja untuk menumis.. api tu nak kena perlahan so bahan-bahan yang di tumis tu masak dengan perlahan-lahan dan tidak mentah... TANG AYAM TU... KULIT JANGAN MAKAN.. MASA NAK MAKAN TU SILA LER BUANG YAA... bagikan kucing Bedah! *bedah jiran i* oke..:):)
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
MENU DIET ~ AYAM MASAK MERAH
5 keping kepak ayam ~ *tahukah anda kepak ayam ler paling banyak kolestrol dan lemak oke.. so buang kulitnya bila nak di makan.. i tak buang dulu sebab geli bila dah tak berkulit* SEDIHNYA.. HUAUAUAAA....
1 biji tomato untuk sampingan ulaman
1 batang serai ~ titik
2 batang daun sadri ~ hiris
3 sudu besar minyak jagung
BAHAN DIKISAR:
1 biji bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
20 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan
5 sudu besar sos tomato
3 biji buah keras
Cara Memasak :
Panaskan minyak di dalam kuali
tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan juga halia *api sederhana* dan tutup kuali renehkan dan sering di kacau *minyak kurang mudah hangit*
masukkan ayam dan sedikit air, sos tomato dan taburkan daun sadri
tutup kuali dan renehkan sehingga ayam empuk
sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan bersama ulam tomato segar!
TENGG!!! TARRAAA!!!
MENU DIET ~ AYAM MASAK MERAH
MUDAH AJE TU KAN.. SELAMAT BERDIET KAWAN-KAWAN..:):)
SAMBIL MENGADAP COMPUTER.. DAN MENANTI MINUM PETANG.. I BANCUH SECAWAN KOPI KURANG GULA DAN 5 KEPING BISKUT TAWAR... cuba jangan habiskan biskut tu.. ko try makan 3 jerk dulu ekk.. kalau tak tahan benor.. ko lahop jerk.. bukannya ada sesiapa pun nak marah! muahaaa... selamat berdiet kawan-kawan..:):)
TATA!!!